Saturday, August 25, 2007

Jelajah Borneo ( 18-23 Ogos 2007)


SABTU. 18 OGOS 2007.


Sungai.Udara.Tanah Rata.Laut.

Perjalanan Dari Kapit (Sarawak) ke Pulau Labuan (Sabah) punya liku dan perjalanan yg panjang. Seawal 6.00 pagi Sabtu, 18 Ogos ..sy seangkatan dgn teman2 serumah membimbit beg2 pakaian ke jeti bot ekpsress Kapit.Hujan lebat menyukarkan sedikit perjalanan kami ke negeri terakhir, yg satu2nya negeri di Malaysia yg belum pernah sy jejak.


Sabah. Negeri di bawah bayu yg tidak pernah sy hirup dalam2
udaranya. Negeri yg kaya dengan budaya bangsanya; yg juga tidak pernah kalah dgn adat resam warga bumi Kenyalang.

Tiba di bandar Sibu setelah badan lenguh letai melayan kantuk selama 3 jam di dalam bot menyusuri Sg. Batang Rajang, kami cepat2 bergegas mencari teksi menuju airport Sibu. Perjalanan 45 minit ke airport dr Bandar Sibu, masing2 melayan angan apa yg bakal dilalui sepanjang percutian di Pulau Labuan.

Malang! Rupanya flight ditunda. Kami yg sepatutnya bertolak seawal jam 11.10 ke Kota Kinabalu terpaksa menunggu hingga 1.20 petang utk ke Sabah. Sepupu bersama suami yg sudah tiba hari Jumaat lagi dari Pulau Labuan semata2 utk menjemput sy dn teman2 dimaklumkan supaya bersabar..Terasa bersalah kerana menyusahkan sepupu sendiri; tp mereka tetap berkeras utk dtg menjemput di KK membuatkan sy mengalah.

Sampai di Kota Kinabalu petang itu, kami menjamu perut di tepi pantai. Bertemu pandang wajah sepupu, terhimbau rupa mak ayah di Tanah Semenanjung. Emosi sy berbaur. Separuh riang mahu meneroka Tanah Borneo sepuasnya; separuh lagi teringin terbang balik ke bumi Kelantan. Kami bercerita kisah pahit manis di pekan Kapit; sesekali sy sempat merenung jauh kapal layar yg penuh memutih di tengah laut. Hati jadi separuh sebak. Moga bertemu sanak saudara meredakan kerinduan sy pd keluarga sendiri.






KoTa KinaBaLu...AugusT,07



Malam itu; kami melawat teman sepupu yg juga anak Kelantan. Keluarga mereka lebih 10 tahun menetap di Sabah. Sy menelan budu sepuasnya. Terubat juga kerinduan pd tanah tumpah darah sendiri. Bukan tidak ada anak2 Kelantan di Kapit, cuma bila melancong dan bertemu lg dgn org senegeri; terubat emosi sy.

Esoknya; kami akan meneroka dan menjelajah Bandar Kota Kinabalu. Moga esoknya; sy bertemu pengalaman yg bermakna. Moga esoknya berbaloi percutian sy ke Sabah; dan tidak pulang ke tanah Semenanjung memberi seribu satu hikmah dlm cabang hidup.






2 comments:

Kemat said...

dulu masa keje kat sarawak sempat jalan2 ke Kuching, Sibu, Sarikei, MIri.. Kudat jer tak sampai..alahai ruginya..sekarang nak ke sana cam tak der alasan plak

Mazarina said...

keje kat mana kt swak??