skip to main |
skip to sidebar
2 minggu sudah sy berkursus. Kursus peningkatan matapelajaran Sains sekolah rendah. Di Kapit.Sy berpeluang bertemu dengan cikgu2 yg keluar dari ceruk rantau hulu Kapit. Yg berperahu panjang menyusuri Sungai Sarawak yg sempit, yg turun dari bukit-bukau dan tanah2 hutan, juga yg selesa berada di tengah2 pekan. Yg nyata, kami sama2 berkongsi menabur budi kepada anak2 tanah Borneo. Anak-anak Malaysia Timur. Ada Cina, Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh. Mungkin juga ada Kenyah, atau Kayan.Sy ketemu teman yg baik kacukan Cina-Bidayuh. Jauh dari hulu. Sy berteman dengan anak Melanau sepanjang kursus; bertemu atas urusan rasmi pendidik. Berjumpa dengan guru2 dari muara2 sungai. Dan jauh di benak sy mereka guru2 yg gigih.Hampir 2 tahun gelaran cikgu terpundak di bahu. Maka, 2 kali sy menyambut Hari Guru. Hari yg meraikan kita. Hari yg mengingatkan yg kita punya banyak lagi tugas. Hari yg merayakan kita; warga guru yg mendidik sarat dengan tanggungjawab.
16 Mei. Mungkin agak terlewat, pun sy mahu mengucapkan "Selamat Hari Guru...Cikgu!".Kebiasaan, murid2 meraikan dengan hadiah. Seperti guru2 serata ceruk Malaysia, tentunya hadiah yg lebih kurang sama. Seperti juga tahun sudah. Seperti juga cikgu2 lain. Pun; di keriuhan anak2 memberi hadiah, sy tercuit dengan perilaku anak seawal darjah 1. Melihatkan teman2 lain mencium tangan sy sambil menghulur hadiah dan bunga2 tanda terima kasih, dia menggenggam sekeping duit RM1. Dihulurnya ke tangan sy.Tersembur tawa sy. Pun, anak senaif ini mungkin akalnya perlu kita abaikan seketika. Hatinya lebih perlu kita baca. Kudus. Bersih. Suci. Mahu menggembirakan cikgu. Sy kembalikan pada dia. Dia lebih lebih memerlukan.
Kadang menjadi cikgu ini meletihkan. Berat bebanan. Kadang mahu saja sy menginjak berpaling ke belakang, hati mengerekot melayan anak2 murid yg tidak cukup ajar. Tugas2 lain yg digalas perlukan kesabaran juga, bukan hanya mengajar dan mendidik anak2 di kelas. Menjadi cikgu menuntut kecekalan. Tugas yg bukan calang2. Memberi sinar cahaya. Cahaya itu mungkin menyilaukan, atau makin lama jadi samar berbalam2. Melayan kerenah manusia tidak seperti menyelenggara benda; setiap hari ada ceritanya. Jalan yg luar biasa onaknya. Boleh jadi lama ia kusam. Jadi rawan.Dan sebetulnya...di hari 16 Mei, sy belajar erti menjadi guru lagi.
Dulu. Bila diajak teman melihat suasana dan persekitaran anak2 pribumi di Hulu Perak, Grik; hati sy teruja. Mata taruk bersinar-sinar. Pengalaman yg bukan calang-calang. Apatah di situ tempat praktikum teman sekelas.Sblmnya; sy hanya mendengar kisah2 disebar dr pengalaman mereka. Tentang anak2 orang asli; hidup malamnya bertemankan generator, berseronok mandi sungai, anak2 yg berambut ketak penuh dengan cerita susah hidup; sy sungguh2 mahu merasainya sendiri.Paginya dr Sungai Petani kami bertolak ke Grik. Menghilang kantuk pagi Ramadhan di tepi Tasik Banding; bersama2 bercerita, berkongsi kisah anak2 itu. Alangkah; satu pengalaman baru menanti di hujung hari itu.Jalan masuk ke sekolah penuh hutan. Sunyi. Di kiri kanan hanya pokok dan cicipan unggas. Dan di hati sy tika itu tiada lain. Mahu cepat2 mengenal anak2 itu.Sampai di sekolah; hati sy berbunga-bunga. Sungguh; mereka berambut ketak. Berdialek janggal; tapi mampu lagi difahami. Penuh rahsia sendiri.Di hadapan sekolah; ada satu perkampungan orang asli. Rumah agak berjarak; usang dan mengalamatkan satu kehidupan. Susah; tapi penuh makna. Ada anjing. Bukit. Pokok2 hijau.Tidak jauh dari situ ada sungai mengalir. Tenang. Mengasyikkan. Di kaki bukit...jauh di pedalaman sekolah Air Banun. Kami bermain air; sungguh2 merasai kehidupan di situ. Walau hanya sehari. Sempat berbuka bersama anak2 berkulit sawo matang, berambut kerinting ketak; berkongsi nikmat juadah berbuka. Sama2 mencari cahaya Ramadhan, di hari yg penuh perkongsian. Berkongsi rezeki Tuhan.Malam Ramadhan syahdu bersama anak2 itu. Anak2 org asli Perak.Itu cerita dua tahun lalu. Cerita melihat gajah di perjalanan pulang dalam hujan sekejap-sekejap.Langit hitam pekat. Kusam. Gelap. Cuaca dingin. Hati kaku beku mahu meninggalkan perkampungan itu. Tiada lagi kesempatan bertemu anak2 penuh kemesraan itu. Anak2 yg penuh harapan. Ank2 yg seawal drjah 1 berkongsi hidup bersama teman di asrama. Anak2 yg sukar sekali utk sy ketemu tingkahnya lagi. Penuh hormat terhadap guru. Apatah org asing. Mereka anak2 istimewa. Di hati sy.Pun; tidak pernah tersangka dlm hidup sy dihantar ke Sarawak. Pernah sy mengisi borang biar dihantar ke Perak. Biar di ceruk pedalaman; menyala kandil anak2 org asli. Nyata; rezeki dan jalan hidup sy di tanah Iban. Bukan di pedalaman Perak. Bukan di pedalaman Semenanjung. Tapi di hulu Sungai Batang Rajang.Tatkala hari pertama datang ke Sarawak; di dalam bot ekspress sy menerima mesej teman. Memberi semangat dan merangsang sy mencari ilham. Cerita di tanah Sarawak katanya tentu banyak memberi sy pengalaman. Cerita yg akan melekat di hati. Cerita yg tidak ada di Semenanjung. Cerita yg akan menggugah jalan hidup sy. Penuh erti. Sungguh. Cerita di sini lain dengan cerita anak2 pedalaman Perak. Ada cerita yg hampir meragut nyawa sy; cerita sy hampir terjatuh ke sungai tika pulang berkursus dari Sibu. Tangan membimbit laptop dan bahu menggalas beg pakaian; kaki mahu melangkah dari bot naik ke daratan. Mungkin takdir sy hari itu; hampir2 badan terhempas ke sungai. Tapi janji Tuhan; sy mampu mengimbangi badan dan terselamat dan masih mampu pulang ke Kapit. Itu cerita pahit.Pun; cerita di sini belum tamat. Cerita yg baru pertengahan. Dan akan ada cerita lagi. Moga cerita yg penuh bunga2. Biar layu; tapi subur di hati.Kehidupan penuh jerih perih; itu bunga-bunga di hati.