Saturday, May 17, 2008

Cikgu Itu Mutiara


2 minggu sudah sy berkursus. Kursus peningkatan matapelajaran Sains sekolah rendah. Di Kapit.

Sy berpeluang bertemu dengan cikgu2 yg keluar dari ceruk rantau hulu Kapit. Yg berperahu panjang menyusuri Sungai Sarawak yg sempit, yg turun dari bukit-bukau dan tanah2 hutan, juga yg selesa berada di tengah2 pekan. Yg nyata, kami sama2 berkongsi menabur budi kepada anak2 tanah Borneo. Anak-anak Malaysia Timur. Ada Cina, Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh. Mungkin juga ada Kenyah, atau Kayan.

Sy ketemu teman yg baik kacukan Cina-Bidayuh. Jauh dari hulu. Sy berteman dengan anak Melanau sepanjang kursus; bertemu atas urusan rasmi pendidik. Berjumpa dengan guru2 dari muara2 sungai. Dan jauh di benak sy mereka guru2 yg gigih.


Hampir 2 tahun gelaran cikgu terpundak di bahu. Maka, 2 kali sy menyambut Hari Guru. Hari yg meraikan kita. Hari yg mengingatkan yg kita punya banyak lagi tugas. Hari yg merayakan kita; warga guru yg mendidik sarat dengan tanggungjawab.

16 Mei. Mungkin agak terlewat, pun sy mahu mengucapkan "Selamat Hari Guru...Cikgu!".


Kebiasaan, murid2 meraikan dengan hadiah. Seperti guru2 serata ceruk Malaysia, tentunya hadiah yg lebih kurang sama. Seperti juga tahun sudah. Seperti juga cikgu2 lain. Pun; di keriuhan anak2 memberi hadiah, sy tercuit dengan perilaku anak seawal darjah 1. Melihatkan teman2 lain mencium tangan sy sambil menghulur hadiah dan bunga2 tanda terima kasih, dia menggenggam sekeping duit RM1. Dihulurnya ke tangan sy.

Tersembur tawa sy. Pun, anak senaif ini mungkin akalnya perlu kita abaikan seketika. Hatinya lebih perlu kita baca. Kudus. Bersih. Suci. Mahu menggembirakan cikgu.

Sy kembalikan pada dia. Dia lebih lebih memerlukan.

Kadang menjadi cikgu ini meletihkan. Berat bebanan. Kadang mahu saja sy menginjak berpaling ke belakang, hati mengerekot melayan anak2 murid yg tidak cukup ajar. Tugas2 lain yg digalas perlukan kesabaran juga, bukan hanya mengajar dan mendidik anak2 di kelas.
Menjadi cikgu menuntut kecekalan. Tugas yg bukan calang2. Memberi sinar cahaya. Cahaya itu mungkin menyilaukan, atau makin lama jadi samar berbalam2. Melayan kerenah manusia tidak seperti menyelenggara benda; setiap hari ada ceritanya. Jalan yg luar biasa onaknya. Boleh jadi lama ia kusam. Jadi rawan.

Dan sebetulnya...di hari 16 Mei, sy belajar erti menjadi guru lagi.






11 comments:

Anonymous said...

hanya guru je yg dpt rasai jiwa seorg guru.

bagi org2 buncit di atas sana, peduli apa dgn kita yg di luar bandar ni. tapi kita kena terus berjuang dgn gigih. kita kan guru. tapi kita bukan lagi lilin membakar diri. kita besi waja yang merah dibakar, tapi bila sejuk jadi semakin kuat.

slmt hari guru mazarina.

Pegawai Khalwat said...

Berguru di padang datar dapat rusa berbelang kaki.

Rezeki mungking 90% datang dari berniaga.

Tapi saham akhirat lebih banyak dan mudah terkumpul oleh para guru berbanding profesion lain.

Letih sikit tak apa, berbanding hasil yang kalian tinggalkan.

13may said...

selamat hari guru...

thanks for visiting my blog :)

Acaii Jawe said...

slm cikgu..yup betul biasanya hanya cikgu yg biasa rase apa yg terpendam dihati seorang guru..:) pas abis blajar dulu jadi guru ganti sat mmg tahu camne susahnya kerja cikgu,penat,hehe..

hayad said...

Selamat Hari Guru juga maza. Aku tak pernah terpikir aku jadi Guru,hehe

victoire said...

Selamat hari guru!
better late than never.. hehehe

AinNur Haris said...

kagum dgn kegigihan dan dedikasi cikgu..bukan semua org terpilih menjadi guru..maksud SAYA guru yang HEBAT...!!

SAYA setuju dgn komen en.pegawai khalwat tu..emm...(",)

p/s : SAYA tahu cikgu tgh sibuk skrng, minggu exam di sana sini..tapi kalau ada kelapangan harap cikgu maza dpt jenguk blog SAYA...ada sesuatu di situ yg SAYA rasa nk minta pandangan cikgu maza...boleh yer..

Kemat said...

saya terlewat... selamat hari guru..

Mazarina said...

tq...buat smua...:D

Anonymous said...

selamat hari guru...salute to all teachers...

tegezoot said...

salah satu dari banyak2 cita2 saya... guru.