skip to main |
skip to sidebar
Pernah satu ketika, ketika leka menonton kisah generasi Amish di Pennsylvania di kaca tv; sy terdetik mahu menyelami kisah warga2 manusia yg punya cara hidup berbeza. Terkesan melihat warga ini yg gigih bertani; memakai pakaian berwarna sama dari generasi moyang hingga ke cicit; serta tidak mudah menerima pembaharuan juga pengaruh luar dari orang bandar, buat sy berfikir. Mereka selesa berpakaian kelam, berkahwin sesama puak; berkereta kuda dan tidak akan keluar dari kepompong hidup mereka yg diwarisi. Kisahnya pernah sy cicipi di dalam tv. Juga pernah terbaca tulisan Dr. Tuah tentang rakyat unik ini. Anehnya manusia; punya latar hidup berbeza walau berkongsi bumi yg sama. Semalam; tika mata leka menerjah bandar Kota Bharu; satu banner besar menarik perhatian saya. Iklan tentang filem-filem Iran; hasil idea hebat Majid Majidi.Baran. Colours Of Paradise. Children Of Heaven.
Ketiga2 filem yg pernah saya jarahi dari awal hingga akhir ketika tahun2 sy di universiti. Cerita rakyat Iran yg punya liku yg rencam. Cerita yg memilik banyak anugerah. Cerita seni. Cerita manusia.Baran. Cerita srikandi yang sungguh-sungguh. Cerita wanita yg kuat berjuang; punya ketabahan hati; tegar dan kuat prinsip. Colours Of Paradise berlatarbelakangkan anak buta di bumi Iran. Walau dia tidak upaya melihat dn menikmati hijaunya perbukitan kampung halaman; segarnya bunga2 di sekeliling; tapi cerita ini menyentak hati sy. Betapa anak ini insan terpilih Tuhan. Mengingatkan seketika tentang latar hidup Helen Keller. Children Of Heaven menjadi titik awal sy mahu menjadi guru anak2 sekolah. Sungguh. Sy mahu menjelajah dunia. Walau belum mampu fizikal; cukup dulu sekadar pengetahuan dan ilmu. Mungkin sy perlu berbuat seperti seorang teman; menampal peta dunia di dalam bilik tidur. Hari2 boleh mengingatkan diri yg di dunia sana juga banyak lagi kisah. Kisah2 togel; cerita hitam putih pergolakan dunia; jua jerih perih anak2 malang meneruskan saki baki mandala hidup. Sy hampir menyudahkan cerita Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Cerpen2 terpilih garapan anak Malaysia yg berdagang di tanah Jepun. Ada sakura. Ada mamoji. Ada daun ichou. Ada cerita pahit-pahit. Tidak yang manis-manis semuanya. Ada percaturan emosi agama. Ada perihal Islam. Ada konflik anak Malaysia di universiti.Di tangan sy juga ada novel Ketika Cinta Bertasbih. Cerita anak Indonesia di tanah Mesir. Cerita penulis terkenal; ustaz Habiburrahman El-Shirazy. Sy mahu menakluk semua. Sy mahu tahu segala di sana. Sepertimana sy tenggelam dalam dunia Turki tulisan2 Zaid Akhtar. Atau kata Dr. Seuss;"The more that you read, the more you will know. The more that you learn, the more places you'll go." Sy sepertinya tidak mahu ke sana. Tapi tanggungjawab. Ada hikmah di balik pengorbanan. 3 hari lagi sy bakal pergi lagi ke tanah Kenyalang. Sy mahu siap2 dengan persiapan. Persiapan mental. Bersiap segala yg perlu. Ranjang ujian menuntut lebih upaya. Moga sukses. Moga yg hitam2 jadi lebih putih. Moga yg tidak berwarna jadi warna2 pelangi.Sy mahu buang yg kelam kesat di hati. No matter the storm, when u're with the Lord, there always a rainbow waiting.
0 comments:
Post a Comment