Thursday, September 13, 2007

Cerita Ramadhan di Tanah Kapit



Ramadhan menjengah lagi; sekaligus mengundang barakah. Barakah; mendarat ke hati2 yg dahaga dan kepingin nikmat Tuhan. Keampunan mendarat lembut; melayah pada insan2 yg taat dan ikhlas sujud padaNya.


Tahun ini; hari2 Ramadhan sy berlegar sekitar Kapit. Sebulan menahan segala; sy akan berkongsi barakah Ramadhan di ‘pulau’ Iban ini. Tahun lepas; cerita2 Ramadhan sy bersama teman2 maktab. Teman2 yg punya beribu kisah; sering nanar mencari erti hidup; sesekali lurus bergerak terus dengan panduan dan pedoman Tuhan. Teman2 yg sy sayang; mencoret hitam putih; malah warna2 pelangi tersebar terus dalam lipatan kisah hidup sy. Teman2 dulu yg sentiasa bergelak tawa; mengundang ceria di hati. Teman2 dulu yg punya ihsan; mendokong kuat tika kita jatuh dan perlu tempat berpaut. Teman2 dulu yg juga melukis luka dalam lembut. Mencoret hitam dalam kertas putih. Mendera; bukan kujur tubuh tapi hati dan perasaan. Mencakari ; kekadang menjepit ulu hati.

Pun; tahun ini perjalanan kisahnya tentunya berlainan. Kapit bukan Sungai Petani yg telah diteroka dan dijajah. Kapit punya cerita bersama org2 Iban, bersama anak2 Semenanjung yg memunggah cerita yg rencam lagi berliku. Kapit punya Kak Ika; teman yg setia mendasari makna persahabatan. Seorang kakak yg mendedah seribu haruman kebaikan; kekadang bertingkah berkongsi jatuh bangun menggalas beban menjadi seorang pendidik. Teman rapat yg ke hulu hilir meneroka makna hidup di pekan Kapit.


Teman guru; seorang kakak. Dan Kak Ika; kedua-duanya sekali.

Di daerah ini. Sy punya teman. Saliza; seusia sebaya menelusuri atma kehidupan. Geger. Sejeda. Ketawa. Sedih. Dia tempat sy berpaut rasa; sy tempat dia mengadu libang-libu payah senang di hati. Simbiosis.

Pun; sebetulnya pertalian antara dua insan bukan didasari simbiosis. Lebih kepada pengorbanan. Lebih kepada kesetiaan dan mengharap kemanisan. Sementelah; kami anak dagang. Dan dia sebenarnya lebih banyak berkorban berbanding sy sepanjang mandala hidup di tanah Sarawak.

Kapit diduduki ramai anak Semenanjung. Mereka punya sikap dan ragam yg bercabang. Bersimpang-siur. Kadang senang difahami; kadang melelahkan fikiran yg ‘memerhati’.

Ada yg punya jiwa dan lidah yg mengesan. Tampak bersetuju di depan; tp herang-herot di belakang. Memperendahkan org. Mungkin dia penuh ilmu agama, tahu hukum-hakam dan mendalami Islam; sekaligus mengajar anak2 terpencil ini segala kenikmatan Tuhan; tapi dia tercicir menjaga hati dan perasaan. Yg dihormati; dinaikkannya seboleh mungkin. Yg dirasa lemah; diperendahkannya sebawah mungkin.


Mungkin dia lupa; manusia punya istimewanya yg tersendiri. Mungkin dia keciciran rasa hambanya pada Tuhan. Manusia diberinya tingkat. Dia lupa; yg dia juga punya kelemahan walau arif hal2 agama. Dia lupa; yg Sang Darwin dulu mendiskriminasi manusia berdasarkan warna kulit dan taraf manusia. Yang hitam Negro dan orang asli warga2 Australia disepak dimusnah dek kerana perasaan memandang rendah sesama makhluk dan sekaligus menggelarkan mereka sang beruk!.

Dia lupa yg satu itu…yang manusia tidak sempurna.

Sebulan lagi sy akan terbang berkongsi nur adiwarna Syawal di tanah Kelantan. 5 bulan tidak menjengah keluarga di Kota Bharu; hati sy membilang hari. Moga Ramadhan di daerah Iban ini menjanjikan kelainan untuk diri. Moga pengalaman di tanah Kenyalang ini menjadi titik mula pengembaraan sy mendalami warga2 yg memberi kelainan di diari tulis.

Cita2 sy masih jauh. Belum sekali dicapai; tp perlu pengorbanan jerih perih yg bukan calang-calang.

Sy mahu mengembara. Jauh. Pelusuk. Menekuni hamba2 Tuhan; terpencil atau pedalaman.


Moga Tuhan memberi sy peluang menjejak tanah2 asing di usia yg belum menginjak. Moga kaki sy terus melangkah memijak bumi orang; dan hati sy terus bernyanyi menulis.






KapiT, Sarawak