Thursday, December 2, 2010

pondok baru..(^_~)

http://jalan-jauh.blogspot.com/

Monday, January 26, 2009

Pada Malam Yg Separuh Hitam


Sy baca setiap butir mesej teman yg masuk ke inbox handset. Teman-teman yg rajin dan mengambilberat perihal diri. Bahkan, dianggap sahabat-sahabat yg tahu jatuh bangun sy. Terima kasih. Blog sy tidaklah apa-apa. Tidak popular, apalagi bermakna untuk ditatap istimewa. Blog sy sangat dhaif dengan limpahan kekurangan. Ayat-ayat yg mungkin menyucuk-nyucuk anak tekak, atau memuntahkan segala isi perut. Atau cerita basi yg busuk lagi memualkan. Kisah-kisah selekeh yg membosankan atau cerita remeh yg tidak patut diwar-warkan. Sy tidak pandai menzahirkan pendapat; atau seorang yg sangat berani memperjuangkan prinsip dan pendirian hidup. Sy bukanlah siapa-siapa.

Sy manusia penuh kekurangan. Kelemahan yg membuatkan diri tidak sempurna; layaknya sebagai manusia.



Sy tidak pandai menulis cerita-cerita yg padu; yg bisa ke segenap rongga dan empuluh darah; atau membangkitkan kepuasan dan keinginan untuk anda melekat di sini. Sy membuka blog awalnya mahu meluah rasa dan menyebar cerita. Dan sy mengenali blogger lain akhirnya. Kisah manusia yg macam-macam. Sy mengenal watak manusia yg pelbagai; isi hati yg lambat-lambat mekar menguntum dan menjarah sekaligus mematangkan hidup sy. Yg bercerita penuh beralun dan lunak, yg kadang-kadang ada juga mudah terusik dan sukar menerima suara oposisi yg berbeza, yg terbuka bermain emosi, yg matang dan ada juga menceriakan. Yg sy belajar; bertambah-tambah. Malah, lebih.

Manusia penuh ekspresi. Yg kadang-kadang boleh menjatuhkan kita; ada yg baik menghiburkan lagi. Dunia maya banyak mengajar; walau tidak semua benarnya.

Betullah kata Halim, teman sekelas KPLI dulu di blognya;(
http://dhulfiqarcom.blogspot.com):

“Nak tunggu novel atau cerpen cikgu Maza entah bila akan siap.”


Sy bukanlah penulis. Sy minat menulis, pun tidak mampu lagi menjadi penulis. Hanya ada satu dua cerpen. Biar saja berkubur dulu, ada rezeki kita cerita nanti.

Terima kasih entry khas untuk sy di blogmu, Cikgu Halim. Terima kasih pd Kak Faze, Kak Lisa, Cikgu Jawe, CahayaMata, Dayah dan yg lain2 sudi menjenguk.

Sy berhenti kerana ada sebab sendiri. Sy tinggalkan apa saja di sini. Yg bermakna ambil jadi kenangan; yg tidak berguna malah lalai dan mengaibkan; abaikan saja.

Blog sy tak semeriah blog teman yg lain, tidaklah ramai pengunjung. Tidaklah menjadi bualan malah jadi sanjungan. Tiadalah istimewa blog sy, dibandingkan dengan yg lain penuh gegar membentuk kelompok peminat yg setia. Penuh erti dan cerita. Di sini hanya sekadar tulisan manusia yg tidak seberapa.

Pesan sy; teruskan hidup walau di mana. Redahlah cerita baru; jadikan kekuatan walau payah dan sukar perjalanannya. Belajar mencari kematangan, kerana kita akan jadi lebih dewasa. Berhiburlah; kerana itu semangat yg menyuluh hati; walau setiap kita berlainan caranya. Cuba teroka diri setiap manusia; kita akan belajar sesuatu yg tidak ada pada kita. Menjadi pelengkap hidup, kerana manusia tidak sama. Walau darah kita sama merah, pekat.

Walau datang kerusut menguji; ada luka terkuak lebar-lebar; Tuhan itu Maha Besar. DitunjukkanNya jalan, yg akhirnya manis-manis. Moga-moga.Sy pun manusia yg tewas juga, alah pada ujian. Tapi biar lepas ini kita jadi lebih kuat.

Dan sy kali ini tidak berehat, sy akan terus berhenti.

Maaf kerana ada cerita yg tak sempurna; herot, pincang dan segala kekurangan langsung menjemukan. Sy hargai segala persahabatan dan penghargaan di sini.



Salam.



Monday, January 19, 2009

When It's Time


Sy demam panas hampir lima hari. Selsema, batuk, sakit badan mencucuk-cucuk, mata terasa sangat berat mahu dibuka; juga kepala berdenyut-denyut. Itu bukanlah apa-apa sehingga saya terbaring lesu di katil, dan darah mengalir keluar dari hidung. Tak henti-henti. Teman serumah kalut mahu menghantar ke klinik, tapi sy degilkan diri. Biar saja saya di rumah. Rehat sekejap dan selepas itu akan ok. Darah berhenti mengalir. Sy masuk ke bilik air, membersihkan badan. Darah mengalir lagi, memenuhi sinki. Kerongkong dan hidung sama-sama menyumbang darah. Badan terasa sangat panas. Mata terasa sangat panas.


Demam sy bukan kerana kerja yg banyak. Bukan kerana tekanan persekitaran, mungkin cuaca yg sekejap panas sekejap hujan melemahkan badan. Kerja tahun ini mungkin tidak sebanyak tahun-tahun lepas; tambah cikgu baru hampir 18 orang menjadi warga baru sekolah. Maka bebanan tugas makin berkurang. Tambah tahun ini sy tidak perlu lagi menjadi guru kelas. Hanya menjadi penyelaras minggu Transisi dan Ketua Panitia Sains dan tugas-tugas sampingan lain. Jadi tahun ini bolehlah sy menumpukan perhatian lebih lagi kepada aktiviti yg akan dijalankan oleh panitia untuk 2 fasa.

Hari ini pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru datang ke sekolah memantau minggu transisi sekolah. Memantau jadual transisi untuk 3 minggu yg telah sy buat cuti hujung tahun lepas. Dikomen itu ini; maka tahun depan perlu buat lebih baik lagi.

Badan yg lemah digagahkan juga ke sekolah. Kerja banyak minggu lepas. Laporan panitia juga dimahukan segera.

Mungkin segalanya bercampur baur. Cuaca yg buruk; masalah yg membelenggu mempengaruhi emosi, maka badan sy jadi rapuh. Lelah. Penat. Dan orang-orang sekeliling juga turut sakit. Di sekolah beberapa orang guru demam. Di rumah housemate juga tidak sihat badan.

Pelik. Dulu, kerja banyak tidak sampai sy berdarah-darah hidung. Panas dan sakit-sakit badan. Kali ini demam sy lain benar. Teruk penangannya.

Hari ini demam sy sudah kebah. Panas badan sudah hilang. Tubuh makin sihat dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Hampir berbelas-belas tahun tidak pernah berdarah hidung, mungkin kali ini demam lebih teruk dari biasa. Tapi, sy tidaklah sakit apa-apa. Hanya demam biasa.

Cuti Tahun Baru Cina mahu sy merehatkan diri berjalan-jalan. Tapi tak ada kesempatan. Teman dari Lawas juga mahu datang bertandang ke Kapit.

Kali ini mungkin entry sy yg terakhir. Segala cerita, masalah, kisah yg manis2, pahit2 biar sy simpan saja dalam hati. Terima kasih. Atas keprihatinan teman2 blogger. Atau bukan blogger. Tak kira di mana. Berbeza terpisah benua, maya menemukan kita. Berkongsi rasa. Berkongsi cerita yg masing2 tak mungkin luah di dunia nyata. Teman2 blogger yg juga teman sy sendiri di alam realiti; mungkin kita akan bertemu lagi.

Mungkin ini masa terbaik sy berundur dr dunia blog. Kenapa, tidak perlu sy maklumkan di sini.

Buat teman2; teruskanlah apa yg kamu suka. Lakukan sehingga habis daya. Puaskan hatimu sehingga habis nyawa.



Sayonara.




Monday, December 29, 2008

~ Mine ~


Ini sy jawab tag si Faiz jaguh silat..hehehehhe....temanku yg gigih berusaha keras dlm hidup, hampir menyudahkan master tentang cacingnya. Chaiyok! Chaiyok!


Randomly, goals for my life;


1- Sy mahu ubah diri; not totally. Tapi sikit2 ke arah kebaikan. A must for everyone. (*.*)

2- Mahu simpan duit pergi umrah. Juga ada duit simpanan untuk ke Turki. Tak tahu kenapa, hati mahu ke sana. Jelajah negara yg punya banyak cara hidup dan sejarah yg unik. Juga mahu tambah duit banyak2 dalam ASB. Mana nak dapat duit banyak nih??

3- Mahu tingkatkan peratus subjek Sains UPSR untuk sekolah tahun ini. Hahahha..:p Tambahkan lagi pengalaman menyelaras aktiviti-aktiviti di sekolah. Walaupun kadang-kadang terumbang-ambing, tapi satu pengalaman menarik! Hohoho! Pengalaman tahun 2008 dijadikan basic untuk jadi lebih baik.

4- Sy mahu sambung belajar sampai Phd. Sy mahu tingkatkan diri. Satu hari, moga dipermudahkan. Sy tahu ia perjalanan panjang (refer to my bro's life), tapi kalau ada usaha dan Tuhan memberi, moga ia jadi jalan mudah.

5- Sy mahu pindah balik Semenanjung. Siapa yg tak mahu balik ke lubuk asal, kan?

6- Sy mahu terbitkan karya satu hari nanti. Tulis cerpen banyak2 yg berlatarbelakang setiap tempat sy teroka, dan terbitkan dalam satu buku.

7- Mahu tingkatkan pengetahuan dalam geografi dunia dan sejarah Islam.

8- And last but not least...for this wonderful year, i hope, mahu cari gelang rupa ini. Huhuhuhu. Walaupun sudah ada lebih kurang warna ini, tapi mahu cari yg macam ini. Boleh ker?? :p




Randomly, my habits;


1- Hobi terbagus sy adalah -tidur.

2- Sy akan mengadap internet berjam-jam kalau ia menarik minat sy.

3- Sy juga suka tengok tv.

4- Tabiat terburuk sy sekarang ialah, makan 2 bungkus nasi sekali makan. Teruk,kan? Tapi tak gemuk2 juga. Huhuhuu

5- Sy tak yakin pada diri. Mudah gemuruh. Tabiat ke tu? Itu kelemahan yg buruk.



Facts;

1- Sy suka warna ungu. Kalau beli kain, yg sy nampak dulu warna ungu. Walau corak2 lain lebih cantik. Tapi bila orang dah sound, br saya capai warna lain. Warna pink juga sy suka. Tapi tak selalu.


Putih juga akan jadi pilihan bila kena tempatnya. Warna hijau akan sy cari kalau mahu kesegaran (hari yg lesu). Warna biru bila hati risau dan gelisah. Jiwa porak-peranda. Warna kuning paling sy elak; melainkan dipaksa.

2- Sy sangat suka BERTANGGUH. Dari zaman belajar sampai jadi tenaga pengajar; sikap terburuk ini susah dikikis. Tapi bila sy minat buat sesuatu, sy usaha siapkan walau lelah, tenaga makin longlai tak apa asal puas hati. Mungkin sy paling memahami diri sy sendiri. Bila masa akan bangkit keinginan sy membuat sesuatu perkara. Jadi, terpulanglah siapa-siapa mahu kata apa. Sy tahu, jika kerja itu menarik minat sy, sy pasti BUAT dengan bersungguh.
Agak teruk,kan?

3- Sy, kalau sudah suka sesuatu barang; sy bukan jenis yg berkira. Pendek kata, BOROS la. (Esok2 tentu dpt pasangan yg suka berjimat. Adil,la kan) Tapi selalunya sy tak pernah berkira dengan buku. Saham dunia, juga persediaan penambah pahala akhirat.


4- Dulu, mula2 tahu sy posting Sarawak, sy tak menangis. Cuma curious macam mana hidup yg akan ditempuh. Pedalaman mana yg akan diteroka. Tapi, bila hari pertama tinggal di sana, sy tahu hidup akan jadi macam-macam. Ada rasa hiba, jauh di daerah warga Iban yg sy tak pernah kenal. Dengan kiri kanan bertatu hijau di lengan. Sy mula membilang hari. Mula menghitung nasib yg bagaimana Tuhan mahu menduga sy.


Tapi lama-lama jadi biasa beradaptasi. Sekejap cuma, dah masuk tahun ke tiga sy jadi pendidik di Kapit. Tapi pasti ada rasa jemu, bosan tapi rezeki masih menanti di sana. Apakan daya. Huhuuhu.


5- Sy paling elergik manusia yg suka underestimate orang. Orang mendesak juga paling sy alah.


6- Manusia yg paling sy senang berkomunikasi dn berinteraksi ialah santai dan menghiburkan. Menyenangkan orang, berhikmah dan lembut tutur kata. Bukan menunjuk pandai, atau setiap kata penuh fakta. Itu juga sy bosan. Bersembang2 biar telus, tapi jangan ada kata-kata sarcastic.


7- Sy bukan org cerewet.


8- Dulu sy sangat suka baca komik. Komik Ujang sy kumpul dari keluaran pertama sampai hampir seratus. Komik Doraemon beratus-ratus juga. Blues Selamanya sy paling suka; kartunnya cun dan hensem2. Cuci mata! :p Kemudian timbul komik2 lain. Macam2. Yg dari Jepun best2. Seingat sy, yg Malaysia punya Aku Budak Minang paling syahdu. Life dia memang menarik. Tapi semua dah hilang, lesap dipinjam orang.


Dulu juga ada buku setem yg sangat sy sayang. Setem yg belum dicop yg dipromosi dijual dalam sampul di pejabat pos banyak sy kumpul. Merata dunia. Bawa ke sekolah, mahu tukar2 tengok buku setem dengan kawan. Tapi, bila balik check dalam beg, rupanya buku setem kesayangan hilang. Dicuri orang. Sedih usah dikata. Wawawaa.



Sunday, December 28, 2008

Salam Cerita Baru


Maal Hijrah. Tahun Baru. Setia datang pada waktunya. Tahun baru maka akan bermula lagi tahun cerita baru. Sulam suka, duka dan ceria serta rawan hiba. Lumrah. Kisah manusia yg empang air mata, lalu jadi kali. Riak-riak tawa gembira dikongsi sekitar yg terdekat. Sama. Semua manusia. Cuma, kisahnya yg tak sama. Duganya yg datang menguji berbeza- individu khalifah di bumi.


Kadang-kadang kita menanti lampu hijau; lalu Tuhan tak membenarkan. Kita berimpian lagi, mengharap yg kita akan memiliki; pun Tuhan tidak mengizinkan juga. Kita lelah, lalu jadi rapuh. Manusia sekeliling mendokong, bangun lagi kita meneruskan impian. Yg tetap sama. Malah bertambah. Manusia, penuh impian dan itulah yg mengajar kita lebih bermatlamat.

Kadang-kadang kita tak sedar Tuhan memberi pula yg tidak disangka. Mengikut coraknya yg jauh lebih baik untuk kita. Kita mengeluh juga; kadang jatuh dan bangun dengan upaya zahir dan mental sendiri. Kalah lagi kita. Dengan syaitan di pembuluh darah. Tangkas memanah. Menembak riak dan putus asa. Malas dan lesu. Celaka dengan nafsu syaitan. Nampak cantik penuh, menyenangkan... tapi jauh menyimpang; hodoh dan busuk di balik godaan syaitan. Betapa malangnya kita.

Kata-kata dusta, nista mulanya hanya menitik; lama-lama jadi kali. Basah di bibir. Jadi bingit di telinga, lalu menghina dan mengeji jadi siulan, jadi bara dalam diri. Yg setia merekah dan marak, jadi api. Khianat. Dengki. Cemburu. Manusia tewas lagi.

Manusia yang lanjut usia; tetap mara dengan perangai lama. Kata-kata diluah tanpa segan; tiada menapis yg patut di telinga, hati tua diikut asal sedap jadi hiburan halwa telinga. Tiada malu; yg ada senyum sinis-sinis. Tiada sedar yg hari kian terpancung hampir senja yg mengerutkan lagi kedut di muka. Kita tewas lagi. Manusia.

Tahun 2008 banyak memberi celoreng warna. Ada bunga-bunga putih gugur di kelopak, suci menceriakan hati. Tawa mengiringi; hidup perlu diteruskan. Bersemangat. Ada asap kelabu mengaburi, tersentak kita di tengah jalan, merangkak longlai, lemah segala sendi. Perlu diteruskan juga hidup yg nampak suram.

Ya Tuhan...hambaMu yg naif, mohon dipermudahkan segala jalan.

Tahun baru datang lewat musim tengkujuh yg dingin. Namun, gempak gempita bara hati siapa tahu. Payau rasa mengusung cerita-cerita baru di tahun baru nampak berbalam-balam. Tuhan lebih tahu. Moga tiada cerita tangisan yg merongoi, gugur satu-satu. Perasaan yg jadi murah.

Tahun baru- mohon dikuatkan hati jadi anak rantau. Monggonyeh lumat segala rasa yg berbaur. Bergalau. Kuatkan hati redah daerah cerita baru. Berat mahu melangkah tatkala datang tahun baru. Tatkala datang cerita buka sekolah!


p/s: 5 bulan takkan balik Semenanjung. Cuti bulan 3, ada exam PTK...rindu, akan datang lagi. Hhehehee




Wednesday, December 24, 2008

Wisata Jakarta-Puncak-Bandung


Sy ke Tanah Jawa dengan Kuwait Airways. Tidak merancang lama, hanya sebelum itu merancang mahu ke Medan; tapi akhirnya ke Jakarta dan Bandung pula. Bersama keluarga sendiri dan sedara mara lain.Wisata Jakarta-Puncak-Bandung lima hari. Satu pengalaman baru. Sy baru menjejakkan kaki di ibu kota Indonesia -pertama kali. Dengan yg lain sudah 4,5 kali ke sana. Baru celik dengan keadaan kesempitan hidup anak-anak tanah Jawa; di samping kekayaan milik yg berada. Indonesia yg sesak padat dengan 250 juta orang. Betapa, bersyukurnya lahir di tanah Malaysia.

Melihat keadaan kota Jakarta yg di kiri kanan pemandangan anak-anak buminya menjaja berniaga seawal kanak-kanak; pemuzik-pemuzik jalanan dan anak-anak muda mencari nafkah hidup dengan meniup buih-buih sabun untuk dijual, melihat rumah-rumah kotak yg menjadi tempat teduhan cuaca; rumah-rumah kayu usang di tempat pembuangan sampah; rumah yg padat, bertingkat di lereng bukit; sungguh, mereka tersepit dengan kemelaratan hidup. Ada yg bergadai nyawa bersesak di tengah jalan macet menjaja barangan dari kereta ke kereta; mencari harga sesuap nasi yg tidak berbaloi dengan menawar nilai sebuah nyawa.

Kami sampai di Jakarta, mencuba Nasi Padang langsung ke Bandung. Esoknya dari awal pagi hingga lewat malam pekat, aktiviti hanya suntuk bershopping. Rumah Mode, terus ke Terminal Tas, kemudian mencuba nasi Sunda di Restoran Dapur Sangkuriang. Sambung lagi ke Pasar Baru, tempat terkenal tanah Bandung. Di sini jelas yg Indonesia berlebihan penduduk.

Dari inci ke inci berjalan, manusia tidak pernah lengang. Ada saja penjaja yg mengerumun; menawar mendesak membeli jualan walau berpuluh kali kita kata tidak mahu. Mereka mengharap rezeki dari pelancong luar. Pekerjaan yg tidak perlu kadang diada-adakan; hanya mahu mencari duit. Parit besar kotor pekat di tengah kota; boleh dijadikan alternatif mencari wang saku. Mereka benar-benar susah dengan terpaksa bertarung bersaing dengan jutaan orang di bandar Jakarta saja. Kerana itulah, ramai rakyatnya menjadi pembantu di luar negara. Sy sempat bertemu dengan rakyatnya bekerja di Riyadh juga Kuwait merentas udara mencari rezeki yg tidak seberapa. Kerana di tanahnya saja tidak mampu menampung sara hidup diri sendiri; apatah keluarga.

Malam itu, kami mengisi tenaga di Kelapa Lagoon, juga dihidangkan nasi Sunda. Bersimpuh bersila ala-ala Jepun dengan menikmati udara malam di sekeliling. Terus pula ke Shopping Mall Matahari. Hari yg penuh, padat tapi mengujakan! Lewat malam sampai ke hotel, capek dan menunggu hari esok yg lebih bererti.

Bandung terkenal dengan cowok dan cewek yg cantik-cantik. Campuran penjajah dulu kala melahirkan mereka dengan keadaan rupa yg berbeza dengan kaum2 lain di tanah Jawa. Sopan, peramah dan menghormati. Lain dengan orang Batak Medan tanah Sumatera yg kasar-kasar tapi gigih bekerja. Mungkin juga kerana Bandung bandar dingin yg menyenangkan.
Bandung digilai ramai kerana barangan outlet factory yg murah-murah. Handbag, kasut, baju, telekung dan segala macam benda adalah murah. Yg mahu berkahwin, datang ke Bandung pasti tidak kecewa. Barang persiapan sangat murah berbanding Malaysia. Yg gila shopping, datang ke Bandung pasti teruja tidak mahu balik.

Kami sempat ke Tangkuban Parahu; tempat mesti pergi jika menjejak kaki ke Bandung. Ada cerita legenda anak yg mencintai ibu kandung sendiri. Kita dihidangkan dengan kawah gunung berapi dengan aroma sulfur sepanjang di sana. Di situ mencerminkan lagi orang-orang Indon yg terlalu ramai; penjaja hampir berpuluh orang mengelilingi seorang pengunjung. Menyesakkan, mahu berjalan dihalang dan mereka mengikut kita sepanjang jalan sehingga ke tandas. Menunggu lagi di muka pintu kemudian memujuk rayu sehingga kami ke kawasan kawah. Tetap mengikut dan tidak lelah-lelah menyuruh membeli barangan mereka, sehingga kita selesai mahu menaiki bas pulang.








Petang itu sempat ke Sarinah; tempat membeli-belah lagi di Bandung. Terus ke Puncak; tempat berhawa sejuk dan dingin seperti Cameron Highlands. Tak sempat menikmati pemandangan kerana sampai lewat Maghrib.






Balik ke Jakarta, kami melawat Tugu Monas juga Taman Ancol. Taman Ancol tempat libur anak-anak kecil. Macam-macam ada. Meriah. Pergilah, untuk bersuka-suka setelah penat mengerah tenaga menjinjing barangan shopping. Ada pantai, ada kereta kabel, ada Seaworld, ada roller coaster, Taman Buaya dan terokalah sendiri kalau mahu lebih lagi.





Ada juga Taman Mini Indonesia ala-ala Kampung Budaya Kuching. Seluruh Indonesia dengan budaya-budaya dan rumah-rumah disatukan di Taman Mini. Rumah-rumah Bali, stupa-stupa, rumah Acheh, Sumatera, Kalimantan (sama dengan rumah panjang Sarawak), Jawa, Sulawesi dan serata tanah Indon boleh diteroka di sini. Ada juga bangunan ala-ala Perancis seperti di Bukit Tinggi, Pahang. Tersergam gah dan kukuh menggamit pelancong datang.










Ada lagi, kami ke Mangga Dua. Tempat tarikan utama Jakarta. Pusat membeli-belah terbesar di Asia Tenggara. Siapa yg tidak datang ke sini, maka tidak perlulah datang ke Jakarta. Pilih, beli dan tawarlah. Pasti takkan kecewa! Awas, di sini tempat paling sesak melebih Pasar Baru dan Tangkuban Parahu. Betapa ramainya manusia tak usah dikata. Sangat sibuk. Sangat padat. Sangat ramai manusia. Sangat banyak barang.

Mangga Dua ada bangunan baru. Ada yg lama. Dua-dua boleh pergi. Nanti bandingkan mana yg kamu suka. Malam itu kami makan di restoran Riung Sari, milik pelakon Indon dalam Ada Apa Dengan Cinta, Titi Kamal. Banyak restoran kami pergi; nasi padang, nasi Sunda; sy pilih Riung Sari paling sedap!

















Di Jakarta, ada lagi tempat shopping kami singgah; Tanah Abang dan Anggrek Mall. Perjalanan 5 hari yg padat; dari awal pagi hingga pulang ke hotel lewat malam pekat.
Sempat singgah di Masjid Istiqlal; masjid terbesar di Jakarta direkabentuk orang Batak. Di seberang jalan, tersergam megah gereja Kristian berdepan masjid. Gagah, kukuh dan besar.
Sangat puas hati; berbaloi dan meneroka Indonesia walau dikatakan mereka lebih kurang dengan kita; tapi kalau diperhati; banyak bezanya. Sambil berjalan; pandanglah dan tafsir budaya tata cara hidup mereka.

Selamat Tahun Baru. Selamat Buka Sekolah. Dan selamat bekerja semula meraih rezeki. Pae; tag kamu nanti ada masa aku jawab,ya.


Sunday, December 14, 2008

Beruk! Monyet!


Tajuk kali ini agak 'kebinatangan'. Hehe! Antara buku sanjungan milik sy adalah karangan Harun Yahya. Pernah jadi inspirasi sy menulis sehingga siap luahan karya.

Teori Darwin tentu semua tahu; apatah pelajar Biologi. Kita dikata berasal dari monyet. Kita juga tahu itu polisi mengarut. Teori busuk yang disebarluaskan demi menjaga kepentingan. Tapi mungkin ramai terlepas pandang; Darwin ada agenda sendiri mahu memusnahkan manusia yang dikatakan bawahan. Cuba selidik sejarah awal pakar Biologi amatur ini tentang manusia dr monyet. Sy ringkaskan:

1) Darwin percaya satu hari akan terjadi kebuluran yg genting di kalangan manusia. Jadi perlu mencari inisiatif memusnahkan golongan yang tidak perlu di muka bumi.

2) Pandangan Darwin disebarluas dari England sampai seluruh Barat. Program menghancurkan orang miskin giat diperluas.

3) Golongan miskin inilah dikatakan berasal dari beruk! (Orang-orang Asia dan Afrika)...Orang-orang Eropah kulit putih dikatakan bangsa pilihan, dan dikatakan akan menang dalam perjuangan utk hidup.

4) Darwin melihat orang-orang aborigin Australia dan Negro sebagai sama taraf dengan gorilla dan perlu dilenyapkan secara keganasan.

5) Hasil buruk laku Darwin; kepala-kepala Aborigin dipaku di stesen2, orang-orang asli Australia diberi roti beracun, dan otak-otak mereka dijual dengan harga tinggi. Berpuluh-puluh kepala dididihkan dan dieksport ke luar negara.

6) Anak-anak aborigin yg berkulit putih akan dijadikan anak angkat, yg hitam diseksa sehingga mati.

7) Paling terkesan; sejarah Ota Benga (seorang pigmi Afrika) yg dimasukkan ke dalam sangkar bersama sang beruk dan dipamerkan di zoo New York bersama gorilla dan cimpanzee. Dia dikatakan "rantai paling hampir kepada manusia". Dan pengikut teori Darwin mendabik dada bangga menayang pada orang ramai rantai manusia dr spesies beruk!

8) Darwin juga menunjukkan kebencian yg meluat terhadap bangsa Turki.

Maka, beruk-beruk dan monyet-monyet itu sendiri menepuk dahi bila Darwin dan konco-konconya mengatakan kita adalah susur galur dari nenek moyang mereka!

Bukankah Darwin dan konco-konconya itu sendiri adalah 'beruk dan monyet'?

Bukankah???

Itu antara bahaya perluasan fakta Darwin. Kalau mahu; cari buku ini dan terokalah! Sy menulis "Hati Kanggaroo di Kota Melbourne" selepas habis U berdasarkan ilham dari tulisan Harun Yahya. Sy belajar meneroka tanah Australia walau sy sendiri tak pernah jejak. Sy belajar dan mengharung cerita-cerita Salahuddin Al-Ayubbi, juga nukilkan dalam cerpen ini. Pun; terselit sedikit kisah kasih-sayang.

Bila budak sekolah dikatakan akan belajar sejarah di sekolah rendah baru-baru ini; ya bagus! Geografi juga bagus, membuka mata pada dunia.

Dengan geografi kita meneroka. Lama sy mahu menaiki kereta api local ke hulu Kelantan. Pernah kecil-kecil dulu ke Kuala Krai. Kerana mahu anak-anak merasa naik kereta api, ayah bawakan seisi keluarga.

Pernah dengar drama "Cikgu Limau Kasturi?" Sy mahu jejak sejarah arwah datuk yg pernah menjadi guru besar di sana. Teringin mahu berhimpit bersesak menghidu asap; perjalanan berasak dengan ramai orang ke pedalaman Kelantan. Kawan ada yg posting di Gua Musang. Berjanji mahu membawa sy ke sana kalau ada kelapangan.

Hampir 6 tahun sy tak jejak gerabak kereta api. Kali terakhir berulang-alik ke Seremban semasa matrikulasi.


Terokalah sejarah! Dan kita akan melihat keindahannya! Kagumi alam, maka kita akan ketagih meneroka!



p/s: Away from blogging for a week. Have a trip. May we have glory in days ahead! InsyaALLAH!



credits to http://www.themonkeycage.org/ for the images.



Thursday, December 11, 2008

Cari..cari..carilah


Sy baru melayan pencarian Gadis Melayu TV9 episod agama dulu. Dan yang seterusnya. Sebelum itu tahu, tapi belum ada ruang mengikuti sepenuhnya di tv.

Tanggungjawab Gadis Melayu itu berat. Melayu; makanya bermakna Islam. Ada orang Melayu tapi bukan Islam? Kecuali kes-kes murtad.

Bila dicanang mahu dicari gadis melayu tulen; yang agamanya masih kuat dan jitu, yang raih kekuatan pada bicaranya, gagah dan tabah mengepang segala dugaan dalam diri; dan yg lalu ingatan orang jatuh pada pekertinya yg mulia. Perlu juga pandai memasak dan mengemas, berzanji dan mengalun lunak ayat-ayat suci Al-Quran. Hebat dan tangkas bersilat, selain lemah-lembut asal keturunan orang Melayu. Juga perlu mahir menjahit dan menghormati yang tua-tua.



Besar tanggungjawab gadis Melayu, betul?. Kita sendiri pun banyak kurangnya. Untuk mengata itu ini, betapa tak layaknya kita. Untuk menilai manusia, kita sendiri jauh menghampiri sempurna. Jauh lagi untuk menjadi gadis melayu tulen.

Pun; menutup aurat dan menjaga panahan mata ajnabi bukan tugas gadis Melayu? Putih mulus lengan dibiar terdedah; kaki gebu dibiar menjadi santapan orang; rambut menerawang menggoda sampai bolos di hati-hati si Adam. Tudung singkat tidak menutup apa yang ada. Itu cara gadis Melayukah?

Susah jadi gadis Melayu; atau tepatnya Islam. Mahu dicari gadis Melayu tak salah, tapi patut dicari Melayu Islam. Banyak sy terbaca dalam blog-blog; dikomen pencarian, itu ini. Peribadi; sy agak setuju dengan task dan aktiviti yg diberi. Diuji memasak; berzanji; bersilat dan yang apa-apa lagi. Yg tak tahu sebelum ini, akan jadi tahu.

Gadis Melayu itu akan jadi contoh. Dicanang orang. Maka; perlu lebih tepat selain pandai memasak, membaca Al-Quran, mempertahankan diri, lancar berkomunikasi; perlu juga menutup aurat. Menjaga hati orang-orang di kiri kanan.

Calon-calon gadis melayu itu cantik-cantik belaka. Dipilih itu pun tentunya dari segi rupa dulu. Baru dikaji dari aspek lain. Lumrah. Yg pipi mulus gebu, yg bibir mungil merekah delima. Yg cantik serba serbi. Barulah boleh jadi finalis Gadis Melayu. Mungkin.

Tapi...cubalah ajar gadis melayu itu menutup aurat dan jaga agama. Itu lebih baik. Yg lebih penting; gadis2 melayu itu yg sebelum ini free hair; biar akhirnya pakai tudung (macam Aishah). Yg tudungnya sedikit membuka dada; lebih prihatin menjaga maruah. Walau pencarian seorang saja gadis melayu; biar dgn aktiviti ini beri impak juga pd yang lain. Bukan hanya menayang muka dan lemah lembut perilaku. Asal cantik di wajah, maka akan jadi sanjungan. Rata-rata. Adat dunia.

Ramai yg suka Khusna. Lemah lembut dan gaya seorang wanita melayu. Sy juga suka Aida. Tertarik dengan lunak suaranya berzanji dan bermadah pantun (mungkin sebab sy suka pantun). Juga suka gaya ayu Aishah di samping tangkas bersilat. Syikin paling cute.

Sy tak nak komen apa. Tapi gadis melayu yg dijadikan contoh perlu cantik peribadi; termasuk agama. Perlu juga banyak input di dada. Bukan hanya ketagih menepek mekap di muka, tapi ilmu kosong. Taksub mengejar kecantikan biar dipuja orang.



p/s: Dari dulu sy tertarik dengan gaya bahasa dan suara Norzie Pak Wan Chik. Hjrah dari tak bertudung sehingga bertudung. Dari Majalah 3 hingga mengembara menyusur cerita2 Islam di US dalam As-Salam USA. Dia personaliti tv yg ada karakter sendiri.


Tuesday, December 9, 2008

Cikgu Riuh Sekampung??


Luahan rasa seorang anak Malaysia ttg peranan seorang bernama cikgu di dada akhbar....


KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya. Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan. Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual. Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru. Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.




Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu. Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka. Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi? Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.


KAKITANGAN BUKAN GURU, Kuala Lumpur.

(amik dr ustazmelaka.net)



p/s: Hanya seorang guru pernah rasa menjadi guru..ttgjawab guru tetap jauh lebih besar drpd guru sementara...apa yg kita pundak sebenarnya kadang2 tak sama dengan apa yg orang lihat. Mungkin cikgu dipandang 'bawah'. Mewar-war rasa yang tidak patut diketengah. Bagai ayam menetasnya setelur, riuhnya jauh sekampung. Begitukah? Up to u!!

Setiap individu kita punya pendapat. Tanggungjawab seorang guru dengan guru lainnya juga berbeza. Setiap cikgu punya tugas. Kadang2 jauh melebihi tugas sendiri dek kerana kekurangan guru. Kadang2 kelelahan, tugas dibawa lagi ke rumah; tersangkak menyudahkan kerja di lewat malam. Begitu pun; cerita cikgu takkan pernah habis. Ada cerita yg tetap tidak puas; semakin beban guru bertambah; semakin banyak cerita dicanang. Dan semakin banyak suara di kiri kanan masyarakat yg dikata mengambiltahu dan buat-buat tahu.

Monday, December 1, 2008

Kembara: Manis Pengalaman


Saya tertarik dengan novel Laskar Pelangi. Filem yg diadaptasi kutipannya melebihi fenomena Ayat-ayat Cinta. Cerita anak-anak Melayu Belitong yang hidup terpinggir di pedalaman Indonesia. Kisah masyarakat yg menjadi habuan menginsafkan malah menjadi sanjungan. Anak2 kecil yg terpaksa berdepan dengan buaya ganas utk ke sekolah.

Cerita titik awal novel ini yg asalnya bukan penulisnya sendiri yg menghantarnya untuk diterbit, tapi sahabatnya yg telah penat memaksa; diam2 mengisi borang dan meniru tandatangan Andrea; sungguh2 mahu tulisan anak-anak Belitong ini diketengahkan. (Lihat: Bedah Novel Laskar Pelangi )

Juga sy mengusul anda baca yg ini. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin. Tulisan anak-anak muda yang sedang harum enak melonjak naik. Berbagai latar dan kerjaya. Bersatu dalam dunia karya yg mahu berkongsi jiwa. Rasa. Penulis-penulis yang karya2 sebelum ini penuh kembara. Kali ini mendukung perjuangan anak-anak tanah Palestin. Saya mahu cari!


p/s: Lepas raya haji mungkin akan kembara ke Jakarta dan Bandung. Moga banyak harum-harum cerita dikutip. Tunggu ya!



Friday, November 21, 2008

Yang Lama Tetap Tumbuh


Hari-hari yang sejuk. Hujan yang tidak berhenti mencurah. Dingin. Musim tengkujuh di hujung tahun, menyesak hingga ke tulang. Sy kini di kampung. Kota Bharu di lewat November sentiasa awannya gelap.

Dalam kedinginan menghirup udara gerimis di pagi hari, sy mendapat panggilan daripada seorang teman baik di Kapit. Katanya beberapa jam lagi dia bakal berangkat ke Bangladesh. Owh, sy ingat dia ke India. Visa ke India sukar diperoleh, maka mereka menukar rancangan ke tanah sana. Berdakwah. Bersama suami dan beberapa yg lain. Sebulan di sana.

Dia anak Melanau dari Mukah yang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang taat Kristian. Emak dan bapak yang setia pada agama yg dianut dari nenek moyang, latar hidup sedari kecil yang diajar menjadi anak yg patuh dan rajin ke gereja, dan hidayah Tuhan datang di saat dia di penghujung remaja. Kisahnya yang berliku, panjang dan beronak menjarah hati sy. Betapa tabahnya dia!

Di saat kami punya ruang bersantai; dia bercerita perihal dia menganut Islam. Dari awal hingga dia bertemu jodoh dengan lelaki Muslim Sarawak yg alim dan bertanggungjawab. Juga pendidik dan pendakwah di Kapit. Sungguh, sy mungkin tidak sekuat dan setabah dia berkeras mahu menjadi umat Muhammad; jika ditakdirkan sy di tempatnya. Saya jadi kagum! Mungkin usia kami yg sebaya, maka banyak kami berkongsi. Dari cerita sukar dan perit dia sebelum dan sesudah memeluk Islam, hingga cerita pahit manis menjadi guru di Kampong Baru. Dia teman yg banyak berkongsi gundah di hati. Terbuka dan sangat komited pada kerja. Bersungguh- dalam menjadi Islam yg sejati. Kadang, sy jadi malu. Kesungguhannya lebih drpd kita yang asal keturunannya, yang dari akar umbinya Islam.

Kepahitannya dalam mahu menukar agama menyentak hati sy. Walau diberi amaran keras, walau bertubi-tubi dugaannya sehingga sesudah menjadi milik orang; dia layak diberi penghormatan. Hampir dua tahun mengenalinya; dia perempuan yang penuh toleransi dan menceriakan. Di sebalik ketenangan, terselit cerita duka dan payah hidup mahu menjadi hamba Allah yang patuh. Betapa, sebelum ini sy hanya mendengar kisah di balik tv, atau mendengar cerita orang; tapi di sana sy berdepan dengan teman sendiri yg bergolak dengan dugaan hidup. Tersepit dalam konflik pertikaian agama. Begitu pun; dia bertuah dikurnia teman hidup yg memahami, penyayang dan matang dalam membimbing. Moga hingga ke akhir.

Dia yg membawa sy ke rumah panjang. Menyusuri jalan hidup anak-anak Iban, bercerita tentang perihal adat-adat tanah Kenyalang; dia berkongsi tawa dan cerita-cerita manis bersama teman-teman guru; dia tempat sy meluah rasa selain teman serumah dan rakan-rakan Semenanjung. Sempat beberapa kali sy menemaninya di rumah, saat suaminya ke luar Kapit.


Tahun depan; sy tidak akan ada ruang bersembang ketawa ria bersama dia lagi. Teman-teman guru yang agak rapat; ramai berpindah balik ke tempat asal. Dia yg juga bakal pergi; menitip pesan yg mengharukan sy. Di hari terakhir sekolah; saat teman-teman lain bergenang air matanya mengenang perpisahan, sy mampu bertahan. Sehinggalah dalam perjalanan ke rumah, di dalam van; air mata sy berlinang juga.

Sy akan kehilangan. Bukan saja dia, juga teman-teman lain yg banyak berkongsi rasa di daerah terpencil Kapit. Tentunya tahun depan teman akan berganti; pun, yg lama tetap tumbuh dan di hati.



Friday, November 7, 2008

Bila Kita Hidup


Bila ditanya waktu apa yg paling sy suka; tentunya menyedut udara segar sali selepas hujan. Duduk di bangku anjung rumah; memandang hijau pohon sekitar selepas hujan- satu nikmat tak terucapkan. Betapa, ia rahmat yg sedetik cuma. Terkejap di hati, mahu rasanya menikmati indahnya melihat matahari terbit dr puncak Gunung Fuji; atau menggapai awan di puncak Kala Pattar, Himalaya. Impian yg terlalu jauh. Sangat jauh. Tapi tak salah,kan?

Bila ditanya buku apa yg paling sy suka; boleh dikata terlalu banyak yg mencuri tumpuan sy.

Kombat 1511H antara satu novel Faisal Tehrani yg menjentik sukma rasa. Watak utama Zinnira; ikon wanita Islam yg ideal. Strategis, teguh prinsip, cekal, menguasai ilmu2 Sains, agresif memperjuangkan yg hak dan tinggi ilmu agama. Karya yg penuh cerita perang, cerita yg memperjuangkan kebenaran dari tipu daya kebatilan. Islamik. Penuh fakta sejarah Islam.

P,S I Love U. Karya wanita Irish yg memaparkan latar hidup Holly yg kematian suami. Dia ditinggalkan suami dengan 10 pucuk surat untuk dibuka setiap bulan. Wanita malang yg ditinggalkan tanpa anak, tanpa kerja. Dan yg paling malang, dia ditinggalkan tanpa kekuatan. Holly meneruskan liku hayatnya dengan bantuan tulisan2 ringkas suaminya. Tulisan2 yg menjadi keperluan- sebahagian daripada hidupnya.

Juga; sy pernah tenggelam dalam kisah anak kecil Jepun, Totto Chan. Gadis cilik yg hidup di zaman Perang Dunia ke 2. Kelas tempatnya belajar adalah gerabak kereta api lama yg ditinggalkan dan ceritanya sangat manis. Sy belajar meneroka keinginan dan kemahuan anak kecil yg suka bereksperimen dan berimplementasi dengan benda sekitarnya. Kisah anak2 sekolah di tanah sakura yg penuh warna dalam cerita. Kisah2 yg menyegarkan. Ringkas, pun memberi tanda kehidupan.

The Curious Incident Of The Dog In The Night Time. Ada kisah Christopher. Kanak2 authistic yg hafal semua negara dan ibu negara, hafal nombor2 perdana dan nombor2 kuasa dua. Dia cuba menyelesaikan misteri kematian anjing jirannya dengan keupayaan yg dia ada. Keupayaan seorang kanak2 authistic. Cerita yg menarik juga bg sy.

Bila ditanya warna apa yg paling sy suka; tentunya ungu, pink dan putih. Warna2 lembut yg menenangkan hati. Kala dada penuh amarah, gundah; hati akan layu lunak dijernihi warna2 lembut yg menceriakan. Sungguh. Warna menakluk emosi.

Bila ditanya pengalaman apa yg menyebakkan dada dan sukar dilupa; saat bila anak2 orang asli Perak merapati dan mengatakan "Cikgu, boleh sy peluk cikgu?". Terasa sayu, betapa anak2 ini mesra dengan kasih sayang walau tidak sampai sehari bertemu. Juga. Bila anak2 Iban menyuarakan rasa " Cikgu, sy sayang cikgu." Alahai. Anak2 yg masih kain putih, jiwa yg masih suci dan menyenangkan. Hati yg masih belum berteduh awan hitam. Cerah. Jernih.

Bila ditanya apa yg paling sy mahu buat; banyak yg menjadi pilihan sy. Bila cuti sy mahu bersantai2 berjalan meneroka bersama teman, atau berlibur berhibur bergelak tawa bersama keluarga mengerat lagi ikatan. Mahu melancong meluaskan pemandangan. Menghayati hidup manusia berlainan budaya.

Cuti ini sy mahu mencari kemahiran yg sudah lama sy kecicir. Diperdiar dan makin lama menjadi manusia lemah kemahiran. Sy mahu perbaiki itu. Tak sabarnya mahu cuti!


p/s: cik cahayamata, tag kamu itu nanti saja sy jawab yer...baru habis berkursus...minggu2 terakhir ini kerja jadi lebih sibuk. Perlu diselesaikan sebelum tutup sekolah.


Saturday, October 25, 2008

Takdir itu ghaib


Berwarna putih. Putih semata-mata. Bukan merah seperti yang terdapat di tempat lain. Di Palestin, di Iraq, di Afghanistan atau di Tak Bai, Narathiwat, bukan juga merah.... -Hujan Putih.

Penat menyelaras Minggu Panitia Sains & Matematik, sy ke Sibu. Berjalan di hujung minggu menukar angin. Mencari kepuasan; sy mencapai dua buah novel. Baromkeh: matamu di mataku. Dapat hadiah Sastera. Juga ada cerita Hujan Putih. Mata meliar menawarang melihat novel2 cinta anak muda yang semakin membusung di segenap kedai buku. Cerita yg sudah sy tinggalkan lama dulu. Cerita yg sy juga turut hanyut di usia belasan tahun. Menginjak awal 20an, kita mencari kepuasan lain; merantau ilmu yg meluaskan hati dan pandangan. Kisah dan cerita yg mengajar menyelami rentak hidup jauh di pelusuk. Yang tersorok di ceruk dan di kaki-kaki gunung, cerita keserakahan Barat meratah dan menarah tanah suci, cerita2 perit anak di luar daerah, cerita yg tak terjangkau dek hati; terpisah jauh sempadan lautan dan benua. Tiada lagi kisah2 cinta membuai-buai; hanyut mengalun rasa. Cerita yg angannya tak sudah.

Baromkeh: matamu di mataku menghanyutkan sy ke bumi Damsyik. Lantas; tertarik sy pada kata2 Ali bin Abi Talib;

Manusia dipandang sama pada fizikalnya. Bapanya Adam. Ibunya Hawa. Jika mereka membanggakan keturunan, keturunannya juga sama. Tanah dan air.

Belum sy habiskan lagi kedua-duanya. Mencari masa; mungkin di waktu2 kantuk sebelum tidur. Atau di hujung minggu ada kelapangan waktu. Lama tidak ke blog teman2 blogger. Singgah sy di blog seorang teman. Maaf kalau di sini sy zahirkan pendapat. Hanya pendapat; ada benarnya, mungkin harus salah.

Masalahnya berkisar hati. Soal perasaan dan soal penyatuan dua jiwa; Adam dan Hawa. Sungguh, sy bukan orang yg suka mewar-war soal hati di blog untuk tatapan umum. Cerita peribadi biar saja jadi jihad dalam hati, atau diluah pada orang boleh dipercaya. Mungkin bagi sy jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu ghaib, sukar dijangka dan ada sebabnya yang di luar kuasa kita.

Seorang teman ini terlalu sayang pada bekas kekasih yg sudah jadi teman hidup orang lain. Suami orang; jujurnya. Faham sy perasaannya; tapi merintih melayan hawa rasa yg makin hari makin perit hanya menyeksa jiwa. Hati yg parah dielus-elus melayan cerita lama.

Cerita yg berdarah, bernanah dan makin lama jadi hitam. Busuk dan hanyir.

If u read this, please take a minute..ada cerita untukmu. Kisah yg sy rasa boleh menyabarkan hati. Atau paling kurang menyejukkan hati yg membengkak.

Satu. Pesan sy, setiap org punya duga hidup sendiri. Takdir yg tak sama. Nasib yg berliku panjang; onak ditempuh dengan upaya yg dizahirkan Tuhan. Sy juga punya jln hidup rencam; berduri dan banyak kisah di sepanjang jalan; pun hanya orang2 terdekat sj yg tahu. Sehingga saat2 sy bakal bertolak ke Sarawak untuk posting kali pertama, sy diduga juga. Pahit, pedih dan hampir berbaur semua rasa. Tapi, suratan itu ditulis Tuhan, apa daya saya.

Soal perasaan, soal hati semua jadi fitrah hidup. Tak ada yg dapat mengelak. Perlu diredah walau pahit hasilnya.

Pernah sy terbaca kisah hidup seorang lelaki. Bertunang dengan seorang perempuan berkulit cerah dan ada pendidikan. Berbanding dirinya yg katanya kurang segala. Dan di saat2 hamipr melangsungkan pernikahan, pertunangan diputuskan oleh keluarga perempuan. Dengan alasan lelaki itu tidak layak utk anak perempuannya. Berbeza daripada banyak segi. Bayangkan, apa rasa lelaki itu, maruah dipijak-pijak oleh bakal mertua.

Pun; dia redha. Dia tidak meraung, menangisi cerita pahit hidupnya. Setiap hari dia memohon doa. Bersujud meminta Allah agar dikurniakan jodoh yg baik. Mengamalkan bacaan ayat seribu dinar, tiga kali usai sembahyang. Berterusan, memohon dan memohon. Sungguh-sungguh.

Allah itu Maha Adil. Akhirnya dia dikurnia isteri yg jauh lebih baik daripada tunang pertama. Katanya jauh lebih solehah, lebih cantik, lebih kaya dan berharta daripada kekasih awalnya. Juga berpendidikan tinggi berbanding yg lama. Mendapat anak2 yg comel dan mendengar kata.

Berbeza dengan dirinya yg rupa biasa-biasa, kurang berharta dan taraf pendidikan agak sederhana. Cuma, dia ada akhlak yg tinggi dan ilmu agama.

Itu kuasa Tuhan. Dia mendapat apa yg berhak dia dapat. Dia terpaksa melepaskan yg pertama dengan menanggung malu dan sedih untuk mendapat yg kedua. Yang jauh lebih sesuai untuknya.

Soal jodoh...soal rezeki...Tuhan berkuasa.

Friday, October 17, 2008

LAILATULQADAR



PERINGATAN: kisah ini mungkin benar; atau mungkin boleh jadi tak benar...


Ramai yg mengatakan malam Lailatulqadar telah berlalu pada malam 21 Ramadan (hari Sabtu malam Ahad yang lalu).

Kalau mengikut kiraan para ulamak, memang ada kebenarannya iaitu kalau berpuasa bermula pada hari Isnin, Lailatulqadar akan berlaku pada malam 21 Ramadan.

Selain daripada itu, ianya juga boleh berlaku pada lain2 malam ganjil seperti malam 23, 25 27 dan 29.


Namun begitu ketepatannya tidak dapat dinyatakan dengan tepat dan kita digalakan melipatgandakan amalan di malam sepuluh terakhir pada bulan ramadan.

Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada malam 23 Ramadan malam tadi apabila adik aku yg baru balik bercuti dari Sarawak mengalami peristiwa yg tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Peristiwa berlaku malam 23 Ramadan malam tadi (malam Selasa);

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Baru malam tadi sampai dari Sarawak, penat pun tak hilang lagi.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.



Ha-ha-ha...



amik dari blog Amin....www.amin-alhafeez.blogspot.com


Monday, September 15, 2008

Bila Ramadhan Datang Lagi


"Soul-mates are people who bring out the best in you. They are not perfect but are always perfect for you."



"The best thing to hold on to in this world is each other."



Di Ramadhan ini. Sy terusik mendengar lagu raya yang diperdengar lembut menyentuh perasaan. Sy terusik melihat juadah berbuka yg bermacam menusuk deria. Terasa sebak menghayati Quran di malam pekat. Terasa mahu pulang bersama ibu ayah menikmati kurma semasa berbuka.

Waktu dibilang, hati sendat dengan rindu. Pun...takdir Tuhan, kita pasrah tanpa dalih..


... A little girl is sugar and spice and everything nice...


Children make you want to start life over. ~Muhammad Ali


Sy rindukan anak-anak sanak saudara. Rindu mahu mendengar gelak ketawa. Rindu mahu melayan rengekan manja minta itu ini. Rindu mahu melayan kerenah yg macam2. Di Hari Raya.

Saya rindu mahu pulang ke kampung. Sy rindu mahu menjamu mata dan nafsu menjamah hidangan lauk pauk dan kuih muih Kelate. Sy rindu suasana Ramadhan dan Syawal di tanah Semenanjung.

Sy rindu mahu berbuka menghadap hidangan dengan keluarga. Sy rindu mahu melihat pelita dan cahaya bersemarak bila anak-anak sepupu tidak letah metah bermain bunga api.

Dan sy tidak sabar mendengar takbir menggegar landahur rasa. Moga Tuhan membuka hijab.

Moga Tuhan memberi sy peluang....mengabulkan doa lewat sembahyang hajat.

Saturday, September 6, 2008

Cinta Hatiku


Langit syahdu. Awan bertompok-tompok. Kelabu. Hujan gerimis lama menarah tanah Kapit. Sinar Ramadhan pagi bertukar kelam. Hujan. Hujan. Alangkah. Kejadian Tuhan tidak sesekali terfikirkan.

Siapa tidak sukakan alam? Laut lepas bebas. Hutan; melayut-layut terisi rengekan unggas. Senyum jernih mendatari; wajah persis teman meraih-raih berkongsi cantiknya rekaan. Saujana. Dan kita mencari. Rimah-rimah rezeki Tuhan. Jauh; melayah laut sama-sama mengaut anugerah alam.





We might not wear the same shoe size...
but we can share the same burden together!!


Puasa menjernihkan lagi. Putih. Bersih. Suara alam mengasak-ngasak menggamit menghayati kurniaan Tuhan. Pun; kadang-kadang kita masih mencongak takdir yang tertulis. Mengapa hati masih kelam menerima corak hidup yang perlu disyukur? Kami manusia penuh kelemahan. Perjalanan masih lagi jadi pertempuran yg panjang.



Cantiknya alam. Pagi yang menawan. Embun yang lembut longlai membasah bumi. Senja-musim yang romantik. Malam indah kala bulan mengambang.

Dengan hati yang segar menguntum. Dengan bulan yang lebih indah dari bulan-bulan yang lain. Ramadhan.

Kami mencari iman dari dadamu tanah. Mencari ihsan di segenap pelusuk manusia.

Mencari Islam di ambang kerosakan. Kami mencari nurMu Ya Tuhan....

Kami masih menyala hidup dengan angkuh. Menjarah dosa. Esok, mentari akan terbit lagi. Dosa makin menggunung. Esok, mentari akan pergi lagi. Dosa makin menggunung.

Moga Ramadhan kali ini lebih makna. Sebelum takbir bergema, temukan kami dengan LailatulqadarMu ya Tuhan....




Sunday, August 24, 2008

JaLan~JaLan TerOKa BorNeO


Cuti sekolah ini sy tak pulang. Cuti bulan 8; seperti tahun lepas sy meneroka tanah Borneo. Tahun lepas sempat berlibur di Kota Kinabalu dan menjejak Pulau Labuan. Tahun ini menjelajah Miri di cuti sekolah. Niat makin melonjak bila teman seperjalanan mengajak ke Brunei. Miri sempadan Brunei. Saudara teman boleh ambil kami di sempadan dan bawa kami ke Begawan. Wah! Hati teruja mahu mengikut dan kami berkira mahu cepat2 membuat passport. Hahhaha, excited sungguh!

Dari tanah Kapit ke Miri; 10 jam perjalanan. 3 jam dari Kapit ke Sibu; 7 jam dr Sibu ke Miri. Sengaja memilih bas; boleh lihat2 pemandangan. Berhenti juga di Bintulu.

Di tengah2 Bintulu, bas kami tiba2 berasap. Hati sudah mula gusar; tambah ini pertama kali naik bas di Sarawak. Mendung gelap; maghrib hampir tiba. Semua orang turun bawa beg besar masing2. Juga ada beg bahai di kiri kanan penumpang. Sarat. Macam2 bau. Macam2 rasa dan aroma. Dengan isi yg berbagai.

Kami akhirnya tercangak di tepi jalan. Di tengah-tengah penghujung petang. Dengan beg2 pakaian; menunggu bas lain datang menjemput ke Miri. Ada separuh perjalanan lagi. Sungguh; jelajah Sarawak ini macam2 pengalaman. Teringat cerita teman di Kapit tahun lepas. Bot ekspress rosak berasap di tengah2 sungai. Dia terpaksa menukar bot di pertengahan sungai dan duduk di atas bumbung bot lain, sementelah bot yg baru dinaiki sarat muatan. Hujan pula turun menambah lagi rencam rasa. Sayu pun ada.

Kami sampai di tanah Miri di tengah malam yg kian larut. Merancang mahu ke pejabat Imigresen membuat passport esoknya dan lusanya meneroka Gua Niah.

Tapi; Tuhan tentunya punya rancangan sendiri. Dokumen Perjalanan Terhad sy tertinggal di Kapit. Tanpa bukti sy masuk ke Sarawak; passport tak boleh dibuat. ARGGGhhh...makanya jelajah kami hanya di Miri saja cuti sekolah ini. Dan dengan rasa yg sedikit sebal; kami merancang mahu menjelajah sungguh2. Biar berbaloi datang dari hulu Kapit sampai ke bandar minyak Miri. Sementelah, teman sy ini jalannya lagi panjang. Dari kawasan sekolah dia berperahu panjang 3-4 jam untuk ke pekan Song. Kemudian menaiki bot 2 jam ke Sibu. 7 jam bersama2 sy meneroka tanah2 hutan dan kampung ke Miri pula.

Tentunya jelajah kali ini bermakna dengan meneroka dan menjarah Gua Niah. Untuk ke gua, kami menaiki perahu kemudian berjalan kaki di tengah2 hutan lebih kurang 3.1 km....kemudian patah blk dengan jln yg sama. Sejalan dengan warga-warga asing. Indon, Taiwan, Brunei, mat2 salleh dan beberapa anak tempatan. Satu pengalaman yg sukar diluput. Terkejap di hati.


my fren...K.Yana


On my way 2 the dark cave...
hhaha..muka sudah rentung!


Yeahh!That's it!! Gua Niah!!


We @ Niah Cave, MIRI...August 2008


explore n explore more.....


Kami ke Brighton Beach; menjamu seafood di remang senja, melawat Canada Hill; berziarah muzium Petroleum, bersantai mencari cenderahati di Miri Handicraft. Juga sempat membeli-belah di Imperial Mall dan Boulevard. Berlegar sekitar bandar Miri. Bersiar-siar di Lambir Hills National Park.

Me @ Canada Hill....Oil Well No.1

PetroLeum Museum..MIRI



** MIRI Handicraft **


Mencari senja di Brighton Beach


jom...jom....beshnye main air!!


@ Lambir Hills National Park




Masa yg diisi dengan aktiviti yg cukup padat. Tapi puas. Penat; tapi gelak tawa menghilang segala rasa lelah letih. Sy mahu simpan kenangan ini di hati. Dan saya mahu cepat2 pulang ke Semenanjung. Tidak sabar menunggu Syawal datang..dan Ramadhan kali ini di tanah Kapit lagi. Hati sy bersemarak rindukan kampung halaman. Ramadhan tahun depan di tanah pulau ini lagikah?

Pun..takdir Allah, hukum alam yang tak terhalang oleh setiap manusia..setiap kejadian, sejajar dengan keadaan.