Saturday, September 6, 2008

Cinta Hatiku


Langit syahdu. Awan bertompok-tompok. Kelabu. Hujan gerimis lama menarah tanah Kapit. Sinar Ramadhan pagi bertukar kelam. Hujan. Hujan. Alangkah. Kejadian Tuhan tidak sesekali terfikirkan.

Siapa tidak sukakan alam? Laut lepas bebas. Hutan; melayut-layut terisi rengekan unggas. Senyum jernih mendatari; wajah persis teman meraih-raih berkongsi cantiknya rekaan. Saujana. Dan kita mencari. Rimah-rimah rezeki Tuhan. Jauh; melayah laut sama-sama mengaut anugerah alam.





We might not wear the same shoe size...
but we can share the same burden together!!


Puasa menjernihkan lagi. Putih. Bersih. Suara alam mengasak-ngasak menggamit menghayati kurniaan Tuhan. Pun; kadang-kadang kita masih mencongak takdir yang tertulis. Mengapa hati masih kelam menerima corak hidup yang perlu disyukur? Kami manusia penuh kelemahan. Perjalanan masih lagi jadi pertempuran yg panjang.



Cantiknya alam. Pagi yang menawan. Embun yang lembut longlai membasah bumi. Senja-musim yang romantik. Malam indah kala bulan mengambang.

Dengan hati yang segar menguntum. Dengan bulan yang lebih indah dari bulan-bulan yang lain. Ramadhan.

Kami mencari iman dari dadamu tanah. Mencari ihsan di segenap pelusuk manusia.

Mencari Islam di ambang kerosakan. Kami mencari nurMu Ya Tuhan....

Kami masih menyala hidup dengan angkuh. Menjarah dosa. Esok, mentari akan terbit lagi. Dosa makin menggunung. Esok, mentari akan pergi lagi. Dosa makin menggunung.

Moga Ramadhan kali ini lebih makna. Sebelum takbir bergema, temukan kami dengan LailatulqadarMu ya Tuhan....




5 comments:

cikgu jawe said...

salam ramadhan maza. kita kumpulkan ibadah, agar jadi bekal di sana..

jgn rindu kampung sgt2 tau.. hehe

Mazarina said...

wawawaaa...sy rindu klate!rindu mau makan nasi kerabu kelate...rindu bazar ramadhan kat sane..rindu yg macam2!hehhehee..apa la perasaan kamu cikgu jawe 5 tahun x blk beraya di semenanjung..musti terseksa kan???cam org study kat oversea lak...

cikgu jawe said...

5 tahun biasa2 je maza. tak rasa rindu pun. teringat ada le.. kawan2 ramai. pastu semua pakat kumpul2 sambil masak2 rendang. ketupat. lemang.. hehe

pastu kami biasa solat kat kem tentera. majoriti tentera org2 semenanjung kt miri.

bazar ramadhan juga kt kem tentera. selera semenanjung juga.. hehe

aH! tak mau cerita panjang. nanti awak makin rindu kg.. hehe

tini said...

selamat berposer....:)

Mazarina said...

cj-->wahwah...begitu enak skali...hehhee...isk2...5 taun x blk memang sanggup sy..

tini-->slamat bpose jugak!