skip to main |
skip to sidebar
Malam itu saya mahu pulang ke Sarawak. Bersama beg galas di badan; kaki ligat mencari tempat strategik di balai berlepas. Di sisi, ada seorang teman; cikgu juga di Kapit. Mata saru saya meliar2 menjamu keseluruhan ruang sempit airport Kota Bharu.Ada beberapa cikgu lelaki yg memang sudah biasa dilihat. Saya; sembang2 dengan teman di belah kiri. Bertukar cerita. Fikiran menerawang jauh membelah Laut China Selatan. Kemudian menyusur perlahan Sungai Batang Rajang. Masing2 membuka rasa hati berat untuk pulang ke dunia sana. Di depan sy; ada anak Cina. Senyap dan seolah berfikir jauh. Hatinya mungkin sudah berlepas; tidak lagi menjejak tanah Cik Siti Wan Kembang. Sy mengiring. Berpaling ke kanan. Ada pakcik tua. Rambut beruban, berkumis tebal, serius,kasut kulit hitam berkilat dan berkira-kira mahu bercerita, tapi anak Cina di depannya menunjukkan riak tidak bersedia. Dia menyilang2kan kaki; berpaling ke arah saya. Senyumnya melebar. Mungkin sy mangsanya malam ini."Anak masih belajar?" Di sebelahnya seorang perempuan agak berumur. Mungkin isterinya."Tak. Kerja. Di Sarawak.""Owh. Cikgu, betul? Ramai cikgu2 Semenanjung posting di sana. Pedalaman. Tapi di sana, orang2nya masih hormatkan cikgu,kan?"Saya mengiyakan. Kemudian, saya sedikit berkisah latar hidup di sana. Orang2nya. Murid2nya. Cara hidupnya. Kemudian, dia mengorek latarbelakang hidup, famili dan taraf pendidikan saya."Saya professor. Di universiti swasta. Di Kl. " Saya tergamam. Owh, lelaki tua di sebelahku ini propesor rupanya. Patutla dia tidak penat bercerita. Tidak penat berkata, bercerita itu ini."Saya mengajar subjek account. Kamu kata, kamu guru matematik. Degree Mikrobiologi. Saya mahu soal kamu. Patut kamu boleh jawab..." Dia mula berkerut2 dahi; memikirkan soalan2 yang patut ditanya pada saya."Si A nak beli baju raya berharga RM50, tp dia tak ada duit. Jadi, dia pun pinjam dr 2 org kawan baik nya si B RM25 dan si C RM25. Dah dpt RM50, dia pun pergi la kedai tu nak beli baju. Sampai di sana baju tu ada sale pulak 10% jadi tinggal RM45 saja..lepas bayar RM45 Si A pulang dengan baju rayenye bersama balance RM5. Dia pun pulangkan kpd si B RM1 dan si C RM1 dan kat tangan si A tinggallah RM3. Jadi dia kini berhutang ngan si B dan si C sorang RM24. betoi tak....
soalan dia....Hutang kat si B = rm24....Hutang kat si C = rm24....Baki di tangan = rm3
Jumlah = rm51. Kenapa ada rm51 sedangkan duit asal cume ada rm50...??"
Pakcik propesor sengih2.Eh..eh. Soalan ni macam penah dapat kat internet dulu. Tapi saya tak layan. Masa tu sibuk taip soalan periksa. Sekarang,pakcik propesor ni pulak tanya. Memang kena jawab. Karang kata saya cikgu tak berilmiah pulak.."Fikir. Cikgu mesti bijak berfikir." Pakcik propesor mencabar sy sambil menguis2 kumis tebalnya."Nak, amik kertas kira. Spontan macam tu susah nak dapat jawapan." Isteri si propesor memberi cadangan. "Biarlah dia jawab secara spontan. Cikgu mesti pantas berfikir." Pakcik profesor memandang saya lama. Menyesal pulak tak kira masa dapat soalan ni kat internet. Kang dah malu tak dapat jawab depan propesor.Saya percaya korang mesti dapat jawapannya. Selepas dia bagi jawapan pada soalan tu, ada soalan kedua. Soalannya mudah; saya jawab spontan, tapi rupanya apa yg difikir mudah tak semestinya mudah. "Jawapan awak ialah jawapan yg mewakili orang2 Melayu. Orang2 Melayu yang suka bertangguh."Aduh. Terkedu. Pedas sungguh kata2 propesor ini. Soalan itu soalan tentang katak. Katak dengan perigi. Pernah dengar? Melibatkan Matematik, dicampur dengan logik akal dan cara2 untuk survive.Masa penerbangan saya kemudiannya dilewatkan sejam. Seolah memberi peluang propesor itu mengasak saya lagi dengan soalan bertubi2. Isterinya di sebelah hanya mendengar dialog kami.Dia kemudian bercerita tentang pelbagai hal. Dari cerita Matematik, masuk Sains, kemudian tentang mualamat dan perniagaan, masuk pula cerita Islam. "Kenapa setiap tahun populasi manusia bertambah; tapi berat bumi tetap tidak berubah?" Tidak sempat saya menjawab; pengumuman menyuruh kami beratur ke udara. Kawan saya bergegas mengajak saya beredar. Propesor itu kemudiannya saya tinggalkan bersama dengan cerita2nya.Tapi; malam itu sy belajar sesuatu. Sebelum saya menaiki kapal terbang membelah awan untuk mengajar anak2 Sarawak; saya betul2 telah diajar di tanah kelahiran saya sendiri. Oleh seorang propesor. Yang juga anak Kelantan.
4 comments:
soklan RM51 tu mcm pnh dgr jgk, tp lupe la jwpn. tu la, tak ambil berat kn...
ape jwpnnye maza?
psl bumi tu mungkin disbbkan graviti bumi di mantel sama, so tak kira la manusia bertambah ke tak, berat dia ttp sama.
agaknye la,ehe
AHAaa...jwpn sy pun hampir sama; graviti! tp x sempat nak habaq jawapan dgn pakcik tu..hehhe
jwpn tuk soalan maths tu..kena carik sendirik!hehhehe
hampehh!!
nak pk ni yg mls,kekeke.
xpe2, i will try
Hye Maza, saya drop by blk kt blog awak ni :) Saya pun nak try gak la. Teka-teki tu smlm saya pn dok pk tp xdpt2 jwpn. Bila hubby balik saya tanya dia pulak. Dia mula2 pelik jugak. Tp dia pk balik sekejap pastu dia dh dpt jwpn hihihi. Dia kata,
25+25=50 (Jumlah dipinjam,
50-45=5, 5-1-1=3,
Baki 5 Adalah sbnrnya sebahagian drpd jumlah 50 tu tadi,
Jadi sepatutnya 45+1+1+3=50,
24+24 sepatutnya ditambah 2 la bukannya 3,
Sebab 3 takde kaitan pun dgn 24+24 tu.
Xretila cmner nk ckp tp betul kan jwbpn ni?
Soalannya sgt senang sbnrnya tp dia trick sket je dah tak boleh jwb kan. Termasukla saya penat pk tak dpt2 jwpn. Maknanya saya ni pun suka bertangguh la kot hahaha ;P Jeles camner hubby smbil baring dlm mamai2 ngantuk tu leh jwb dgn pantasnya hihi..
Post a Comment