Sunday, August 24, 2008

JaLan~JaLan TerOKa BorNeO


Cuti sekolah ini sy tak pulang. Cuti bulan 8; seperti tahun lepas sy meneroka tanah Borneo. Tahun lepas sempat berlibur di Kota Kinabalu dan menjejak Pulau Labuan. Tahun ini menjelajah Miri di cuti sekolah. Niat makin melonjak bila teman seperjalanan mengajak ke Brunei. Miri sempadan Brunei. Saudara teman boleh ambil kami di sempadan dan bawa kami ke Begawan. Wah! Hati teruja mahu mengikut dan kami berkira mahu cepat2 membuat passport. Hahhaha, excited sungguh!

Dari tanah Kapit ke Miri; 10 jam perjalanan. 3 jam dari Kapit ke Sibu; 7 jam dr Sibu ke Miri. Sengaja memilih bas; boleh lihat2 pemandangan. Berhenti juga di Bintulu.

Di tengah2 Bintulu, bas kami tiba2 berasap. Hati sudah mula gusar; tambah ini pertama kali naik bas di Sarawak. Mendung gelap; maghrib hampir tiba. Semua orang turun bawa beg besar masing2. Juga ada beg bahai di kiri kanan penumpang. Sarat. Macam2 bau. Macam2 rasa dan aroma. Dengan isi yg berbagai.

Kami akhirnya tercangak di tepi jalan. Di tengah-tengah penghujung petang. Dengan beg2 pakaian; menunggu bas lain datang menjemput ke Miri. Ada separuh perjalanan lagi. Sungguh; jelajah Sarawak ini macam2 pengalaman. Teringat cerita teman di Kapit tahun lepas. Bot ekspress rosak berasap di tengah2 sungai. Dia terpaksa menukar bot di pertengahan sungai dan duduk di atas bumbung bot lain, sementelah bot yg baru dinaiki sarat muatan. Hujan pula turun menambah lagi rencam rasa. Sayu pun ada.

Kami sampai di tanah Miri di tengah malam yg kian larut. Merancang mahu ke pejabat Imigresen membuat passport esoknya dan lusanya meneroka Gua Niah.

Tapi; Tuhan tentunya punya rancangan sendiri. Dokumen Perjalanan Terhad sy tertinggal di Kapit. Tanpa bukti sy masuk ke Sarawak; passport tak boleh dibuat. ARGGGhhh...makanya jelajah kami hanya di Miri saja cuti sekolah ini. Dan dengan rasa yg sedikit sebal; kami merancang mahu menjelajah sungguh2. Biar berbaloi datang dari hulu Kapit sampai ke bandar minyak Miri. Sementelah, teman sy ini jalannya lagi panjang. Dari kawasan sekolah dia berperahu panjang 3-4 jam untuk ke pekan Song. Kemudian menaiki bot 2 jam ke Sibu. 7 jam bersama2 sy meneroka tanah2 hutan dan kampung ke Miri pula.

Tentunya jelajah kali ini bermakna dengan meneroka dan menjarah Gua Niah. Untuk ke gua, kami menaiki perahu kemudian berjalan kaki di tengah2 hutan lebih kurang 3.1 km....kemudian patah blk dengan jln yg sama. Sejalan dengan warga-warga asing. Indon, Taiwan, Brunei, mat2 salleh dan beberapa anak tempatan. Satu pengalaman yg sukar diluput. Terkejap di hati.


my fren...K.Yana


On my way 2 the dark cave...
hhaha..muka sudah rentung!


Yeahh!That's it!! Gua Niah!!


We @ Niah Cave, MIRI...August 2008


explore n explore more.....


Kami ke Brighton Beach; menjamu seafood di remang senja, melawat Canada Hill; berziarah muzium Petroleum, bersantai mencari cenderahati di Miri Handicraft. Juga sempat membeli-belah di Imperial Mall dan Boulevard. Berlegar sekitar bandar Miri. Bersiar-siar di Lambir Hills National Park.

Me @ Canada Hill....Oil Well No.1

PetroLeum Museum..MIRI



** MIRI Handicraft **


Mencari senja di Brighton Beach


jom...jom....beshnye main air!!


@ Lambir Hills National Park




Masa yg diisi dengan aktiviti yg cukup padat. Tapi puas. Penat; tapi gelak tawa menghilang segala rasa lelah letih. Sy mahu simpan kenangan ini di hati. Dan saya mahu cepat2 pulang ke Semenanjung. Tidak sabar menunggu Syawal datang..dan Ramadhan kali ini di tanah Kapit lagi. Hati sy bersemarak rindukan kampung halaman. Ramadhan tahun depan di tanah pulau ini lagikah?

Pun..takdir Allah, hukum alam yang tak terhalang oleh setiap manusia..setiap kejadian, sejajar dengan keadaan.

10 comments:

Anonymous said...

wah!. aku rindu miri. tentu dh byk berubah skrg.

hotel mana menginap kt miri maza? byk tempat tak cerita nih. tanjong lobang. kuala baram. piasau. pujut.. hehe

ada bawa balik sarang burung dari gua niah? hehe

Anonymous said...

oh ye... kt gua niah tu sampai ke pintu paling belakang tak. hehe

aku dh sampai sana. dari muka gua sampai ke belakang gua. tembus ke dalam hutan di belakang.. hehe

Mazarina said...

iye..iye...tanjong lobang..pujut..memang pegi tmpt tuh..huhuhu..kuala baram x sempat..tinggal kat metro inn, dpn imperial...senang sy mengangkut barang2 shopping.hahhaa

gua niah sampai tgh gua saja...sampai itu lobang gelap...hehehe...bestkan kalo sampai painted cave...x sampai painted cave pun...kena jln berjam lagik aaa...banyak gua kan...ada berapa ek?

sy nak gi brunei...ade pegi sn?bwk sy skali..ahhahaa...marah bini kamu nanti..:p

Kemat said...

teringat dulu penah ke gua niah bawak murid sekolah..aku bukan cikgu pun, tapi berkawan ngan geng cikgu, tumpang program diaorang sambil jd tourist guide

Anonymous said...

maza.. dulu aku puasa dn raya kt miri tau. tak kira raya haji atau raya puasa.. semua kt miri. 5 tahun tuuuu..

nk balik tak mampu. tiket belon sgt mahal.. huhu

alaaa.. raya je kt kapit. esok2 bila ko dh balik kelantan rindu nk ke sana pula.. :P

[tapi lbh baik blk kg raya2 nih..]

13may said...

best best!

:)

Mazarina said...

cikgu jawe--> wawawaaa...x mo...x mo..nak blk raya kat ghumah jgk!hehehe...dah 8 bln, baru skali sy balik semenanjung...

sy tau, bile sy dh pindah nanti sy rindukan kapit..kat sini bmulanya life sy...blajar hidup berdikari...blajar erti hidup, susah senang tanggung sndrk kat tmpt org...blum lagi cerita2 pahit...hampir jatuh sungai, bnyk kali kena kacau org mabuk dlm van bile nk pulng ke rumah petang2...

bile dh pindah smenangjung mesti syahdu rasa...sinih bnyk sgt kenangan...

kemat-->yelah, awk bkn cikgu...tp bini cikgu,kan?hehehe..jd cikgu la best, cuti sek blh pi meronda...

13may-->x sabarnya nk raya...kat sinih bln pose x mcm kat sane...bestkan kat sane leh mkn macam2

Bunga Rampai said...

Salam Maza,

Wah, jalan-jalan teroka Borneo rupanya! Patut ler lama tak nampak kat alam maya ni :))

Meneroka satu kegiatan yang mampu mencelik mata hati.

Jaga diri di mana jua berada :)

miss lisa said...

maza..ada hikmah maza tak bawak paspot perjalanan terhad tu sebab kak lisa nak ajak maza terus turun limbang next time..ble jumpa kak aidah skali n babynya..

sorilah, kak lisa nak sangat gi tgk pulau2 di KK. hatiku rindu akan laut biru hehe.

next year, turun lah limbang yer. im waiting.

Mazarina said...

bunga rampai-->yup...bjalan mencelikkan mata hati..bjalan memang besh!

k.lisa-->mayb next time turun belah selatan... kuching...lama dh x pi sane..belah atas len kali bile dh ada rezeki...hehhe...rindu kengkawan kpli..serius!