Monday, January 19, 2009

When It's Time


Sy demam panas hampir lima hari. Selsema, batuk, sakit badan mencucuk-cucuk, mata terasa sangat berat mahu dibuka; juga kepala berdenyut-denyut. Itu bukanlah apa-apa sehingga saya terbaring lesu di katil, dan darah mengalir keluar dari hidung. Tak henti-henti. Teman serumah kalut mahu menghantar ke klinik, tapi sy degilkan diri. Biar saja saya di rumah. Rehat sekejap dan selepas itu akan ok. Darah berhenti mengalir. Sy masuk ke bilik air, membersihkan badan. Darah mengalir lagi, memenuhi sinki. Kerongkong dan hidung sama-sama menyumbang darah. Badan terasa sangat panas. Mata terasa sangat panas.


Demam sy bukan kerana kerja yg banyak. Bukan kerana tekanan persekitaran, mungkin cuaca yg sekejap panas sekejap hujan melemahkan badan. Kerja tahun ini mungkin tidak sebanyak tahun-tahun lepas; tambah cikgu baru hampir 18 orang menjadi warga baru sekolah. Maka bebanan tugas makin berkurang. Tambah tahun ini sy tidak perlu lagi menjadi guru kelas. Hanya menjadi penyelaras minggu Transisi dan Ketua Panitia Sains dan tugas-tugas sampingan lain. Jadi tahun ini bolehlah sy menumpukan perhatian lebih lagi kepada aktiviti yg akan dijalankan oleh panitia untuk 2 fasa.

Hari ini pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru datang ke sekolah memantau minggu transisi sekolah. Memantau jadual transisi untuk 3 minggu yg telah sy buat cuti hujung tahun lepas. Dikomen itu ini; maka tahun depan perlu buat lebih baik lagi.

Badan yg lemah digagahkan juga ke sekolah. Kerja banyak minggu lepas. Laporan panitia juga dimahukan segera.

Mungkin segalanya bercampur baur. Cuaca yg buruk; masalah yg membelenggu mempengaruhi emosi, maka badan sy jadi rapuh. Lelah. Penat. Dan orang-orang sekeliling juga turut sakit. Di sekolah beberapa orang guru demam. Di rumah housemate juga tidak sihat badan.

Pelik. Dulu, kerja banyak tidak sampai sy berdarah-darah hidung. Panas dan sakit-sakit badan. Kali ini demam sy lain benar. Teruk penangannya.

Hari ini demam sy sudah kebah. Panas badan sudah hilang. Tubuh makin sihat dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa. Hampir berbelas-belas tahun tidak pernah berdarah hidung, mungkin kali ini demam lebih teruk dari biasa. Tapi, sy tidaklah sakit apa-apa. Hanya demam biasa.

Cuti Tahun Baru Cina mahu sy merehatkan diri berjalan-jalan. Tapi tak ada kesempatan. Teman dari Lawas juga mahu datang bertandang ke Kapit.

Kali ini mungkin entry sy yg terakhir. Segala cerita, masalah, kisah yg manis2, pahit2 biar sy simpan saja dalam hati. Terima kasih. Atas keprihatinan teman2 blogger. Atau bukan blogger. Tak kira di mana. Berbeza terpisah benua, maya menemukan kita. Berkongsi rasa. Berkongsi cerita yg masing2 tak mungkin luah di dunia nyata. Teman2 blogger yg juga teman sy sendiri di alam realiti; mungkin kita akan bertemu lagi.

Mungkin ini masa terbaik sy berundur dr dunia blog. Kenapa, tidak perlu sy maklumkan di sini.

Buat teman2; teruskanlah apa yg kamu suka. Lakukan sehingga habis daya. Puaskan hatimu sehingga habis nyawa.



Sayonara.




7 comments:

cikgu jawe said...

maza.. sayang kalau awk berenti. blog awk sgt istimewa. aku suka baca tulisan awk.

sedih awk berenti mcm nih. :(

berehat le sekejap. harap awk akan terus menulis.

Dhul Fiqar said...

maza,kenapa sampai nak stop blogging?apa masalahnya?i'm shock with u desicion..n so sad.

sori gak lama x kontek,xtahu awk sakit last week.saya pun demam selsema jg,arini baru rasa ok sket.

miss lisa said...

terkejut. what happened?

kami semua ada di sini. ambil lah rehat selama mungkin dari dunia penulisan.

tapi writing is your gift from Allah. untuk diri sendiri dan juga orang lain.

take ur time. dan dari komen2 di atas.. rasanya ramai yang sayang Maza..remember that, ok?

hayad said...

aik maza, nak stop berblog ke? jgn laaa!

CAHAYA MATA said...

cikgu maza..
SAYA mungkin dh terlewat meninggalkan comment..tapi jangan lah berhenti berblog..please..!! jangan lah..

SAYA suka baca entrie2 cikgu maza dan ingin terus belajar dari blog ini.. ingin terus menjadi "pemerhati" dan peminat cikgu maza dari kejauhan ini...

emmm.. jangan berhenti yer...

{SAYA juga suka warna purple..sangat suka..hehehe..}

maza said...

cj:
sy jugak rasa berat, tapi kdg2 dlm hidup perlu buat keputusan.huhuhuhhu.

dhulfiqar:
it's ok.sy paham. sy tau awk jugak x sihat, ada bc blog awk.tq, awk teman yg bnyk membantu time ada mslh.nasihat2 yg matang, kata2 lawak yg menceriakn,trima kasih..cikgu!

miss lisa:
penulisan satu kepuasan utk sy.btul.

hayad:
it's time, dayah.hehhee...satu ketika, perlu berenti juga.walaupun blogging salah satu kepuasan yg menyeri idup.

cahaya mata:
saya tahu, awk bc blog sy. dan sy tau dan kenali diri awk dr blog awk juga.mcm2 juga sy belajar di sana.cerita yg sy sendiri x penah alami.syg yer, kenapa skang blog awk disekat utk org2 tertentu sj?

blh keep contact, melalui frenster or email misalnye.

riqzmie said...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done,my blog about my addicted making wire jewelry,thnak