Friday, December 28, 2007

LiFe Sweet STuff


“Flowers are flowers and trees are trees, but it can get quite confusing. What are you, a flower or a tree?”
-(Korean Novel; Coffee Prince)

Kalau saya; pokok itu lebih baik. Pokok memberi teduh. Pokok membesar punya banyak bahagian. Ada akar, daun, pucuk, batang, juga bunga. Pokok diperlu orang. Dulu. Hingga akhir. Makanya bunga hanya memberi sedap mata memandang. Lama; ia layu dan ditinggal orang. Pokok memberi kesegaran. Hijau menyejukkan hati.

Cumanya; bunga dikaitkan dengan cinta. Warna-warni. Lebih menonjol. Ceria. Tapi sementara.



Semalam. Saya chatting dengan teman lama. Teman di MRSM. Teman yang hampir 7-8 tahun berkongsi gundah cerita hidup zaman sekolah. Dulu; kami berlima bersahabat baik. Berkongsi tawa di bilik kosong asrama baru. Berkongsi gosip di bilik reks sambil bersantai menelaah buku. Skarang; dua sudah menikah. Seorang hampir melahirkan anak. Makanya; kami berkongsi pangkat. Ada mak long. Ngah. Teh. Juga Ucu.



Semalam juga. Seorang teman KPLI menghantar email. Gambar2 convocation Day. IPSAH. Beberapa bulan lalu. Saya tatap satu-satu. Hati saya meliuk-liuk dipukul semilir. Betapa mereka banyak memberi kenangan. Punya bahagian di ruang hidup saya. Pun; cerita lama hanya tinggal jadi sejarah. Jadi alam kenangan; terkubur bertemankan nesan. Walau sekali-sekala hati saya terbuka. Terkuak lebar-lebar. Mengingat cerita2 putih hitam menjadi guru pelatih.

Pengalaman. Santak ke ulu hati. Kadang bundar. Saya tawakkal.


Friendship isn't how u forget; but how u forgive...

Not how u let go..guys..but how u hold on!!



Wednesday, December 26, 2007

We...grow older,perhaps!


Pernah satu ketika, ketika leka menonton kisah generasi Amish di Pennsylvania di kaca tv; sy terdetik mahu menyelami kisah warga2 manusia yg punya cara hidup berbeza. Terkesan melihat warga ini yg gigih bertani; memakai pakaian berwarna sama dari generasi moyang hingga ke cicit; serta tidak mudah menerima pembaharuan juga pengaruh luar dari orang bandar, buat sy berfikir.



Mereka selesa berpakaian kelam, berkahwin sesama puak; berkereta kuda dan tidak akan keluar dari kepompong hidup mereka yg diwarisi. Kisahnya pernah sy cicipi di dalam tv. Juga pernah terbaca tulisan Dr. Tuah tentang rakyat unik ini. Anehnya manusia; punya latar hidup berbeza walau berkongsi bumi yg sama.



Semalam; tika mata leka menerjah bandar Kota Bharu; satu banner besar menarik perhatian saya. Iklan tentang filem-filem Iran; hasil idea hebat Majid Majidi.


Baran. Colours Of Paradise. Children Of Heaven.


Ketiga2 filem yg pernah saya jarahi dari awal hingga akhir ketika tahun2 sy di universiti. Cerita rakyat Iran yg punya liku yg rencam. Cerita yg memilik banyak anugerah. Cerita seni. Cerita manusia.


Baran. Cerita srikandi yang sungguh-sungguh. Cerita wanita yg kuat berjuang; punya ketabahan hati; tegar dan kuat prinsip. Colours Of Paradise berlatarbelakangkan anak buta di bumi Iran. Walau dia tidak upaya melihat dn menikmati hijaunya perbukitan kampung halaman; segarnya bunga2 di sekeliling; tapi cerita ini menyentak hati sy. Betapa anak ini insan terpilih Tuhan. Mengingatkan seketika tentang latar hidup Helen Keller. Children Of Heaven menjadi titik awal sy mahu menjadi guru anak2 sekolah.

Sungguh. Sy mahu menjelajah dunia. Walau belum mampu fizikal; cukup dulu sekadar pengetahuan dan ilmu. Mungkin sy perlu berbuat seperti seorang teman; menampal peta dunia di dalam bilik tidur. Hari2 boleh mengingatkan diri yg di dunia sana juga banyak lagi kisah. Kisah2 togel; cerita hitam putih pergolakan dunia; jua jerih perih anak2 malang meneruskan saki baki mandala hidup.

Sy hampir menyudahkan cerita Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Cerpen2 terpilih garapan anak Malaysia yg berdagang di tanah Jepun.

Ada sakura. Ada mamoji. Ada daun ichou.

Ada cerita pahit-pahit. Tidak yang manis-manis semuanya. Ada percaturan emosi agama. Ada perihal Islam. Ada konflik anak Malaysia di universiti.

Di tangan sy juga ada novel Ketika Cinta Bertasbih. Cerita anak Indonesia di tanah Mesir. Cerita penulis terkenal; ustaz Habiburrahman El-Shirazy. Sy mahu menakluk semua. Sy mahu tahu segala di sana. Sepertimana sy tenggelam dalam dunia Turki tulisan2 Zaid Akhtar. Atau kata Dr. Seuss;

"The more that you read, the more you will know. The more that you learn, the more places you'll go."


Sy sepertinya tidak mahu ke sana. Tapi tanggungjawab. Ada hikmah di balik pengorbanan. 3 hari lagi sy bakal pergi lagi ke tanah Kenyalang. Sy mahu siap2 dengan persiapan. Persiapan mental.

Bersiap segala yg perlu. Ranjang ujian menuntut lebih upaya. Moga sukses. Moga yg hitam2 jadi lebih putih. Moga yg tidak berwarna jadi warna2 pelangi.

Sy mahu buang yg kelam kesat di hati.

No matter the storm, when u're with the Lord, there always a rainbow waiting.







Friday, December 21, 2007

eNd -Of- yEar


Awal tahun; saya resah gelisah menunggu keputusan posting. Ke mana hala tuju saya melangkah. Akhir tahun; saya resah gelisah menghambat masa pergi. Permulaan sekolah membuat saya perlu pergi lagi.

Akhir tahun; sempat sy berlibang-libur dengan keluarga. Perak-Kedah-Penang-Perlis. Happy trip with them. Family days. Those were the days where u could find hearts from each of the members. Hari-hari yang pancarona. Hari-hari yang ada semua.

Saya tiba2 jadi rindu pada semua. Bukan; keluarga sudah di depan mata saya. Saya jadi rindu pd kegemaran2 sy yang lalu.

Saya jadi rindu pada teman2 yg lalu. The friends that nowhere to be found. But; i realize that all these walks- life, work, n freedom!

Tidak semua dapat diraih dan dikumpul dalam satu masa. Ke kenduri Yen semalam; hanya dapat bertemu dengan beberapa org teman. How i wish that all memories would be called back!!


Hari ini, jalan2 menjelajah laman orang; maka sy jawab yg ini;


The last book I bought?
Membina Personaliti Terbilang (Dr Tuah)


The last book I read?
Teacher Man (Frank Mc Court)

Five books that mean a lot to me?

1. Totto Chan The Little Girl At The Window (Tetsuko)
2. Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani)
3. Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Shirazy)
4. PS, I Love U (Cecelia Ahern)
5. 1515 (Faisal Tehrani)



Saya jumpa buku baru dalam wishlists saya. Lagi tulisan Cecelia Ahern. There's No Place Like Here. Tulisan anak Irish ini harap akan menambahkan lagi koleksi novel2 Cecelia kesayangan sy (yg lain; When Rainbows End).

Hujan2 begini di Pantai Timur, kali ini sy mahu bermalas-malasan membaca buku di katil empuk. Sambil menguyah coklat dan tenggelam dalam dunia novel. Sebagaimana sy meneroka semacam kanak2 lain dalam dunia Raold Dahl, Enid Blyton dan Othman Puteh. Kalaulah sy boleh menjelajah dan mengembara kembali ke alam kanak2 dulu. Alangkah!




Thursday, December 6, 2007

...sEnYumLah DARi HaTi....

Start every day with a smile and get it over with..






++ mY YeaR 3 sTuDenT ++
...She gave me a smile I could feel in my hip pocket..








a smiLe can brighTen the DarkesT day!!! ..ehehh =)







Wear a smile n have fun!!!






sMiLe...sunshine is good 4 ur teeth..








the OLd buDdy oF miNe..a friendly look...a kindly smile

..onE good aCT!!







people seldom notice the old clothes if they wear a BIG big smiLe =)




Tuesday, December 4, 2007

Aduh...Propesor???


Malam itu saya mahu pulang ke Sarawak. Bersama beg galas di badan; kaki ligat mencari tempat strategik di balai berlepas. Di sisi, ada seorang teman; cikgu juga di Kapit. Mata saru saya meliar2 menjamu keseluruhan ruang sempit airport Kota Bharu.

Ada beberapa cikgu lelaki yg memang sudah biasa dilihat. Saya; sembang2 dengan teman di belah kiri. Bertukar cerita. Fikiran menerawang jauh membelah Laut China Selatan. Kemudian menyusur perlahan Sungai Batang Rajang. Masing2 membuka rasa hati berat untuk pulang ke dunia sana.

Di depan sy; ada anak Cina. Senyap dan seolah berfikir jauh. Hatinya mungkin sudah berlepas; tidak lagi menjejak tanah Cik Siti Wan Kembang. Sy mengiring. Berpaling ke kanan. Ada pakcik tua. Rambut beruban, berkumis tebal, serius,kasut kulit hitam berkilat dan berkira-kira mahu bercerita, tapi anak Cina di depannya menunjukkan riak tidak bersedia. Dia menyilang2kan kaki; berpaling ke arah saya. Senyumnya melebar. Mungkin sy mangsanya malam ini.

"Anak masih belajar?" Di sebelahnya seorang perempuan agak berumur. Mungkin isterinya.

"Tak. Kerja. Di Sarawak."

"Owh. Cikgu, betul? Ramai cikgu2 Semenanjung posting di sana. Pedalaman. Tapi di sana, orang2nya masih hormatkan cikgu,kan?"

Saya mengiyakan. Kemudian, saya sedikit berkisah latar hidup di sana. Orang2nya. Murid2nya. Cara hidupnya. Kemudian, dia mengorek latarbelakang hidup, famili dan taraf pendidikan saya.

"Saya professor. Di universiti swasta. Di Kl. "

Saya tergamam. Owh, lelaki tua di sebelahku ini propesor rupanya. Patutla dia tidak penat bercerita. Tidak penat berkata, bercerita itu ini.

"Saya mengajar subjek account. Kamu kata, kamu guru matematik. Degree Mikrobiologi. Saya mahu soal kamu. Patut kamu boleh jawab..." Dia mula berkerut2 dahi; memikirkan soalan2 yang patut ditanya pada saya.


"Si A nak beli baju raya berharga RM50, tp dia tak ada duit. Jadi, dia pun pinjam dr 2 org kawan baik nya si B RM25 dan si C RM25. Dah dpt RM50, dia pun pergi la kedai tu nak beli baju. Sampai di sana baju tu ada sale pulak 10% jadi tinggal RM45 saja..lepas bayar RM45 Si A pulang dengan baju rayenye bersama balance RM5. Dia pun pulangkan kpd si B RM1 dan si C RM1 dan kat tangan si A tinggallah RM3. Jadi dia kini berhutang ngan si B dan si C sorang RM24. betoi tak....

soalan dia....Hutang kat si B = rm24....Hutang kat si C = rm24....Baki di tangan = rm3


Jumlah = rm51. Kenapa ada rm51 sedangkan duit asal cume ada rm50...??"



Pakcik propesor sengih2.

Eh..eh. Soalan ni macam penah dapat kat internet dulu. Tapi saya tak layan. Masa tu sibuk taip soalan periksa. Sekarang,pakcik propesor ni pulak tanya. Memang kena jawab. Karang kata saya cikgu tak berilmiah pulak..

"Fikir. Cikgu mesti bijak berfikir." Pakcik propesor mencabar sy sambil menguis2 kumis tebalnya.

"Nak, amik kertas kira. Spontan macam tu susah nak dapat jawapan." Isteri si propesor memberi cadangan.

"Biarlah dia jawab secara spontan. Cikgu mesti pantas berfikir." Pakcik profesor memandang saya lama.

Menyesal pulak tak kira masa dapat soalan ni kat internet. Kang dah malu tak dapat jawab depan propesor.

Saya percaya korang mesti dapat jawapannya. Selepas dia bagi jawapan pada soalan tu, ada soalan kedua. Soalannya mudah; saya jawab spontan, tapi rupanya apa yg difikir mudah tak semestinya mudah.

"Jawapan awak ialah jawapan yg mewakili orang2 Melayu. Orang2 Melayu yang suka bertangguh."

Aduh. Terkedu. Pedas sungguh kata2 propesor ini. Soalan itu soalan tentang katak. Katak dengan perigi. Pernah dengar? Melibatkan Matematik, dicampur dengan logik akal dan cara2 untuk survive.

Masa penerbangan saya kemudiannya dilewatkan sejam. Seolah memberi peluang propesor itu mengasak saya lagi dengan soalan bertubi2. Isterinya di sebelah hanya mendengar dialog kami.

Dia kemudian bercerita tentang pelbagai hal. Dari cerita Matematik, masuk Sains, kemudian tentang mualamat dan perniagaan, masuk pula cerita Islam.

"Kenapa setiap tahun populasi manusia bertambah; tapi berat bumi tetap tidak berubah?"

Tidak sempat saya menjawab; pengumuman menyuruh kami beratur ke udara. Kawan saya bergegas mengajak saya beredar. Propesor itu kemudiannya saya tinggalkan bersama dengan cerita2nya.

Tapi; malam itu sy belajar sesuatu. Sebelum saya menaiki kapal terbang membelah awan untuk mengajar anak2 Sarawak; saya betul2 telah diajar di tanah kelahiran saya sendiri. Oleh seorang propesor. Yang juga anak Kelantan.