Monday, June 4, 2007

Jumpa FT


Tadi jumpa dia. Faisal Tehrani. Dengan buku-bukunya.

Dia rancak berborak. Sy rancak mencari. Mencari buku-bukunya.

Kekasih Sam Po Bo. Sudah sy beli dulu2.

1515. Belek2, novel yg memang dah lama dengar kisahnya, tp belum tergerak utk memiliki. Sy capai sebuah. Ambik juga Bila Tuhan Berbicara.

"Tunggu Teduh Dulu"?? Kata Faisal stoknya belum ada di sini, nanti kami contact bila dh sampai. Dia tandatangan novel sy beli.


Dia senyum. Saya senyum.

Hati sy berbunga-bunga.

Bukan sbb dapat senyuman Faisal, tp berbunga-bunga sebab dpt tayang pd anak spupu. Hahhaha...

Sy pusing2 lagi. Cari novel Ustaz Habiburrahman. Ketika Cinta Bertasbih. Sudah habis. Owh, cepat benar lakunya. Yg tinggal, buku tulisan adik ustz Habiburrahman, Fenomena Ayat2 Cinta memperkata ttg novel best seller abgnya. Belek-belek, tak jadi beli. Sy hanya mahu yg itu; Ketika Cinta Bertasbih. Atau paling tidak; Di Atas Sajadah Cinta.





Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at PhotobucketPhoto Sharing and Video Hosting at Photobucket




Mata mencari2 lagi. Jumpa yg ini; " Tautan Hati"...ilham hati Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis cerpen Hatiku MilikMu. Penuntut UIA. Kalau kisah cintan-cintun remaja2, sy tolak tepi. Muak. Tapi yg ini mungkin lain; kalau dilihat pd cerpennya yg penah sy teroka dulu2, jalannya bukan cerita cinta biasa2. Sy ambik. Bayar.

Mata sy jadi berpinar2. Penyakit ni datang kalau sy pegi kedai buku. Pegi tempat2 yg ada buku. Gila meroyan Dayah kata!

Teacher Man; luahan Frank Mc Court yg sy beli beberapa bulan sblm ke Sarawak blm lagi hbs baca. The Hobbit; kisah awal J.R.R Tolkien sblm LOTR belum juga sy khatamkan. Ada buku2 lagi yg tinggal jd hiasan bilik. Belum sempat sy selak2.


4,5 hari lagi dh nak balik Sarawak...argghhh..buhsannya idup!!!!!!!




3 comments:

hayad said...

isk2..jelesnyerrrr!!!
beli buku kt mn ni? siap ada FT lg tu. Nnt la, dapat gj satgi ni nnt nak borong buku, bls dendam,haha! kalo kita dkt kan best maza..leh tuka2 baca :D

Mazarina said...

kat kota bharu...hehheheehada pesta buku islam kat sinih....jgn jeles!!!

Xara said...

rajinnya beli buku.. kedai buku di sini tiada banyak pilihan. Malangnya diri ini terlalu malas hendak memulas stereng ke Putrajaya atau ke mana-mana kedai buku yang lebih baik..