And to feel blue.
It’s okay to need hugs.
And to talk to a friend.
Then you will feel better,
And the hurting will end.
~Anonymous~
p/s..will soon feel okay......hope so!!
p/s..will soon feel okay......hope so!!
Hari ini besday ayah. Belum telefon ke rumah. Tunggu malam nanti mahu bercakap dengan ayah. Esok sudah mula kerja. Esok mula melayan kerenah anak2 yg macam-macam. Lagak yg mahu diberi perhatian; manja dan keletah. Nakal dan hijau metah. Kadang sukar dikawal; perangai yang membangkit rasa kurang sabar. Mencabar hati tetapi itu lumrah menjadi guru.
Menjadi cikgu anak-anak kecil mengajar sy. Setiap hari ada jalan ceritanya. Mendidik sy mendisiplinkan anak seawal kanak-kanak. Walau kadang2 sy mengalah; tugas ini tidak semudah dicanang-canang orang.




Hati jadi dekat pada yg Asal. Bukan cerita cinta yg muak, jelek tapi menjernihkan hati yg kian tua. Ada cerita jodoh yg menuntun berbalik pada takdir, walau jauh perginya. Bukan cerita anak muda yg mual, asyik; cerita cinta yg sesat tak sudah2. Itu-saya bosan.
Pertama kali memberi hadiah yg menjadi kesayangan; lukisan ini. Bukan sebelum itu tidak pernah beri, cuma ini jadi simpanan kesayangan sy. Ilham saya. Luahan hobi sy. Tapi; sy beri pada orang. Pd seseorang. Beserta puisi yg sy karang bertahun2 dulu. Pun, itu cerita lama. Cerita pahit payau, tak perlu dikenang-kenang.
Pertama kali menyertai pertandingan mengarang semasa di darjah 3. Mendapat tempat ke 2. Itu pun kerana dipilih cikgu. Selepas itu sy tidak menyertai mana2 pertandingan berkaitan menulis. Sampai ke hari ini. Sy sendiri tidak memanjangkan minat sy menulis seawal sekolah rendah sehinggalah di tahun2 sy di universiti. Semasa di u, minat menulis bercambah semula. Menulis apa saja. Berbelas2 tahun sy hanya isi dengan membaca buku, novel, komik, majalah. Dan di U, sy mula sedar...menulis itu indah nikmatnya. Hehhehe...Hidup bagaikan roda yg berputar, masa kan terus mengejar...
Yg lama...biarkan ia di situ.