"The best thing to hold on to in this world is each other."
Di Ramadhan ini. Sy terusik mendengar lagu raya yang diperdengar lembut menyentuh perasaan. Sy terusik melihat juadah berbuka yg bermacam menusuk deria. Terasa sebak menghayati Quran di malam pekat. Terasa mahu pulang bersama ibu ayah menikmati kurma semasa berbuka.
Waktu dibilang, hati sendat dengan rindu. Pun...takdir Tuhan, kita pasrah tanpa dalih..
... A little girl is sugar and spice and everything nice...
Sy rindukan anak-anak sanak saudara. Rindu mahu mendengar gelak ketawa. Rindu mahu melayan rengekan manja minta itu ini. Rindu mahu melayan kerenah yg macam2. Di Hari Raya.
Saya rindu mahu pulang ke kampung. Sy rindu mahu menjamu mata dan nafsu menjamah hidangan lauk pauk dan kuih muih Kelate. Sy rindu suasana Ramadhan dan Syawal di tanah Semenanjung.
Sy rindu mahu berbuka menghadap hidangan dengan keluarga. Sy rindu mahu melihat pelita dan cahaya bersemarak bila anak-anak sepupu tidak letah metah bermain bunga api.
Dan sy tidak sabar mendengar takbir menggegar landahur rasa. Moga Tuhan membuka hijab.
Moga Tuhan memberi sy peluang....mengabulkan doa lewat sembahyang hajat.
8 comments:
salam maza..
homesick yee. balik tak raya nih. takpe le tahan rindu tu ye. adat perantau. hihi
alehaiii...kesiannya...
sabar yea :)
kenapa maza? mcm tak blk je ry ni? takkan tiket belon abeh kot???
salam ziarah..
sabarlah..berdikari itu mengajar erti kehdupan sebenr...
ada masa jmpt dtg blog sy..leh bertukar idea brngkali
cj-->wawa...hari2 dengar lagu raya...tangkap syahdu la...huhuhu
13may-->iyala...tgh sabar neh...buat keje, cpt skit masa berlalu...
hayad-->balik, semestinya balik..tiket mahal ke,murah ke tetap balik..hehehe...berbulan2 sblm raya lgk dh booking tiket...homesick neh...
ibnurashidi-->okeh..nanti sy pi blog anta...hhehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
Salam Aidilfitri :)
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin.
13may n bunga rampai...
slamat ari raye jugak!
Post a Comment