Wednesday, November 28, 2007

CuTi-cuTi MaLaYsia


Malam kelmarin dapat mesej.

"Akum, cikgu sedang buat apa?" No. tak dikenali naik. Mesej bersambung.

"Saya Azwa".

Owh. Anak murid. Orang Kapit. Sengaja saya balas; "Azwa mana ye?"

"Sik mungkin kitak sik kenal kamik. Azwa. Darjah 4."

"Owh. Sy sedang surf internet." Azwa senyap.

Malam tadi ada sambungan mesej Azwa.

"Cikgu, maaf saya tak dapat balas mesej cikgu semalam. Takut emak marah. Saya semalam dekat Terengganu, dalam perjalanan ke Kelantan."

"Oooo..jauh kamu berjalan. Cuti2 Malaysia?" Jarang sy dengar anak-anak kecil Kapit sampai menjelajah ke sini. Yang kecil2. Yang besar2 mungkin ada datang.

"Kamik sekeluarga ada pergi Rantau Panjang. Lepas raya kamik nak pergi Genting. Ok, selamat malam cikgu. Semoga cikgu mendapat mimpi yang indah."

Amboih. Datang Terengganu; terus ke Kelantan. Jelajah Genting pula. Jarang anak Kapit meneroka sejauh ini. Jarang benar. Tiap kali sebelum cuti; bila ditanya ke mana arah tuju semasa cuti; paling jauh sampai ke Kuching. Itu yg berada. Orang senang.

Atau..sy balik Sabah, cikgu.

"Saya pergi Sibu." Sibu bandar terdekat. Tidak ada jalan raya. Hanya bot jadi kenderaan.

Yg paling ramai; "kamik pulai rumah panjang".

"Cikgu, satu hari bila dah besar..saya nak pergi Kuala Lumpur." Itu cerita cuti anak-anak Kapit.

Cuti2 ni; rutin sy pagi2 mengajar tusyen (sbetulnya mengajar anak2 spupu yg dtinggalkan emak bapaknya ke Mekah). Tidak bercuti2 Malaysia ke mana2 lagi. Mungkin awal bulan 12 baru dpt ke Penang. Join rombongan meminang utk sepupu. Kemudian singgah meronda2 Langkawi dengan family. Tahun lepas Langkawi sy jejak kerana berkursus; tidak bersantai melepak di mana2.

Merancang dengan kawan untuk ke Pulau Redang cuti ni. Tapi cuaca tak berapa membenarkan. Nantilah; ada peluang akan sampai jugak.

Selamat bercuti2 Malaysia....!!!




14 comments:

hayad said...

nape tak bls --> "singah la umah cikgu".

dah dekat tu,hehehe

13may said...

Salam,
Tima kasih kerana mengunjungi blog saya :)

Anonymous said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

Kemat said...

rajin anak murid bertanya khabar..kamu jadi cikgu kesayangan nie kat Kapit

Mazarina said...

dayah; x sempat nak jemput; dh bagitau dia kat zoo negara pulak...heran gak budak nih..huhuhu..musykil pun adow..

Mazarina said...

cikgu ksayangan?hahhaa...anak2 kelas sy darjah 2; biasa ah..manja, suka dok kiri kanan time sy dok meja guru...ngadu mcm2 hal...:D

Bunga Rampai said...

Salam kenal :)

Terima kasih mengunjungi teratak saya. Amat menghargainya. Lagu itu insyaAllah akan hantar.

BiSkUtZ LeMaU said...

Salam ziarah..
Wah.. rajin btul budak kecik ni bagi mesej kat cikgu..
Yelah kebanyakan murid sek. rendah dh ader HP.. Advanced sungguh.. (",)

Mazarina said...

bunga rampai; tq...insyaAllah nanti p saner lg..suke dgr "hassan budak nakal"

biskutz; hp diaorg lg advanced dr hp cekgu...bdk2 ni comel, nakai2 pun pstuh kite jd lembut ati blk..hehehe

indera kencana said...

Pulau Redang memang tidak sesuai di masa musim tengkujuh sebegini.

Jauhnya anak Kapit itu berjalan ye..!!

Mazarina said...

tp pulau redang cantik,kan?pnh pi pulau pangkor...best gak kat sanerr...jom, bjalan2 ke pulau.

Anonymous said...

Redang? Tidak pada musim ini.

Mazarina said...

x pela...x pi redang , p langkawi pun ok gak..hehhee

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!