Friday, November 21, 2008

Yang Lama Tetap Tumbuh


Hari-hari yang sejuk. Hujan yang tidak berhenti mencurah. Dingin. Musim tengkujuh di hujung tahun, menyesak hingga ke tulang. Sy kini di kampung. Kota Bharu di lewat November sentiasa awannya gelap.

Dalam kedinginan menghirup udara gerimis di pagi hari, sy mendapat panggilan daripada seorang teman baik di Kapit. Katanya beberapa jam lagi dia bakal berangkat ke Bangladesh. Owh, sy ingat dia ke India. Visa ke India sukar diperoleh, maka mereka menukar rancangan ke tanah sana. Berdakwah. Bersama suami dan beberapa yg lain. Sebulan di sana.

Dia anak Melanau dari Mukah yang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang taat Kristian. Emak dan bapak yang setia pada agama yg dianut dari nenek moyang, latar hidup sedari kecil yang diajar menjadi anak yg patuh dan rajin ke gereja, dan hidayah Tuhan datang di saat dia di penghujung remaja. Kisahnya yang berliku, panjang dan beronak menjarah hati sy. Betapa tabahnya dia!

Di saat kami punya ruang bersantai; dia bercerita perihal dia menganut Islam. Dari awal hingga dia bertemu jodoh dengan lelaki Muslim Sarawak yg alim dan bertanggungjawab. Juga pendidik dan pendakwah di Kapit. Sungguh, sy mungkin tidak sekuat dan setabah dia berkeras mahu menjadi umat Muhammad; jika ditakdirkan sy di tempatnya. Saya jadi kagum! Mungkin usia kami yg sebaya, maka banyak kami berkongsi. Dari cerita sukar dan perit dia sebelum dan sesudah memeluk Islam, hingga cerita pahit manis menjadi guru di Kampong Baru. Dia teman yg banyak berkongsi gundah di hati. Terbuka dan sangat komited pada kerja. Bersungguh- dalam menjadi Islam yg sejati. Kadang, sy jadi malu. Kesungguhannya lebih drpd kita yang asal keturunannya, yang dari akar umbinya Islam.

Kepahitannya dalam mahu menukar agama menyentak hati sy. Walau diberi amaran keras, walau bertubi-tubi dugaannya sehingga sesudah menjadi milik orang; dia layak diberi penghormatan. Hampir dua tahun mengenalinya; dia perempuan yang penuh toleransi dan menceriakan. Di sebalik ketenangan, terselit cerita duka dan payah hidup mahu menjadi hamba Allah yang patuh. Betapa, sebelum ini sy hanya mendengar kisah di balik tv, atau mendengar cerita orang; tapi di sana sy berdepan dengan teman sendiri yg bergolak dengan dugaan hidup. Tersepit dalam konflik pertikaian agama. Begitu pun; dia bertuah dikurnia teman hidup yg memahami, penyayang dan matang dalam membimbing. Moga hingga ke akhir.

Dia yg membawa sy ke rumah panjang. Menyusuri jalan hidup anak-anak Iban, bercerita tentang perihal adat-adat tanah Kenyalang; dia berkongsi tawa dan cerita-cerita manis bersama teman-teman guru; dia tempat sy meluah rasa selain teman serumah dan rakan-rakan Semenanjung. Sempat beberapa kali sy menemaninya di rumah, saat suaminya ke luar Kapit.


Tahun depan; sy tidak akan ada ruang bersembang ketawa ria bersama dia lagi. Teman-teman guru yang agak rapat; ramai berpindah balik ke tempat asal. Dia yg juga bakal pergi; menitip pesan yg mengharukan sy. Di hari terakhir sekolah; saat teman-teman lain bergenang air matanya mengenang perpisahan, sy mampu bertahan. Sehinggalah dalam perjalanan ke rumah, di dalam van; air mata sy berlinang juga.

Sy akan kehilangan. Bukan saja dia, juga teman-teman lain yg banyak berkongsi rasa di daerah terpencil Kapit. Tentunya tahun depan teman akan berganti; pun, yg lama tetap tumbuh dan di hati.



14 comments:

Anonymous said...

awat ni maza. awk dpt pindah balik kelantan ke?.. :)

kdg2 kan kita malu dgn sedara2 baru kita. tabah mrk kan. sgt luar biasa dlm mempertahan islam. kdg terfikir juga andai kita diuji spt mrk.. huhu

Mazarina said...

hehheee...kwn2 sy yg dpt pindah..blk tmpt asal...sekitar srwk tuh...sy la yg terperuk kat kapit..brapa taun lg ntah..

btl la, yg bsungguh blajar agama memang ramai sedara baru ni, tp yg lingkup pun bnyk gak..

Shah CJ said...

maza.. hehe. tepek le sikit2 gambar bandar kapit. teringin tengok le.. hihi

hayad said...

maza, ko jgn pindah lg. tunggu dulu sampai aku dapat jejak kaki ke sana baru ko pindah...hehehe

AinNur Haris said...

rindu entrie2 cikgu maza..
kiranya entrie ini terkesan di hati..belajar dari pengalaman hidup orang lain..itu buat kita jadi lebih matang..

dan.. SAYA belajar bnyk tentang kematangan melalui dunia blog ini... (^,^)

p/s : tahun depan nak cuti-cuti malaysia ke Sarawak dan Sabah laa.. semoga Allah permudahkan semuanya... hehehehe... ;-p

13may said...

sekrg tgh bercuti la eks???

hehhe hehhe

Mazarina said...

cj-->insyaAllah, nanti sy tepekkan..hehhee

hayad-->yelah, x blk lagi la..x tau brapa taun dok sana...mai la srwk, jalan2 teroka borneo..

chyamata-->sy sker gak bc blog org...bnyk citer menarik..blog awk pun. :)

13may-->aah, tgh cuti skang...kalo jd, lepas raya aji akan terbang ke jakarta...tu pun kalo ada rezeki, insyaALLAH...:p

Hartini Omar said...

tuan penulis, (atau molek saya gelar 'cikgu'?)

-blog tuan sangat menarik. mungkin krn kita mempunyai peribadi dan minat yg agak serupa, maka membaca tulisan2 tuan sebahagiannya adalah seperti membaca tulisan2 saya.. tahniah dan teruskan menulis

salam ziarah

Mazarina said...

hehehhee..slamat dtg hartini...oo, we share the same interests?nanti sy lawat blog awk..:D

arsaili said...

salam...alhamdulilah..moga kita berusaha menjadi muslim yg baik..kawan tu memang contoh yg baik

Mazarina said...

arsaili-->dok australia lg ker??bile blk??ada citer yg segar2?hehheee

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman anda ini. Byk pengajaran / ikhtibar yg boleh diperolehi darinya. Terharu pun ada. Keep up the good work.

Ikhlas,
Ismail N

BiNg!! said...

ish, banyak lak terfikir sal dri ni ble baca post nih...thnk..

Anonymous said...

ismail n bing -->dtg la lagi..hehhhee..nanti sy ziarah blog awk2 sumer ada masa...