Tuesday, June 3, 2008

When iT Was FirsT time


Cuti sekolah. Sy balik kampung. Cuti ini cuti yg biasa2. Kenduri-kendara yg penuh, pagi mengajar tusyen, petang keluar meronda Kota Bharu yg 5 bulan tidak berpijak. Juga ada melihat2 dan menawar harga untuk pesanan guru2 di tanah Kapit. Kain, tudung, kerongsang, jubah juga ada satu dua benda lain yg dipesan.

Cuti ini sy beli novel lagi. Ketika Cinta Bertasbih 2. Sambungan cerita lama. Cerita yg mengajar hati menjadi lunak. Muluk. Cerita yg menitikkan air mata sy. Lirih. Lama2 ia jadi kali.

Hati jadi dekat pada yg Asal. Bukan cerita cinta yg muak, jelek tapi menjernihkan hati yg kian tua. Ada cerita jodoh yg menuntun berbalik pada takdir, walau jauh perginya. Bukan cerita anak muda yg mual, asyik; cerita cinta yg sesat tak sudah2. Itu-saya bosan.

Cuti ini sy belek simpanan lama. Surat2 dan kad2 kiriman teman. Hati sy berentak beribu. Jadi berkeping-keping. Cerita zaman sekolah. Zaman universiti. Zaman bergelar guru pelatih. Liku2 yg panjang. Onaknya berhimpit, lalu menggamit sy mengenang cerita lama. Ada awan berambalan. Gelap. Kusam. Ada juga pelangi cerah. Cantik. Sungguhkan, hidup itu luas.

Cuti ini sy belek juga blog2 orang. Sy mahu jawab yg ini:


Pertama kali berblog, June 2005. Genap 3 tahun. Sy mula btapak di blog frenster, meleret ke blogdrive, akhirnya melepas lelah di blogspot sekarang. Rebah-rimpuh sy, sy ukir di blog2 ini. Hati yg berkapuk-kapuk rasa, blog jadi saksi. Tak semua yg dikandung hati, boleh diluah pada org. Ada yg perlu jadi rahsia, terluah di sini.

Pertama kali memberi hadiah yg menjadi kesayangan; lukisan ini. Bukan sebelum itu tidak pernah beri, cuma ini jadi simpanan kesayangan sy. Ilham saya. Luahan hobi sy. Tapi; sy beri pada orang. Pd seseorang. Beserta puisi yg sy karang bertahun2 dulu. Pun, itu cerita lama. Cerita pahit payau, tak perlu dikenang-kenang.

Pertama kali meninggalkan rumah dan hidup berkongsi di asrama; semasa di tingkatan 4. Selepas PMR, sy mengangkat kaki meredah dunia baru. Daerah zulmat yg awalnya sy resah gelisah utk meneroka. Dunia yg asing, teman2 yg asing, rutin hidup yg asing. Pun, cerita di MRSM banyak membentuk sy. Memori dan kenangan yg melaut luas. Teman2 yg sampai sekarang sy tak pernah lupa. Banyak memberi. Banyak berkongsi.



Pertama kali meninggalkan Malaysia (ceh..macam jauh je bunyinya...huuhuh), sy ke Haat Yai dan Songkhlai, Thailand. Di zaman anak2, mengikut family dan rombongan ke situ. Melihat patung mermaid di kaki pantai, menaiki kereta api dari Kelantan ke Thailand. Walau masih anak2, tp sy masih ingat perjalanan lawatan itu. Manis. Sepertinya mahu pergi lagi. Tak puas rasanya. Apapun..sebetulnya, sekarang sy berangan memijak tanah yg penuh sejarah dan ada cerita pahit susah hidup; seperti India. Atau Turki. Alangkah, kalau diri berpeluang menghayati dengan hati tunak laut biru Selat Bosphorus; pemisah benua Asia dengan Eropah. Atau memijak Masjid biru Aya Sophia...



Pertama kali menyertai pertandingan mengarang semasa di darjah 3. Mendapat tempat ke 2. Itu pun kerana dipilih cikgu. Selepas itu sy tidak menyertai mana2 pertandingan berkaitan menulis. Sampai ke hari ini. Sy sendiri tidak memanjangkan minat sy menulis seawal sekolah rendah sehinggalah di tahun2 sy di universiti. Semasa di u, minat menulis bercambah semula. Menulis apa saja. Berbelas2 tahun sy hanya isi dengan membaca buku, novel, komik, majalah. Dan di U, sy mula sedar...menulis itu indah nikmatnya. Hehhehe...

Pertama kali mendaki gunung, semasa di KPLI. Gunung Jerai. Itu kali pertama, mungkin juga kali terakhir.Huhuuhhu.. Saatnya indah, dengan teman2 yg juga banyak menjentik rasa sy. Mesej seorang teman KPLI pd sy; " Saat2 KPLI, antara pengalaman yg paling indah dalam hidup." Walau setahun, tapi kami banyak berkongsi. Bertingkah, konflik, pun...akhirnya itu semua mengeratkan lagi hubungan kami. Di hari2 punya banyak rasa, sy mengenal lagi erti persahabatan.



Hidup bagaikan roda yg berputar, masa kan terus mengejar...

Yg lama...biarkan ia di situ.







10 comments:

hayad said...

Maza, jika kamu nk ke Turki tu ajak lah saya ;)

Apa kata kita plan berjalan2 bersama2 di cuti2 sek. Ke luar negara pula,hehe

**Cinta BErtasbih 2 dah keluor ek? nk cr la nnt. yg episod satu tu tak baca lg psl nk tunggu yg episod 2 keluar dulu, br smooth je baca trs smbung yg ke-2 :D

CAHAYA MATA said...

wahh..cikgu maza ni hebat orangnya yer..kagum..kagum.. (",)

SAYA pun nak cari Ketika Cinta Episod 2 lah..tak sabar rasanya nak membaca sambungannya..huhuhu..

Mazarina said...

hayad->cuti2 ke luar negara?wawawa...ongkosnye enggak ada...cikgu cabuk je sy neh..huhuhu..tunggu kite bnyk duit dulu..tunggu sy pulang ke semenanjung dulu..hhehe..kite p bandung pun orait gak...dekat sket dayah...nanti kite smpan duit bnyk2...

cahayamata-->hebat?hohoho...sy la manusia yg takdak kemahiran...bersukan x pandai...poco2 tak pandai..hehhee..menyanyi lagik jauh skali...novel tu best gak..best kan kalo dpt laki mcm Azzam...hehhee

NuRuL said...

oh..dah ada yer ketika cinta bertasbih 2...kena cari nih!!!
Aku aim nak pi sabah nih maza...jom..hehe

Mazarina said...

aku dah p sabah taun lepas..KK n labuan...tp sabah best gak..

m i n e r a l . . . said...

pertama kali sy disini :)

cantik lukisan itu...

semoga semua kenangan menjadi panduan :)

jaketbiru said...

menjejaki mineral ke sini..
hebat blog ini

kagum dengan keindahan bahasa melayu yang diolah melahirkan hasrat...

13may said...

hidup itu ibarat roda...
lama lama botak...

pertama kali sampai sini rasanya :)

Mazarina said...

mineral-->malas dok ingat kenangan2 neh..hehehe

jaketbiru-->dtg la lagik..len kali bwk apa2 yg patut..:p

13 may-->hari memberontak ke?

miss lisa said...

love ur writing..ada isi ilmiah. walaupun mengenai daily life tetapi u always learn something from it.

blog maza lebih puitis dan sastera. blog kak lisa lebih chick flick dan rojak.

wish i had time to write what i feel like u do but dont have the luxury of time..