Saturday, June 21, 2008

Jadi Cikgu Skolah


Saya demam. Dua hari panas-panas seram sejuk. Kelmarin emak telefon. Mungkin tidak sihat sy dirasanya dari Semenanjung. Walau dikhabarkan padanya pun tidak. Dingin mencurah-curah. Garisah rasa berkesiuran. Sekejap panas. Sekejap kaku menyeksa tubuh badan. Menggigil-gigil.

Pun, pagi tadi demamnya kebah. Awal-awal pagi ke pasar merempit bersama teman. Rengek badan minta berehat- sy memperdiar. Kerja banyak lagi menanti. Dua hari berehat sudah cukup memanjakan diri. Selsema dan demam; ditambah sakit perut yang berbisa. Sy terbungkam atas katil sehari setengah.


Hari ini besday ayah. Belum telefon ke rumah. Tunggu malam nanti mahu bercakap dengan ayah. Esok sudah mula kerja. Esok mula melayan kerenah anak2 yg macam-macam. Lagak yg mahu diberi perhatian; manja dan keletah. Nakal dan hijau metah. Kadang sukar dikawal; perangai yang membangkit rasa kurang sabar. Mencabar hati tetapi itu lumrah menjadi guru.

Tahun lepas anak2 kelas menduga sy dengan macam-macam rasa. Tahun pertama dihantar mengajar sy medapat kelas darjah dua; 35 orang. Hero-heronya ligat sukar dikawal. Ada cerita yg saya tak terlupakan. Cerita anak2 kelas bergaduh mencucuk belakang kawan dengan pensel. Berdarah-merah di belakang badan. Masa ketiadaan cikgu. Waktu senggang untuk pertukaran guru. Sy mengucap panjang.

Ada juga cerita hero kelas sy main baling-baling batu. Hampir mengena mata kawan. Kening kawannya berdarah. Tika itu sy baru saja keluar kelas untuk bermesyuarat. Sementara menunggu pengawas datang, anak2 ini tidak reti duduk mendengar kata. Baru saja 5 minit sy keluar; datang anak murid yg darah meleleh-leleh di kening. Menangis-nangis. Sy getap bibir.

Ada cerita waktu rehat, kami cikgu2 ada jamuan di dewan. Datang ketua kelas sy memberitahu kawannya jatuh, luka di lengan. Bila ditengok, tangannya berdarah-darah patah riuk ditimpa kawan kerana jatuh ketika berlari semasa rehat. Akhirnya masuk wad dan dapat insurans.

Itu cerita tahun lepas. Cerita anak-anak yg sekarang meningkat darjah 3. Dengarnya tahun ini lain pula kisahnya. Pun, musim ini sy menjadi ‘ibu’ anak2 darjah satu. Nakalnya tidak seberapa. Boleh dibentuk. Hanya ada cerita biasa-biasa. Cerita berak-berak dalam seluar. Muntah-muntah tika sedang belajar. Anak-anak tahun ini mendengar kata. Mungkin ada seorang dua yg degil; menggegar mandala rasa. Pun, mereka masih menurut dan menghibur hati sy.

Menjadi cikgu anak-anak kecil mengajar sy. Setiap hari ada jalan ceritanya. Mendidik sy mendisiplinkan anak seawal kanak-kanak. Walau kadang2 sy mengalah; tugas ini tidak semudah dicanang-canang orang.


Melayan berpuluh-puluh kanak-kanak dalam satu masa tidak seperti melayan kanak-kanak di luar waktu sekolah. Perlukan pengalaman. Perlu kesabaran juga, walau selalunya naik tinggi suara saya mententeramkan mereka. Belum lagi melayan yg terloncat-loncat di tepi tingkap; melompat-lompat di meja tidak serupa manusia. Betullah; jadi cikgu kaya dengan rasa. Anak murid yang tidak pandai disalahkan cikgu; anak dihukum bergoncang pula amarah mak bapak.

Maka, akan lahirlah nanti MANUSIA YANG TIDAK CUKUP AJAR. Biarlah; itu pilihan emaknya dan bapaknya juga.

Pernah sekali; sy didatangi seorang ibu. Anaknya bergaduh dengan teman sekelas. Dia mahu batu dan kayu daripada emak budak lelaki yg bergaduh dengan anaknya. Katanya untuk menolak bala. Itu tradisi masyarakat Iban. Sedikit2 sy belajar budaya di sini. Walau ada cara hidup beroposisi dengan kita. Tapi sy belajar sesuatu.


Pernah juga hari pertama sy datang ke sini , seorang warga ISLAM Borneo mengajak sy tunduk mencium tanah; tanda bermesra dengan tempat baru. Bukan syirik katanya. Adat. Takkan sy sejahil itu sukar membezakan adat dengan kepercayaan karut? Pun; dia bukan warga Kapit. Juga bukan anak Sarawak.

Dan cerita-cerita di sini merumbu di segenap hati sy. Dalam. Dan penuh erti.



11 comments:

cikgu jawe said...

hai maza. semoga cepat2 baik demam ye. dulu aku masa kat miri ada juga belajar sikit2 adat budaya kaum kedayan.

memang seronok merantau kan. banyak pengalaman. dh lama ke kt sarawak ni maza..

13may said...

aku pun sekrg asyik demam...tapi bila time balik keja ajer...

tatau pasaipa...

Mazarina said...

cj--> dah 2 taun kat srwk neh...ghase x cukup pengalaman lagik..hajat mau masuk hulu tgk keadaan srwk yg btl2 blm bkesempatan.mcm2 adat diaorg...ade mase sy tulih d sini lagik..
kedayan? x pnh jumpe sy org2 kedayan..

13may-->hahhaa..sy pung biase demam kalo nk dekat hari senin...hehehe..kena bngn awai...kul 5 dah kena bngn..van dtg amik kul 6..kul 7.10 start kelas..

NuRuL said...

wah..banyak benda baru ko belajar maza..jeles lak kekadang..hehe.

hayad said...

awalnye kene ke sekolah...kul 6 aku br nk bgn tdo maza.

CAHAYA MATA said...

seronok baca diary pengalaman cikgu maza di sana..cerita la lagi.. (",)

13may said...

hai cikgu...
sihat dah ker???

hehhe

Mazarina said...

nurul->aku jeles nga ko..leh mkn mcm2 kat sano...hujung minggu leh g mane2 ikut suko..aku kena naik bot dulu...nak g mane2 tunggu cuti skolah

hayad->hehhee...best tuh,bangkit lewat sejam..leh samung mimpi...:D

13may->sehat daaaaah...hehhee

CikguZue said...

salam berkunjung balas.

semoga terus sabar dan tabah...

Mazarina said...

cahayamata-->pengalaman..besalah, ade sronok ade tak...kdg2 gelak,kdg2 nangis...hhehehe

cikguzue-->iya...tak tabah mana pung...sebab kat sinih x susah mana pung banding nga member2 kat hulu...cikguzue juga, moge sehat2 di perantauan...

bunga rampai said...

Salam,

Jauh berjalan banyak pengalaman, banyaklah yang dipelajari. Moga segala pengalaman menjadikan Maza insan yang lebih baik di mata Tuhan. Amin.

:)