skip to main |
skip to sidebar
Dulu. Bila diajak teman melihat suasana dan persekitaran anak2 pribumi di Hulu Perak, Grik; hati sy teruja. Mata taruk bersinar-sinar. Pengalaman yg bukan calang-calang. Apatah di situ tempat praktikum teman sekelas.Sblmnya; sy hanya mendengar kisah2 disebar dr pengalaman mereka. Tentang anak2 orang asli; hidup malamnya bertemankan generator, berseronok mandi sungai, anak2 yg berambut ketak penuh dengan cerita susah hidup; sy sungguh2 mahu merasainya sendiri.Paginya dr Sungai Petani kami bertolak ke Grik. Menghilang kantuk pagi Ramadhan di tepi Tasik Banding; bersama2 bercerita, berkongsi kisah anak2 itu. Alangkah; satu pengalaman baru menanti di hujung hari itu.Jalan masuk ke sekolah penuh hutan. Sunyi. Di kiri kanan hanya pokok dan cicipan unggas. Dan di hati sy tika itu tiada lain. Mahu cepat2 mengenal anak2 itu.Sampai di sekolah; hati sy berbunga-bunga. Sungguh; mereka berambut ketak. Berdialek janggal; tapi mampu lagi difahami. Penuh rahsia sendiri.Di hadapan sekolah; ada satu perkampungan orang asli. Rumah agak berjarak; usang dan mengalamatkan satu kehidupan. Susah; tapi penuh makna. Ada anjing. Bukit. Pokok2 hijau.Tidak jauh dari situ ada sungai mengalir. Tenang. Mengasyikkan. Di kaki bukit...jauh di pedalaman sekolah Air Banun. Kami bermain air; sungguh2 merasai kehidupan di situ. Walau hanya sehari. Sempat berbuka bersama anak2 berkulit sawo matang, berambut kerinting ketak; berkongsi nikmat juadah berbuka. Sama2 mencari cahaya Ramadhan, di hari yg penuh perkongsian. Berkongsi rezeki Tuhan.Malam Ramadhan syahdu bersama anak2 itu. Anak2 org asli Perak.Itu cerita dua tahun lalu. Cerita melihat gajah di perjalanan pulang dalam hujan sekejap-sekejap.Langit hitam pekat. Kusam. Gelap. Cuaca dingin. Hati kaku beku mahu meninggalkan perkampungan itu. Tiada lagi kesempatan bertemu anak2 penuh kemesraan itu. Anak2 yg penuh harapan. Ank2 yg seawal drjah 1 berkongsi hidup bersama teman di asrama. Anak2 yg sukar sekali utk sy ketemu tingkahnya lagi. Penuh hormat terhadap guru. Apatah org asing. Mereka anak2 istimewa. Di hati sy.Pun; tidak pernah tersangka dlm hidup sy dihantar ke Sarawak. Pernah sy mengisi borang biar dihantar ke Perak. Biar di ceruk pedalaman; menyala kandil anak2 org asli. Nyata; rezeki dan jalan hidup sy di tanah Iban. Bukan di pedalaman Perak. Bukan di pedalaman Semenanjung. Tapi di hulu Sungai Batang Rajang.Tatkala hari pertama datang ke Sarawak; di dalam bot ekspress sy menerima mesej teman. Memberi semangat dan merangsang sy mencari ilham. Cerita di tanah Sarawak katanya tentu banyak memberi sy pengalaman. Cerita yg akan melekat di hati. Cerita yg tidak ada di Semenanjung. Cerita yg akan menggugah jalan hidup sy. Penuh erti. Sungguh. Cerita di sini lain dengan cerita anak2 pedalaman Perak. Ada cerita yg hampir meragut nyawa sy; cerita sy hampir terjatuh ke sungai tika pulang berkursus dari Sibu. Tangan membimbit laptop dan bahu menggalas beg pakaian; kaki mahu melangkah dari bot naik ke daratan. Mungkin takdir sy hari itu; hampir2 badan terhempas ke sungai. Tapi janji Tuhan; sy mampu mengimbangi badan dan terselamat dan masih mampu pulang ke Kapit. Itu cerita pahit.Pun; cerita di sini belum tamat. Cerita yg baru pertengahan. Dan akan ada cerita lagi. Moga cerita yg penuh bunga2. Biar layu; tapi subur di hati.Kehidupan penuh jerih perih; itu bunga-bunga di hati.
15 comments:
ingat saat kita school based dulu skali...ingat apa kita bincangkan... ingat KPLI..sayang seribu kali sayang..apa yang bermula dengan kebahagiaan perlu berakhir dengan tangisan..
keep writing maza..
i see maturity in such a smaal person. big heart tho.
n kak lisa save a few cute pics from ur blog..ble kan???
PLEASE DONT OPEN APA COMMENT GARGAMI TU...ITS A SPYWARE AND VIRUS AND TELAH INFECTED MY COMPUTER!
kebetulan..aku baca entry ko nih sambil tengok rencana kat tv9 pasal cikgu2 yg bertugas kt Daro.. apepun aku harap ko terus kuatkan semangat ya..aku percaya..mesti banyak kenangan yang akan ko kenang di sana kan :)
mulia jasa guru tak ternilaikan. syahdu mengetuk hati tika terpandang pengorbanan cikgu maza di pedalaman.
kuatkan semangat Maza!
Salam,
Bunga-bunga di hati tidak akan layu selagi dibajai rasa kejujuran yang berpaksi kepadaNya.
Teruskan bercerita ...
miss lisa---> cerita kpli memang bnyk kenangan segar...teman2 yg sgt caring dn memahami...teman2 yg bnyk mcipta memori..siang malam; di darat, air, pantai, gunung kita mencipta sejarah sendiri.
u all are very wonderful frens!takkan ketemu teman2 spt itu; mungkin sampai ke mati...i cherish our friendship!!
nurul --> aku pun tgk citer cikgu kat daro tu...kwn aku ada kat daro...kwn masa kursus kat sibu dulu...memang tabik pengorbanan depa...kwn aku kat hulu kapit; guna lilin waktu mlm...hari tu bilik dia hampir terbakar dia x sedar. seb baik sempat simbah air...terduduk gak dia...sian2...
cikgu jawe ---> tempat sy tak dikira pedalaman...luar bandar...dihubungkan bot dr sibu...belum pedalaman lgk..hehhee
bunga rampai --> hhehe..itu kalo ada cerita lagi..:)
maza..yang penting sejuk hati tgk muka cikgu2 yg hensem itu..haha..gatai kan!!!
UWAA.. me dah lama tak balik kampong umah panjai ittewww.. dgn air sungai yg sejukkkk gilerrr
ooo...kg kitak kat mane???
salam...berat mata melihat lagi berat bahu memikul...(betul ker nih peribahasa ni) ...umm saya sendiri anak jati sarawak pun tak pernah sampai ke kapit..tapi bole di bayangkan..apa pun teruskan perjuangan..
it is fate.
takdir telah memanggil kita berbakti kepada kanak-kanak pedalaman yang lebih memerlukan.
seberang juga sungai limbang nak ke sekolah. tapi tahu, these kids really need us maza.
more than we ever know.
pengalaman seumur hidup..kita takkan tahu erti kehidupan yang kita ada selagi kita tak alami erti kehidupan yang orang lain alami...
pengalaman yang tak mungkin dapat dilupakan...
arsaili--> ooo...org saghawak rupenyer..huhuhu
miss lisa-->hehhee...takdir itu kdg2 blh diubah dgn doa dan usaha...jgn terlalu pasrah pd takdir.
wan --> pengalaman memang banyak...stiap tempat ada pengalaman...tp kat srwk ni maybe ada istimewanya yg tersendirik sbb blk tmpt sndrk keadaan jd lain...
Selamat Hari Guru, Mazarina :)
Terus tabah dalam mendidik. Semoga jasa baik mendidik itu dilimpahi hidayah dan rahmatNya sepanjang masa.
Salam.
Post a Comment