Tuesday, June 5, 2007

Bila Hati Tertaut


"Tautan Hati". Rupanya cerita awal dan akhir Hatiku MilikMu. Cerita Umar Al-Mujahid. Cerita Asiah Yusra. Cerita Hassan Al-Banna. Cerita yg cebisannya pernah sy baca dulu2.

Insaf betul baca novel ni. Rupanya, jauh benar sy dengan mereka. Mereka ada haloqah. Ada sahabat sahibah yg menuju jalan yg sama. Sy jd cemburu!

Pegangan Islam buat mereka redha dgn ketentuan. Istiqamah dalam berjuang. Walau ada juga fragmen2 yg ideal; tapi kisah-kisahnya mengajak kita untuk yg satu. Bosan dengan kisah cinta2 terlarang; cerita Fatimah Syarha memimpin kita redha dengan takdir di Loh Mahfuz.

Ada Umar Al-Mujahid. Ah, dr dulu lg sy memang dh jatuh chenta dengannya! Heheheheh..

Kesudahannya buat sy puas. Senyum hingga ke gusi.

Asiah Yusra srikandi idaman para mukmin. Akhlaknya rupawan. Tingkahnya menarik mata yg memandang. Menjadi teladan utk wanita sekitar; muslimah yg cantik perilaku dari awal hingga akhir. Pun, dia juga seperti hawa2 yg lain; punya keinginan hati untuk diisi.

Sural Al-Baqarah 216; menjadi petunjuk mencari keputusan hidup. Ini soal masa depan. Soal membina bait dan pegangan.

Hati melonjak2 minta diperhati. Tp kebenaran Tuhan memimpinnya memilih keputusan di luar jangka. Dia pasrah. Hassan Al-Banna lebih menuntutnya menjadi tunangan; sekaligus berjuang menjadi sayap kiri.

Ada kisah lain. Imtisal yg goyah akidah; Hindun yg tegar keras; Elya yg ayu dan semulia Asiah. Juga terselit cerita Linda; Lien dan Hana. Malik; Walid yg soleh berdagang di tanah org, jua terselit jalan2 hidup hati yg hitam berkarat tapi disuci dengan bimbingan dan ayat2 Al-Quran.

Tuhan itu Maha Adil. Takdir jodoh di luar kuasa hambanya. Kadang ia datang menyiat2 rengsa; kadang ia bawa cahaya hati berbunga-bunga. Jodoh; biar jd milik Tuhan, kita hanya merancang tp Dia menentu segala keinginan.

Moga. Harap. Doakan. Biar Tuhan hadirkan kita teman walau tak sesoleh 'Umar', tp punya keinginan menjadi sebaik Umar!


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket







4 comments:

hayad said...

Asiah yusra..sdp nyer nama..mcm nak buh nama kat anak plak nnt..hehe

hayad said...

biler nak updet ni maza? ;)

Mazarina said...

tiap2 hari online..tp x sempat nk menulis...:)

Hilal Asyraf said...

saya suka genre novel tu...
tapi saya tidak berminat dengan gaya bahasanya...
but...
itu antara usaha yang patut dipuji kerana menjadikan novel sebagai medan dakwah