skip to main |
skip to sidebar
Ramadhan menjengah lagi; sekaligus mengundang barakah. Barakah; mendarat ke hati2 yg dahaga dan kepingin nikmat Tuhan. Keampunan mendarat lembut; melayah pada insan2 yg taat dan ikhlas sujud padaNya. Tahun ini; hari2 Ramadhan sy berlegar sekitar Kapit. Sebulan menahan segala; sy akan berkongsi barakah Ramadhan di ‘pulau’ Iban ini. Tahun lepas; cerita2 Ramadhan sy bersama teman2 maktab. Teman2 yg punya beribu kisah; sering nanar mencari erti hidup; sesekali lurus bergerak terus dengan panduan dan pedoman Tuhan. Teman2 yg sy sayang; mencoret hitam putih; malah warna2 pelangi tersebar terus dalam lipatan kisah hidup sy. Teman2 dulu yg sentiasa bergelak tawa; mengundang ceria di hati. Teman2 dulu yg punya ihsan; mendokong kuat tika kita jatuh dan perlu tempat berpaut. Teman2 dulu yg juga melukis luka dalam lembut. Mencoret hitam dalam kertas putih. Mendera; bukan kujur tubuh tapi hati dan perasaan. Mencakari ; kekadang menjepit ulu hati.
Pun; tahun ini perjalanan kisahnya tentunya berlainan. Kapit bukan Sungai Petani yg telah diteroka dan dijajah. Kapit punya cerita bersama org2 Iban, bersama anak2 Semenanjung yg memunggah cerita yg rencam lagi berliku. Kapit punya Kak Ika; teman yg setia mendasari makna persahabatan. Seorang kakak yg mendedah seribu haruman kebaikan; kekadang bertingkah berkongsi jatuh bangun menggalas beban menjadi seorang pendidik. Teman rapat yg ke hulu hilir meneroka makna hidup di pekan Kapit. Teman guru; seorang kakak. Dan Kak Ika; kedua-duanya sekali.
Di daerah ini. Sy punya teman. Saliza; seusia sebaya menelusuri atma kehidupan. Geger. Sejeda. Ketawa. Sedih. Dia tempat sy berpaut rasa; sy tempat dia mengadu libang-libu payah senang di hati. Simbiosis.
Pun; sebetulnya pertalian antara dua insan bukan didasari simbiosis. Lebih kepada pengorbanan. Lebih kepada kesetiaan dan mengharap kemanisan. Sementelah; kami anak dagang. Dan dia sebenarnya lebih banyak berkorban berbanding sy sepanjang mandala hidup di tanah Sarawak.
Kapit diduduki ramai anak Semenanjung. Mereka punya sikap dan ragam yg bercabang. Bersimpang-siur. Kadang senang difahami; kadang melelahkan fikiran yg ‘memerhati’.
Ada yg punya jiwa dan lidah yg mengesan. Tampak bersetuju di depan; tp herang-herot di belakang. Memperendahkan org. Mungkin dia penuh ilmu agama, tahu hukum-hakam dan mendalami Islam; sekaligus mengajar anak2 terpencil ini segala kenikmatan Tuhan; tapi dia tercicir menjaga hati dan perasaan. Yg dihormati; dinaikkannya seboleh mungkin. Yg dirasa lemah; diperendahkannya sebawah mungkin. Mungkin dia lupa; manusia punya istimewanya yg tersendiri. Mungkin dia keciciran rasa hambanya pada Tuhan. Manusia diberinya tingkat. Dia lupa; yg dia juga punya kelemahan walau arif hal2 agama. Dia lupa; yg Sang Darwin dulu mendiskriminasi manusia berdasarkan warna kulit dan taraf manusia. Yang hitam Negro dan orang asli warga2 Australia disepak dimusnah dek kerana perasaan memandang rendah sesama makhluk dan sekaligus menggelarkan mereka sang beruk!.
Dia lupa yg satu itu…yang manusia tidak sempurna.
Sebulan lagi sy akan terbang berkongsi nur adiwarna Syawal di tanah Kelantan. 5 bulan tidak menjengah keluarga di Kota Bharu; hati sy membilang hari. Moga Ramadhan di daerah Iban ini menjanjikan kelainan untuk diri. Moga pengalaman di tanah Kenyalang ini menjadi titik mula pengembaraan sy mendalami warga2 yg memberi kelainan di diari tulis.
Cita2 sy masih jauh. Belum sekali dicapai; tp perlu pengorbanan jerih perih yg bukan calang-calang.
Sy mahu mengembara. Jauh. Pelusuk. Menekuni hamba2 Tuhan; terpencil atau pedalaman.
Moga Tuhan memberi sy peluang menjejak tanah2 asing di usia yg belum menginjak. Moga kaki sy terus melangkah memijak bumi orang; dan hati sy terus bernyanyi menulis.

KapiT, Sarawak
SABTU. 18 OGOS 2007.
Sungai.Udara.Tanah Rata.Laut.
Perjalanan Dari Kapit (Sarawak) ke Pulau Labuan (Sabah) punya liku dan perjalanan yg panjang. Seawal 6.00 pagi Sabtu, 18 Ogos ..sy seangkatan dgn teman2 serumah membimbit beg2 pakaian ke jeti bot ekpsress Kapit.Hujan lebat menyukarkan sedikit perjalanan kami ke negeri terakhir, yg satu2nya negeri di Malaysia yg belum pernah sy jejak. Sabah. Negeri di bawah bayu yg tidak pernah sy hirup dalam2
udaranya. Negeri yg kaya dengan budaya bangsanya; yg juga tidak pernah kalah dgn adat resam warga bumi Kenyalang.
Tiba di bandar Sibu setelah badan lenguh letai melayan kantuk selama 3 jam di dalam bot menyusuri Sg. Batang Rajang, kami cepat2 bergegas mencari teksi menuju airport Sibu. Perjalanan 45 minit ke airport dr Bandar Sibu, masing2 melayan angan apa yg bakal dilalui sepanjang percutian di Pulau Labuan.
Malang! Rupanya flight ditunda. Kami yg sepatutnya bertolak seawal jam 11.10 ke Kota Kinabalu terpaksa menunggu hingga 1.20 petang utk ke Sabah. Sepupu bersama suami yg sudah tiba hari Jumaat lagi dari Pulau Labuan semata2 utk menjemput sy dn teman2 dimaklumkan supaya bersabar..Terasa bersalah kerana menyusahkan sepupu sendiri; tp mereka tetap berkeras utk dtg menjemput di KK membuatkan sy mengalah.
Sampai di Kota Kinabalu petang itu, kami menjamu perut di tepi pantai. Bertemu pandang wajah sepupu, terhimbau rupa mak ayah di Tanah Semenanjung. Emosi sy berbaur. Separuh riang mahu meneroka Tanah Borneo sepuasnya; separuh lagi teringin terbang balik ke bumi Kelantan. Kami bercerita kisah pahit manis di pekan Kapit; sesekali sy sempat merenung jauh kapal layar yg penuh memutih di tengah laut. Hati jadi separuh sebak. Moga bertemu sanak saudara meredakan kerinduan sy pd keluarga sendiri.

KoTa KinaBaLu...AugusT,07
Malam itu; kami melawat teman sepupu yg juga anak Kelantan. Keluarga mereka lebih 10 tahun menetap di Sabah. Sy menelan budu sepuasnya. Terubat juga kerinduan pd tanah tumpah darah sendiri. Bukan tidak ada anak2 Kelantan di Kapit, cuma bila melancong dan bertemu lg dgn org senegeri; terubat emosi sy.
Esoknya; kami akan meneroka dan menjelajah Bandar Kota Kinabalu. Moga esoknya; sy bertemu pengalaman yg bermakna. Moga esoknya berbaloi percutian sy ke Sabah; dan tidak pulang ke tanah Semenanjung memberi seribu satu hikmah dlm cabang hidup.
"Tautan Hati". Rupanya cerita awal dan akhir Hatiku MilikMu. Cerita Umar Al-Mujahid. Cerita Asiah Yusra. Cerita Hassan Al-Banna. Cerita yg cebisannya pernah sy baca dulu2.Insaf betul baca novel ni. Rupanya, jauh benar sy dengan mereka. Mereka ada haloqah. Ada sahabat sahibah yg menuju jalan yg sama. Sy jd cemburu!Pegangan Islam buat mereka redha dgn ketentuan. Istiqamah dalam berjuang. Walau ada juga fragmen2 yg ideal; tapi kisah-kisahnya mengajak kita untuk yg satu. Bosan dengan kisah cinta2 terlarang; cerita Fatimah Syarha memimpin kita redha dengan takdir di Loh Mahfuz. Ada Umar Al-Mujahid. Ah, dr dulu lg sy memang dh jatuh chenta dengannya! Heheheheh..Kesudahannya buat sy puas. Senyum hingga ke gusi.Asiah Yusra srikandi idaman para mukmin. Akhlaknya rupawan. Tingkahnya menarik mata yg memandang. Menjadi teladan utk wanita sekitar; muslimah yg cantik perilaku dari awal hingga akhir. Pun, dia juga seperti hawa2 yg lain; punya keinginan hati untuk diisi.Sural Al-Baqarah 216; menjadi petunjuk mencari keputusan hidup. Ini soal masa depan. Soal membina bait dan pegangan.Hati melonjak2 minta diperhati. Tp kebenaran Tuhan memimpinnya memilih keputusan di luar jangka. Dia pasrah. Hassan Al-Banna lebih menuntutnya menjadi tunangan; sekaligus berjuang menjadi sayap kiri.Ada kisah lain. Imtisal yg goyah akidah; Hindun yg tegar keras; Elya yg ayu dan semulia Asiah. Juga terselit cerita Linda; Lien dan Hana. Malik; Walid yg soleh berdagang di tanah org, jua terselit jalan2 hidup hati yg hitam berkarat tapi disuci dengan bimbingan dan ayat2 Al-Quran.Tuhan itu Maha Adil. Takdir jodoh di luar kuasa hambanya. Kadang ia datang menyiat2 rengsa; kadang ia bawa cahaya hati berbunga-bunga. Jodoh; biar jd milik Tuhan, kita hanya merancang tp Dia menentu segala keinginan. Moga. Harap. Doakan. Biar Tuhan hadirkan kita teman walau tak sesoleh 'Umar', tp punya keinginan menjadi sebaik Umar!
Tadi jumpa dia. Faisal Tehrani. Dengan buku-bukunya.
Dia rancak berborak. Sy rancak mencari. Mencari buku-bukunya.
Kekasih Sam Po Bo. Sudah sy beli dulu2.
1515. Belek2, novel yg memang dah lama dengar kisahnya, tp belum tergerak utk memiliki. Sy capai sebuah. Ambik juga Bila Tuhan Berbicara.
"Tunggu Teduh Dulu"?? Kata Faisal stoknya belum ada di sini, nanti kami contact bila dh sampai. Dia tandatangan novel sy beli. Dia senyum. Saya senyum. Hati sy berbunga-bunga. Bukan sbb dapat senyuman Faisal, tp berbunga-bunga sebab dpt tayang pd anak spupu. Hahhaha...
Sy pusing2 lagi. Cari novel Ustaz Habiburrahman. Ketika Cinta Bertasbih. Sudah habis. Owh, cepat benar lakunya. Yg tinggal, buku tulisan adik ustz Habiburrahman, Fenomena Ayat2 Cinta memperkata ttg novel best seller abgnya. Belek-belek, tak jadi beli. Sy hanya mahu yg itu; Ketika Cinta Bertasbih. Atau paling tidak; Di Atas Sajadah Cinta.


Mata mencari2 lagi. Jumpa yg ini; " Tautan Hati"...ilham hati Fatimah Syarha Mohd Noordin. Penulis cerpen Hatiku MilikMu. Penuntut UIA. Kalau kisah cintan-cintun remaja2, sy tolak tepi. Muak. Tapi yg ini mungkin lain; kalau dilihat pd cerpennya yg penah sy teroka dulu2, jalannya bukan cerita cinta biasa2. Sy ambik. Bayar.
Mata sy jadi berpinar2. Penyakit ni datang kalau sy pegi kedai buku. Pegi tempat2 yg ada buku. Gila meroyan Dayah kata!
Teacher Man; luahan Frank Mc Court yg sy beli beberapa bulan sblm ke Sarawak blm lagi hbs baca. The Hobbit; kisah awal J.R.R Tolkien sblm LOTR belum juga sy khatamkan. Ada buku2 lagi yg tinggal jd hiasan bilik. Belum sempat sy selak2.
4,5 hari lagi dh nak balik Sarawak...argghhh..buhsannya idup!!!!!!!
Jemu. Bosan. Muak.
Sy kadang2 tidak tahan dengan perangai yg satu ini.
Sabar..... Tahan saja.
Mungkin sy tidak pernah jumpa sebelum ini. Atau pernah jumpa; tapi tidak seserius ini. Atau mungkin sj; yg dulu2 kesabaran sy masih kuat.
Kerjanya dijaja di mana-mana. Tugas dan apa yg dibuat diberitahu. Sana. Sini. Perkara sekecil zarah, diwar-war lagak seorang menteri. Orang sekeliling; jadi bahan tadahan. Padahal, yang dijaja itu orang lain juga buat. Tapi tidak bising2. Senyap sj sudahlah. Buat seperti Itu tanggungjawab. Itu yg perlu dipundak; bukan patut jadi bahan kebanggaan.
Mencari nama dan pujian. Itu bukan prinsip seorg guru. Tapi, nah! Inilah yg sy jumpa. Setiap benda perlu diberitahu; itu penting katanya untuk menjaga reputasi!
Reputasi itu di mata orangkah? Bukan jadi nilaian Tuhan? Reputasi itu dikejar; orang sekeliling jadi mangsa. Bingit telinga. Kadang buat pekak. Kejam? Kejamkah kalau tiap2 hari, tiap2 masa keadaannya serupa. Tidak berubah.
Awal2 dulu; layankan saja. Hati org, perlu dijaga. Malah, sy jenis yg empatinya tinggi. Hahahaha.
Tapi, bila sudah begini jadinya; makanya sy bertukar jd org yg keras hati. Pekakkan saja telingamu; itu nasihat teman. Buat derk saja. Dia memang jenis begitu.
Kalau dia buat saja kerja dia; tidak bising2, makanya aman sikit dunia sy. Tapi....
Oh, sy tak pernah jumpa orang seperti ini; dr zaman sekolah hinggalah ke zaman KPLI.
Dengki? Cemburu? Tak ada maknanya sy cemburu! Tuhan jadikan setiap org dengan rezeki yg berbeza2. Jalan yg pelbagai. Makanya, tak ada makna sy cemburukan dia. Yang sy bengkak; kami (sy dn org sekeliling) perlu menadah telinga dan juga masa mendengar ceritanya yg mengangkat bakul.
Maka...kejamkah sy dan org2 yg terlibat; pekakkan telinga dan jarakkan sedikit kemesraan lantaran situasi yg kompleks ini? Salahkah kami?
Sementelah; tiap kali butuhkan bantuan; dia lembutkan suara meminta simpati sy. Bila sy tidak mampu; permintaan itu bertukar jadi arahan. Lembut bertukar menjadi keras. Lagak bos yg mengarah anak buah; bukan seorang yg tengah mengagih pertolongan spt seminit sblm itu. Aduhai; kadang sy lembutkan hati. Kadang; sy tegaskan diri, bo-layankan sj org seperti ini! Tapi mana amalan ayat ini. "Orang berbuat jahat, balaskan saja yg baik2".....
Kejamkah kami kalau lantaran tiada kemesraan antara kami; bila bersama dan berjumpa sy dan yg lain2 tidak gembira dan suasana jadi hambar dek ayatnya yg menyakitkan hati kami; maka kami sebulat kepala membuat tindakan tidak pernah mengajaknya ke mana bersama2 kami!
Kejamkah??? Dia juga seorg manusia. Sy sentiasa pikir itu. Dia juga ada hati. Tapi, sudah dicuba, sikapnya kami tidak dapat terima.
Maka...berdosakah kami?
Sy belajar satu benda; tidak semua perkara perlu diberitahu. Simpankan saja, atau matanglah bila mahu mengeluarkan kata2. Lidah itu blh bawa ke jurang bahaya.
Ya Tuhan...ampunkanlah hati2 kami....
