Monday, January 26, 2009

Pada Malam Yg Separuh Hitam


Sy baca setiap butir mesej teman yg masuk ke inbox handset. Teman-teman yg rajin dan mengambilberat perihal diri. Bahkan, dianggap sahabat-sahabat yg tahu jatuh bangun sy. Terima kasih. Blog sy tidaklah apa-apa. Tidak popular, apalagi bermakna untuk ditatap istimewa. Blog sy sangat dhaif dengan limpahan kekurangan. Ayat-ayat yg mungkin menyucuk-nyucuk anak tekak, atau memuntahkan segala isi perut. Atau cerita basi yg busuk lagi memualkan. Kisah-kisah selekeh yg membosankan atau cerita remeh yg tidak patut diwar-warkan. Sy tidak pandai menzahirkan pendapat; atau seorang yg sangat berani memperjuangkan prinsip dan pendirian hidup. Sy bukanlah siapa-siapa.

Sy manusia penuh kekurangan. Kelemahan yg membuatkan diri tidak sempurna; layaknya sebagai manusia.



Sy tidak pandai menulis cerita-cerita yg padu; yg bisa ke segenap rongga dan empuluh darah; atau membangkitkan kepuasan dan keinginan untuk anda melekat di sini. Sy membuka blog awalnya mahu meluah rasa dan menyebar cerita. Dan sy mengenali blogger lain akhirnya. Kisah manusia yg macam-macam. Sy mengenal watak manusia yg pelbagai; isi hati yg lambat-lambat mekar menguntum dan menjarah sekaligus mematangkan hidup sy. Yg bercerita penuh beralun dan lunak, yg kadang-kadang ada juga mudah terusik dan sukar menerima suara oposisi yg berbeza, yg terbuka bermain emosi, yg matang dan ada juga menceriakan. Yg sy belajar; bertambah-tambah. Malah, lebih.

Manusia penuh ekspresi. Yg kadang-kadang boleh menjatuhkan kita; ada yg baik menghiburkan lagi. Dunia maya banyak mengajar; walau tidak semua benarnya.

Betullah kata Halim, teman sekelas KPLI dulu di blognya;(
http://dhulfiqarcom.blogspot.com):

“Nak tunggu novel atau cerpen cikgu Maza entah bila akan siap.”


Sy bukanlah penulis. Sy minat menulis, pun tidak mampu lagi menjadi penulis. Hanya ada satu dua cerpen. Biar saja berkubur dulu, ada rezeki kita cerita nanti.

Terima kasih entry khas untuk sy di blogmu, Cikgu Halim. Terima kasih pd Kak Faze, Kak Lisa, Cikgu Jawe, CahayaMata, Dayah dan yg lain2 sudi menjenguk.

Sy berhenti kerana ada sebab sendiri. Sy tinggalkan apa saja di sini. Yg bermakna ambil jadi kenangan; yg tidak berguna malah lalai dan mengaibkan; abaikan saja.

Blog sy tak semeriah blog teman yg lain, tidaklah ramai pengunjung. Tidaklah menjadi bualan malah jadi sanjungan. Tiadalah istimewa blog sy, dibandingkan dengan yg lain penuh gegar membentuk kelompok peminat yg setia. Penuh erti dan cerita. Di sini hanya sekadar tulisan manusia yg tidak seberapa.

Pesan sy; teruskan hidup walau di mana. Redahlah cerita baru; jadikan kekuatan walau payah dan sukar perjalanannya. Belajar mencari kematangan, kerana kita akan jadi lebih dewasa. Berhiburlah; kerana itu semangat yg menyuluh hati; walau setiap kita berlainan caranya. Cuba teroka diri setiap manusia; kita akan belajar sesuatu yg tidak ada pada kita. Menjadi pelengkap hidup, kerana manusia tidak sama. Walau darah kita sama merah, pekat.

Walau datang kerusut menguji; ada luka terkuak lebar-lebar; Tuhan itu Maha Besar. DitunjukkanNya jalan, yg akhirnya manis-manis. Moga-moga.Sy pun manusia yg tewas juga, alah pada ujian. Tapi biar lepas ini kita jadi lebih kuat.

Dan sy kali ini tidak berehat, sy akan terus berhenti.

Maaf kerana ada cerita yg tak sempurna; herot, pincang dan segala kekurangan langsung menjemukan. Sy hargai segala persahabatan dan penghargaan di sini.



Salam.



39 comments:

Anonymous said...

salam maza.

nampaknya awk dh nekad utk berenti. aku yakin kwn2 akan terima walau sgt berat.

harap jgn padam blog awk ye. kalau rasa rindu dgn blog awk, blh dibaca lagi.

siapa kata blog awk tak istimewa. aku melihat blog awk sgt tersendiri dn istimewa. bahasa yg manis, indah dn lembut bak air mengalir.

well done maza. drpd blog dayah aku kenal blog awk. :)

n3 awk ttp hebat di mata pembaca.

Faiz Faiza said...

Cikgu Maza,

Walaupun kepuasan tu hadir dalam diri sendiri, namun manfaat yang dihirup pembaca-pembaca jangan dinafi.

Medium apa pun yang kita bina, jika dapat memberi rasa kepada insan lain, itu amal namanya. Sementelah mengajar mndidik itu kerja mulia, menulis itu juga.

Apapun, ucapan selamat untuk teman akrab di hati. Moga tidak sepi berita.

Gambatte kudasai!!!

Anonymous said...

CJ:
tq kerana rajin btandang di sini.sy akan slalu ke blog awk.sy takkan delete blog ni, tinggalkan saja ape yg ade.

jadi cikgu yg cemerlang; teruskan perjuangan mendidik anak bangsa.hehhehee..doakan sy sihat2 slalu di tanah sarawak.ya?

Faiz:

Ya.kamu juga; teman akrab di hati. usahakan Mastermu biar cemerlang.Jadi ahli silat terkemuka,tak tewas biar diamuk duga.Hhehehe...

AinNur Haris said...

** sedih **

berat rasa hati merelakan kebenaran ini..tapi apa kan daya, SAYA tiada kuasa..

tapi..SAYA harap cikgu maza tidak mahu berhenti kerana merasa tidak istimewa atau tiada apa-apa.. kerana hakikatnya, cikgu maza tersendiri dan terperinci..unik..

SAYA juga harap dpt selalu kembali membaca blog ini.. (-,-)

p/s : send kan alamat email pada matacahaya@gmail.com boleh..?

Anonymous said...

cahayamata:
taklah.,bukan berenti sbb tu.tiba2 terasa mahu berenti.dan ade satu dua sebab lain.

erm, insyaAllah nanti sy sendkan..

Ishan_Qureshi said...

Salam MAZARINA,

Salam perkenalan dihulurkan! Mungkin saya terlewat utk menghulurkan salam perkenalan krn saat saya menghulurkannya...rupa-rupanya kamu sudah berhasrat utk meninggalkan dunia blog kamu (maaf kalau saya tersilap tafsir, tapi rasanya itulah yg kamu maksudkan...iya kan?). Blog kamu sungguh menarik...mungkin krn kamu seorang guru, sbb itulah kamu bisa melontarkan idea-idea menarik dlm kanvas maya kamu ini. Harap kamu tidak berhenti menulis. Samapai ketemu lagi...wassalam!

Hartini Omar said...

tuan,

dalam bicara2 mu itu, kudus sungguh maksudnya. menikam perdu rasa. kenapa gundah?

aku bukan pengunjung setia. namun aku seorang pembaca. aku dalami dan jiwai segala apa yang aku baca

tulisn kamu redup. mengundang tangis dan sebak, adakalanya. jangan berhenti menulis. kerana aku sendiri tak akan berhenti membaca

jaga diri, cikgu!

Bunga Rampai said...

Salam Maza,

Terkedu seketika seusai membaca tulisanmu kali ini. Sukar untuk percaya sebenarnya kerana saya suka membaca cerita-cerita Maza.

Semoga dalam perlindungan Allah SWT dan hidayahNya di mana jua berada.

:-)

hayad said...

No! Maza, kenapa berhenti menulis? tak bestnye. Satu satu teman blog berhenti menulis.

Tak best la gini. Dayah tetap suka baca ayat2 hang tau Maza. Tmbah2 cerita di sarawak.

Ada masalah ke? Kalau ada, cerita la. email la dayah via frenster.

miss lisa said...

tak perlu kaklisa ulang apa yang lain telah ulang.

maza sendiri dah tahu kan?

cuma janganlah tutup pintu dengan terlalu rapat. jangan dimangga mati terus. tutup tapi jangan selak.

sebab kalau rasa nak bukak balik, taklah rasa macam susah dan regret.

sebab kami semua sentiasa bukak (walaupun sedikit) pintu kami untuk maza. :))

never say never. we will be here, as always.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam cikgu Maza.

Blogosfera bakal kehilangan seorang lagi pemblog.

Semoga Tuhan merahmati apa saja yang bakal kamu lakukan.

Mana tahu suatu hari nanti, Tuhan membuka kembali jiwa kamu untuk memblog lagi. Kami alu-alukan.

Pa'chik said...

sebab apa orang berenti berblog nih ye?

sebab apa jugak orang berblog nih...

mmmm....

err... blog aku.... lagi la tidak reti berbahasa weh... :P

Anonymous said...

fellow frens:
trimas atas segala nasihat2.sy tak punya masalah hingga mahu menutup blog.cuma terasa ada sesuatu yg membuatkan sy terasa mahu berhenti.

menulis adalah antara minat sy juga.tak mungkin berhenti.biar tidak di sini, mungkin cara lain sy menyebar cerita.

sy berhenti berblog mungkin untuk menulis juga.walau sy bukan penulis yg baik, atau dianggap punya bakat, jauh skali.

Mahu sungguh menulis cerita dr dulu tentang kashmir, juga tentang penyembelihan kejam pelarian palestin di kem sabra shatilla.16 september yg dilupa, malah 11 september pula diagung2kan menjarah pelusuk dunia.

dari dulu, keinginan yg belum dipuaskan lagi.dan sy mahu penuhi hajat itu.satu hari.insyaALLAH.

mengenang ruwet duka saudara seikatan, kita yg jauh kadang enak berjelera bergembira melupai rengsa anak2 di sana.

btw, teruskan hidup!

yushida03 said...

salam,

wwhateva it is. semoga berjaya dlm apa jua yg diceburi.. TQ.

13may said...

selamat maju jaya :)

Anonymous said...

salam ziarah dari cerita mungkar

Nafastari said...

Salam, inilah kali pertama saya membuka blog ini. Tapi saya sedih membaca entri ini. Saya harap awak sedang bergurau. Jangan berhenti menulis, kerana saya pun tak akan berhenti membaca. Teruslah menulis dan semoga Tuhan selalu bersama-sama anda.

kingbinjai said...

balas kunjungan. :)

amiza khusyri said...

Saya lihat anda sangat pandai menulis.

Tapi saya tahu benar kenapa mahu berhenti. Tentu hambatan internet dan kerja yang terhantar jauh di Kapit menyukarkan.

Ada masa tulislah, yang penting jangan berhenti! :)

TK.

Mazarina said...

En. Amiza Khusyri...

sgt berbesar hati tuan penulis hebat dtg ke sini...mengenali tulisan2mu awalnya melalui Salju Jabal Musa..terus juga membaca dn menelusuri tulisan penulis2 seperjuanganmu..kagum dan doakan moga2 tuan n teman2 terus berkarya..hehee..dn sy akan terus menjejaki ilmu2 n cerita2 menarik.

king binjai;
tq...(*_*)

13 may:
hope u're in the pink of health!heheheee..


nafastari:
slamat dtg ke sini.. i'll visit ur page, insyALLAH..keep writing n exploring worLd.

yushida:
tq 4 the wish.keep looking forward,k....

n 4 all frens..i cherish our friendship!!

slamat meneroka dunia yg penuh liku2.:0

IlhamHamdani said...

Salam istimewa buat Mazarina,

Saya yang daif ini rasa begini: untuk menjadi penulis yang baik, kita harus jadi pembaca yang baik sekaligus.

Rajin membaca, dan membaca pula bahan-bahan yang sangat baik, bukan sekadar picis-picisan. Nah, dari apa yang dibaca itulah lahirnya tulisan-tulisan yang baik. Kata orang India: apa yang disudip adalah apa yang ada di dalam periuk.

Dan satu lagi, apapun selalu dan ramainya, kita ini bukan jenis born to be , melainkan kita ialah train to be, termasuk juga menulis.

Dan, blog adalah medan latihan kita!

Ilham Hamdani,
Canberra, Australia

chekgu Bani Hassim said...

dah nk berenti dh??
baru je nk singgah...

mazarina said...

En.ILham Hamdani;

rasanya sy pernah bc tulisan awk.cerita di jepun x silap sy.pengalaman ILham yg dikutip selama di jepun sana, menarik minat sy juga.skarang di australia?mengembara di tanah org tentunya bnyk cerita, apatah awk penulis yg bnyk menyelongkar dan bercerita.trima kasih dtg ke sini.

sy stuju ttg karya yg bagus perlu bnyk dibaca.lama sudah sy tinggalkan karya2 picisan dn novel2 cintan di akhir remaja.ilmu yg baik perlu dicedok drpd penulis dn sumber yg baik..

ya juga, blog adalah wadah medan melatih menulis.

tp...untuk berblog semula, mungkin tidak bg sy.:)

chekgu banihassim:
dah lama berenti..

Whatever it is..when one door of happiness closes, another opens.

MAN 9W2XXP said...
This comment has been removed by the author.
MAN 9W2XXP said...

kebetulan tersinggah di blog ni mlm ni..nape nak berenti berblog? sayang nyee, email meltip2@yahoo.com

AVA said...

Jemput ke blog kami untuk menyertai kem kami. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan khas untuk ahli. Terima kasih.

Mazarina said...

rantong:
tq...

man;
tulis kat blog baru..tq 4 the email address...

anonymous;
tq...

khar:
i will....

Bunga Rampai said...

Salam Maza,

Saya dah ke blog baru Maza tu tapi tak dapat tinggalkan pesanan kerana word verification tak keluar, kenapa ek?

Mazarina said...

bunga rampai:
dah sy setting blk..ari tuh ado prob:)

ummu said...

salam cikgu,
semoga jasa baktimu di sana diberkati Alllah.amin

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan Maza.

Maaf, ke sini juga saya berbicara. Sudah berkali-kali cuba tinggalkan komen tapi masih tak dapat. word verification hanya keluar sekerat.

Tak mengapa, usah risau. Memadai saya dapat akses blog itu dan membaca entri :)

maza said...

ummu masyitah:
tq...aminn

b.rampai:
nk tulis ape2, tls sj di shout box..i'll read...

ummu said...

selamat berpuasa dan selamat ahri raya erk.

maza said...

ummu:
tq...slamat ari raya jugakk

13may said...

salam kawan....

dah september dah ni...

selamat hari raya :D

maza said...

13may:
yup..slamat ari raya..lama x singgah 'teratak' awk

ummu said...

Salam Ziarah

Indera Pujangga said...

saya agak lambat mengenali blog awak. baru malam ini, dan apa yang saya baca adalah post terakhir awak.awak telah meninggalkan apa yang telah awak usahakan, dan awak rasa itu keputusan yang paling baik buat awak.dan saya rasa, saya bukan tersinggah, tapi ditakdirkan untuk melihat seorang penulis yang menggantung penanya.awak seorang penulis, dan awak bukan sekadar menulis.semua orang boleh menulis, tapi tidak ramai yang mampu memaknakan tulisan mereka.awak bukan sahaja memaknakan, tapi memecah setiapnya ke dalam fragmen kehidupan.apa yang saya tulis ini mungkin tidak mampu menjadikan pena awak kembali berdansa, tapi sekurang-kurangnya mengingatkannya kembali kepada lantai tari yang terlalu pantas untuk ditinggalkan. Dan siapa yang selama ini mengajarnya menari?Dan orang itu pergi ketika masih di awal simfoni. Adakah bunyinya kejam?Maaf...:)

Mazarina said...

abraham:
sgt tersentuh kata2 anda...ayat anda begitu mengharukan...sangat-sangat bermakna juga dorongan anda untuk sy...terima kasih...moga anda dalam linkungan hidup yg sentiasa dilimpahi bahagia dan warna.:)