Saturday, July 12, 2008

Masuk Hulu


Petang itu lewat kami menjelajah masuk ke hulu. Jalan berbatu-batu, lubang kiri kanan; jalan penuh lopak-lopak air. Di tepi-tepi hutan, hati menujah mahu meneroka hidup Iban di rumah panjang. Mahalnya pengalaman tersimpan di hati. Seperti mahalnya membina istana, mahal lagi. Sungguh, dari dulu saya mahu masuk rumah panjang. Petang hening semalam, gelodak gembira tinggi menggunung. Petang makin berengsot pergi. Kami makin dekat. Rumah Panjang Jandok makin menggamit di depan mata.


Ada sungai sempit di depan rumah panjang. Jauh menyusup, melihat warga Iban berkemban dan berseluar pendek bermain di gigi air. Perahu lama tersadai di tebing sungai di depan rumah. Bunyi kocak air, anjing ke sana ke mari, sekali sekala berlari pula anak kecil di depan anjung rumah. Suasana penuh tradisi, deru angin gemalai membelai kedatangan kami.

Ada anak kecil; bagai merpati jinak. Bila digamit, lari-lari pula. Malunya melihat orang asing bertandang di rumah. Teman bermanis laku, meminta izin berjumpa tuai rumah sebelum membawa kami berziarah. Tuai rumah ramah tamah, bersama keluarganya melayan kami penuh hormat; menghormati tetamu. Sy sempat melintas beberapa keluarga, rancak berborak sesama sendiri di anjung rumah. Setiap bilik, ditampal nombor. Ada lapan belas bilik semuanya. Ada dapur. Saya pandang atas. Riak ingin tahu tercunggit di hati. Tengkorakkah? Bergantungan di tiang dalam rumah.


“Pergilah ambil gambar. Tengorak-tengkorak tu umurnya hampir 200 tahun. Nenek moyang mereka, pahlawan Iban. Kalau mat salleh datang, dia caj RM15 untuk ambil gambar.”




Suami teman sy dulunya mengajar di kampung itu. Sementelah, dia dikenali orang-orang rumah panjang. Senang untuk kami berinteraksi dan dibenarkan masuk ke rumah. Senang juga mereka memahami yg kami Islam tidak minum ‘itu’ dan makan ‘itu’. Yang penting; jangan sombong, terlepas cakap atau perlu lebih ingat, kita berada di tempat orang. Mereka berbual berdialek Iban; berkitar cerita pembunuhan 2,3 hari lepas di pekan Kapit. Warga Iban mati dibunuh. Dipotong leher. Daerah kecil; berita cepat tersebar. Pun; kita hormat mereka, mereka tidak susahkan kita. Cerita bunuh-membunuh di mana-mana ada. Di Kuala Lumpur, banyak lagi tentunya. Cuma, kita perlu waspada. Jaga maruah, jaga diri menumpang di tempat orang.

Sebelum datang ke Sarawak; teman sama-sama yg akan berbudi di Sarawak pernah mengingatkan; “Kita jangan sesuka hati marah murid. Nanti disumpitnya kita.”

Itu cerita sebelum kami datang ke Sarawak. Bersaru minda memikirkan hidup yang bakal dilalui. Macam-macam cerita prejudis bersaring. Nanti akan jadi macam itu. Kalau buat ini, buruk padahnya. Bomoh-membomoh. Mereka juga sebenarnya seperti kita. Ada Islam. Ada Iban yang menghormati orang lain.

Pun; cerita disumpit mungkin masih ada. Tapi tidak banyak. Pernah seorang teman berkhidmat di hulu, tengah hutan bersama anak-anak Penan. Guru-guru perlu waspada; tingkah perlu jaga. Tidak boleh marah sesuka hati.Takut nanti ada atap-atap rumah berkeriut disumpit mereka. Racunnya berbisa. Penawarnya hanya ada pada mereka. Maka, kita jaga tingkah laku, InsyaAllah tidak akan ada apa-apa.

Guru-guru sekolah menengah bila dihantar ke Sarawak atau Sabah, tidak perlu bimbang banyak; kerana sekolah di bandar atau paling kurang luar bandar. Cikgu-cikgu sekolah rendah perlu lebih beringat; persiapkan mental, atau sediakan fizikal kerana sekolah kebanyakan besarnya di muara-muara sungai atau jauh masuk ke hutan. Ada yg perlu mengangkut tilam, tong gas naik perahu sebelum sampai ke kawasan pedalaman. Tidak kira lelaki perempuan.

Langit hitam mengiringi kepulangan kami dari rumah panjang. Menyinggah sebentar di SK Ulu Yong, bergema lagu Ibu Pertiwiku di ruang gelanggang sekolah. Perhimpunan murid-murid setiap petang sebelum masuk ke asrama. Awan membedung pejal menggawangi pengakhiran jelajah kami. Mungkin saya tidak akan datang lagi. Ada rasa puas, kerana tinggal di Sarawak tidak akan ada maknanya kalau tidak masuk ke hulu.

Metil jingga kami redahi dengan melintasi anak-anak dara di tepi-tepi bukit mencari line telefon. Alahai, teknologi makin mempengaruhi hingga anak-anak muda tidak mengira malam kian pekat.


p/s: Cuti bulan 8 ini mahu ke Miri pula. Jelajah Borneo selagi ada nafas...(*_*)


Monday, June 30, 2008

cRy mE a riVer (*~*)


It’s okay to feel
sad
When this happens to you.
It’s okay to cry.
And to feel blue.
It’s okay to need hugs.
And to talk to a friend.
Then you will feel better,
And the hurting will end.

~Anonymous~


p/s..will soon feel okay......hope so!!

Saturday, June 21, 2008

Jadi Cikgu Skolah


Saya demam. Dua hari panas-panas seram sejuk. Kelmarin emak telefon. Mungkin tidak sihat sy dirasanya dari Semenanjung. Walau dikhabarkan padanya pun tidak. Dingin mencurah-curah. Garisah rasa berkesiuran. Sekejap panas. Sekejap kaku menyeksa tubuh badan. Menggigil-gigil.

Pun, pagi tadi demamnya kebah. Awal-awal pagi ke pasar merempit bersama teman. Rengek badan minta berehat- sy memperdiar. Kerja banyak lagi menanti. Dua hari berehat sudah cukup memanjakan diri. Selsema dan demam; ditambah sakit perut yang berbisa. Sy terbungkam atas katil sehari setengah.


Hari ini besday ayah. Belum telefon ke rumah. Tunggu malam nanti mahu bercakap dengan ayah. Esok sudah mula kerja. Esok mula melayan kerenah anak2 yg macam-macam. Lagak yg mahu diberi perhatian; manja dan keletah. Nakal dan hijau metah. Kadang sukar dikawal; perangai yang membangkit rasa kurang sabar. Mencabar hati tetapi itu lumrah menjadi guru.

Tahun lepas anak2 kelas menduga sy dengan macam-macam rasa. Tahun pertama dihantar mengajar sy medapat kelas darjah dua; 35 orang. Hero-heronya ligat sukar dikawal. Ada cerita yg saya tak terlupakan. Cerita anak2 kelas bergaduh mencucuk belakang kawan dengan pensel. Berdarah-merah di belakang badan. Masa ketiadaan cikgu. Waktu senggang untuk pertukaran guru. Sy mengucap panjang.

Ada juga cerita hero kelas sy main baling-baling batu. Hampir mengena mata kawan. Kening kawannya berdarah. Tika itu sy baru saja keluar kelas untuk bermesyuarat. Sementara menunggu pengawas datang, anak2 ini tidak reti duduk mendengar kata. Baru saja 5 minit sy keluar; datang anak murid yg darah meleleh-leleh di kening. Menangis-nangis. Sy getap bibir.

Ada cerita waktu rehat, kami cikgu2 ada jamuan di dewan. Datang ketua kelas sy memberitahu kawannya jatuh, luka di lengan. Bila ditengok, tangannya berdarah-darah patah riuk ditimpa kawan kerana jatuh ketika berlari semasa rehat. Akhirnya masuk wad dan dapat insurans.

Itu cerita tahun lepas. Cerita anak-anak yg sekarang meningkat darjah 3. Dengarnya tahun ini lain pula kisahnya. Pun, musim ini sy menjadi ‘ibu’ anak2 darjah satu. Nakalnya tidak seberapa. Boleh dibentuk. Hanya ada cerita biasa-biasa. Cerita berak-berak dalam seluar. Muntah-muntah tika sedang belajar. Anak-anak tahun ini mendengar kata. Mungkin ada seorang dua yg degil; menggegar mandala rasa. Pun, mereka masih menurut dan menghibur hati sy.

Menjadi cikgu anak-anak kecil mengajar sy. Setiap hari ada jalan ceritanya. Mendidik sy mendisiplinkan anak seawal kanak-kanak. Walau kadang2 sy mengalah; tugas ini tidak semudah dicanang-canang orang.


Melayan berpuluh-puluh kanak-kanak dalam satu masa tidak seperti melayan kanak-kanak di luar waktu sekolah. Perlukan pengalaman. Perlu kesabaran juga, walau selalunya naik tinggi suara saya mententeramkan mereka. Belum lagi melayan yg terloncat-loncat di tepi tingkap; melompat-lompat di meja tidak serupa manusia. Betullah; jadi cikgu kaya dengan rasa. Anak murid yang tidak pandai disalahkan cikgu; anak dihukum bergoncang pula amarah mak bapak.

Maka, akan lahirlah nanti MANUSIA YANG TIDAK CUKUP AJAR. Biarlah; itu pilihan emaknya dan bapaknya juga.

Pernah sekali; sy didatangi seorang ibu. Anaknya bergaduh dengan teman sekelas. Dia mahu batu dan kayu daripada emak budak lelaki yg bergaduh dengan anaknya. Katanya untuk menolak bala. Itu tradisi masyarakat Iban. Sedikit2 sy belajar budaya di sini. Walau ada cara hidup beroposisi dengan kita. Tapi sy belajar sesuatu.


Pernah juga hari pertama sy datang ke sini , seorang warga ISLAM Borneo mengajak sy tunduk mencium tanah; tanda bermesra dengan tempat baru. Bukan syirik katanya. Adat. Takkan sy sejahil itu sukar membezakan adat dengan kepercayaan karut? Pun; dia bukan warga Kapit. Juga bukan anak Sarawak.

Dan cerita-cerita di sini merumbu di segenap hati sy. Dalam. Dan penuh erti.



Friday, June 13, 2008

A gLiMpse inTo the Past


Let's check it out!!

That's me.... The new president will be!! wink wink (*.*)




During childhood....everyone adores her!!! Hahahha =)





me... b4 eLection... Wahahha =




The most 'wanted' president..Go! Go! (",)





n finally....frustrated...but alwiz smiLe..hakhak




nOw...become a teacher in KAPIT!....wargggggghh



huuhhu..sesaje membuang mase di hujung minggu...bosan seh....

Tuesday, June 3, 2008

When iT Was FirsT time


Cuti sekolah. Sy balik kampung. Cuti ini cuti yg biasa2. Kenduri-kendara yg penuh, pagi mengajar tusyen, petang keluar meronda Kota Bharu yg 5 bulan tidak berpijak. Juga ada melihat2 dan menawar harga untuk pesanan guru2 di tanah Kapit. Kain, tudung, kerongsang, jubah juga ada satu dua benda lain yg dipesan.

Cuti ini sy beli novel lagi. Ketika Cinta Bertasbih 2. Sambungan cerita lama. Cerita yg mengajar hati menjadi lunak. Muluk. Cerita yg menitikkan air mata sy. Lirih. Lama2 ia jadi kali.

Hati jadi dekat pada yg Asal. Bukan cerita cinta yg muak, jelek tapi menjernihkan hati yg kian tua. Ada cerita jodoh yg menuntun berbalik pada takdir, walau jauh perginya. Bukan cerita anak muda yg mual, asyik; cerita cinta yg sesat tak sudah2. Itu-saya bosan.

Cuti ini sy belek simpanan lama. Surat2 dan kad2 kiriman teman. Hati sy berentak beribu. Jadi berkeping-keping. Cerita zaman sekolah. Zaman universiti. Zaman bergelar guru pelatih. Liku2 yg panjang. Onaknya berhimpit, lalu menggamit sy mengenang cerita lama. Ada awan berambalan. Gelap. Kusam. Ada juga pelangi cerah. Cantik. Sungguhkan, hidup itu luas.

Cuti ini sy belek juga blog2 orang. Sy mahu jawab yg ini:


Pertama kali berblog, June 2005. Genap 3 tahun. Sy mula btapak di blog frenster, meleret ke blogdrive, akhirnya melepas lelah di blogspot sekarang. Rebah-rimpuh sy, sy ukir di blog2 ini. Hati yg berkapuk-kapuk rasa, blog jadi saksi. Tak semua yg dikandung hati, boleh diluah pada org. Ada yg perlu jadi rahsia, terluah di sini.

Pertama kali memberi hadiah yg menjadi kesayangan; lukisan ini. Bukan sebelum itu tidak pernah beri, cuma ini jadi simpanan kesayangan sy. Ilham saya. Luahan hobi sy. Tapi; sy beri pada orang. Pd seseorang. Beserta puisi yg sy karang bertahun2 dulu. Pun, itu cerita lama. Cerita pahit payau, tak perlu dikenang-kenang.

Pertama kali meninggalkan rumah dan hidup berkongsi di asrama; semasa di tingkatan 4. Selepas PMR, sy mengangkat kaki meredah dunia baru. Daerah zulmat yg awalnya sy resah gelisah utk meneroka. Dunia yg asing, teman2 yg asing, rutin hidup yg asing. Pun, cerita di MRSM banyak membentuk sy. Memori dan kenangan yg melaut luas. Teman2 yg sampai sekarang sy tak pernah lupa. Banyak memberi. Banyak berkongsi.



Pertama kali meninggalkan Malaysia (ceh..macam jauh je bunyinya...huuhuh), sy ke Haat Yai dan Songkhlai, Thailand. Di zaman anak2, mengikut family dan rombongan ke situ. Melihat patung mermaid di kaki pantai, menaiki kereta api dari Kelantan ke Thailand. Walau masih anak2, tp sy masih ingat perjalanan lawatan itu. Manis. Sepertinya mahu pergi lagi. Tak puas rasanya. Apapun..sebetulnya, sekarang sy berangan memijak tanah yg penuh sejarah dan ada cerita pahit susah hidup; seperti India. Atau Turki. Alangkah, kalau diri berpeluang menghayati dengan hati tunak laut biru Selat Bosphorus; pemisah benua Asia dengan Eropah. Atau memijak Masjid biru Aya Sophia...



Pertama kali menyertai pertandingan mengarang semasa di darjah 3. Mendapat tempat ke 2. Itu pun kerana dipilih cikgu. Selepas itu sy tidak menyertai mana2 pertandingan berkaitan menulis. Sampai ke hari ini. Sy sendiri tidak memanjangkan minat sy menulis seawal sekolah rendah sehinggalah di tahun2 sy di universiti. Semasa di u, minat menulis bercambah semula. Menulis apa saja. Berbelas2 tahun sy hanya isi dengan membaca buku, novel, komik, majalah. Dan di U, sy mula sedar...menulis itu indah nikmatnya. Hehhehe...

Pertama kali mendaki gunung, semasa di KPLI. Gunung Jerai. Itu kali pertama, mungkin juga kali terakhir.Huhuuhhu.. Saatnya indah, dengan teman2 yg juga banyak menjentik rasa sy. Mesej seorang teman KPLI pd sy; " Saat2 KPLI, antara pengalaman yg paling indah dalam hidup." Walau setahun, tapi kami banyak berkongsi. Bertingkah, konflik, pun...akhirnya itu semua mengeratkan lagi hubungan kami. Di hari2 punya banyak rasa, sy mengenal lagi erti persahabatan.



Hidup bagaikan roda yg berputar, masa kan terus mengejar...

Yg lama...biarkan ia di situ.







Saturday, May 17, 2008

Cikgu Itu Mutiara


2 minggu sudah sy berkursus. Kursus peningkatan matapelajaran Sains sekolah rendah. Di Kapit.

Sy berpeluang bertemu dengan cikgu2 yg keluar dari ceruk rantau hulu Kapit. Yg berperahu panjang menyusuri Sungai Sarawak yg sempit, yg turun dari bukit-bukau dan tanah2 hutan, juga yg selesa berada di tengah2 pekan. Yg nyata, kami sama2 berkongsi menabur budi kepada anak2 tanah Borneo. Anak-anak Malaysia Timur. Ada Cina, Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh. Mungkin juga ada Kenyah, atau Kayan.

Sy ketemu teman yg baik kacukan Cina-Bidayuh. Jauh dari hulu. Sy berteman dengan anak Melanau sepanjang kursus; bertemu atas urusan rasmi pendidik. Berjumpa dengan guru2 dari muara2 sungai. Dan jauh di benak sy mereka guru2 yg gigih.


Hampir 2 tahun gelaran cikgu terpundak di bahu. Maka, 2 kali sy menyambut Hari Guru. Hari yg meraikan kita. Hari yg mengingatkan yg kita punya banyak lagi tugas. Hari yg merayakan kita; warga guru yg mendidik sarat dengan tanggungjawab.

16 Mei. Mungkin agak terlewat, pun sy mahu mengucapkan "Selamat Hari Guru...Cikgu!".


Kebiasaan, murid2 meraikan dengan hadiah. Seperti guru2 serata ceruk Malaysia, tentunya hadiah yg lebih kurang sama. Seperti juga tahun sudah. Seperti juga cikgu2 lain. Pun; di keriuhan anak2 memberi hadiah, sy tercuit dengan perilaku anak seawal darjah 1. Melihatkan teman2 lain mencium tangan sy sambil menghulur hadiah dan bunga2 tanda terima kasih, dia menggenggam sekeping duit RM1. Dihulurnya ke tangan sy.

Tersembur tawa sy. Pun, anak senaif ini mungkin akalnya perlu kita abaikan seketika. Hatinya lebih perlu kita baca. Kudus. Bersih. Suci. Mahu menggembirakan cikgu.

Sy kembalikan pada dia. Dia lebih lebih memerlukan.

Kadang menjadi cikgu ini meletihkan. Berat bebanan. Kadang mahu saja sy menginjak berpaling ke belakang, hati mengerekot melayan anak2 murid yg tidak cukup ajar. Tugas2 lain yg digalas perlukan kesabaran juga, bukan hanya mengajar dan mendidik anak2 di kelas.
Menjadi cikgu menuntut kecekalan. Tugas yg bukan calang2. Memberi sinar cahaya. Cahaya itu mungkin menyilaukan, atau makin lama jadi samar berbalam2. Melayan kerenah manusia tidak seperti menyelenggara benda; setiap hari ada ceritanya. Jalan yg luar biasa onaknya. Boleh jadi lama ia kusam. Jadi rawan.

Dan sebetulnya...di hari 16 Mei, sy belajar erti menjadi guru lagi.






Friday, May 2, 2008

Bunga-bunga Hati


Dulu. Bila diajak teman melihat suasana dan persekitaran anak2 pribumi di Hulu Perak, Grik; hati sy teruja. Mata taruk bersinar-sinar. Pengalaman yg bukan calang-calang. Apatah di situ tempat praktikum teman sekelas.

Sblmnya; sy hanya mendengar kisah2 disebar dr pengalaman mereka. Tentang anak2 orang asli; hidup malamnya bertemankan generator, berseronok mandi sungai, anak2 yg berambut ketak penuh dengan cerita susah hidup; sy sungguh2 mahu merasainya sendiri.

Paginya dr Sungai Petani kami bertolak ke Grik. Menghilang kantuk pagi Ramadhan di tepi Tasik Banding; bersama2 bercerita, berkongsi kisah anak2 itu. Alangkah; satu pengalaman baru menanti di hujung hari itu.

Jalan masuk ke sekolah penuh hutan. Sunyi. Di kiri kanan hanya pokok dan cicipan unggas. Dan di hati sy tika itu tiada lain. Mahu cepat2 mengenal anak2 itu.

Sampai di sekolah; hati sy berbunga-bunga. Sungguh; mereka berambut ketak. Berdialek janggal; tapi mampu lagi difahami. Penuh rahsia sendiri.

Di hadapan sekolah; ada satu perkampungan orang asli. Rumah agak berjarak; usang dan mengalamatkan satu kehidupan. Susah; tapi penuh makna. Ada anjing. Bukit. Pokok2 hijau.

Tidak jauh dari situ ada sungai mengalir. Tenang. Mengasyikkan. Di kaki bukit...jauh di pedalaman sekolah Air Banun.

Kami bermain air; sungguh2 merasai kehidupan di situ. Walau hanya sehari. Sempat berbuka bersama anak2 berkulit sawo matang, berambut kerinting ketak; berkongsi nikmat juadah berbuka. Sama2 mencari cahaya Ramadhan, di hari yg penuh perkongsian. Berkongsi rezeki Tuhan.

Malam Ramadhan syahdu bersama anak2 itu. Anak2 org asli Perak.

Itu cerita dua tahun lalu. Cerita melihat gajah di perjalanan pulang dalam hujan sekejap-sekejap.

Langit hitam pekat. Kusam. Gelap. Cuaca dingin. Hati kaku beku mahu meninggalkan perkampungan itu. Tiada lagi kesempatan bertemu anak2 penuh kemesraan itu. Anak2 yg penuh harapan. Ank2 yg seawal drjah 1 berkongsi hidup bersama teman di asrama. Anak2 yg sukar sekali utk sy ketemu tingkahnya lagi. Penuh hormat terhadap guru. Apatah org asing. Mereka anak2 istimewa. Di hati sy.

Pun; tidak pernah tersangka dlm hidup sy dihantar ke Sarawak. Pernah sy mengisi borang biar dihantar ke Perak. Biar di ceruk pedalaman; menyala kandil anak2 org asli. Nyata; rezeki dan jalan hidup sy di tanah Iban. Bukan di pedalaman Perak. Bukan di pedalaman Semenanjung. Tapi di hulu Sungai Batang Rajang.

Tatkala hari pertama datang ke Sarawak; di dalam bot ekspress sy menerima mesej teman. Memberi semangat dan merangsang sy mencari ilham. Cerita di tanah Sarawak katanya tentu banyak memberi sy pengalaman. Cerita yg akan melekat di hati. Cerita yg tidak ada di Semenanjung. Cerita yg akan menggugah jalan hidup sy. Penuh erti.

Sungguh. Cerita di sini lain dengan cerita anak2 pedalaman Perak. Ada cerita yg hampir meragut nyawa sy; cerita sy hampir terjatuh ke sungai tika pulang berkursus dari Sibu. Tangan membimbit laptop dan bahu menggalas beg pakaian; kaki mahu melangkah dari bot naik ke daratan. Mungkin takdir sy hari itu; hampir2 badan terhempas ke sungai. Tapi janji Tuhan; sy mampu mengimbangi badan dan terselamat dan masih mampu pulang ke Kapit. Itu cerita pahit.

Pun; cerita di sini belum tamat. Cerita yg baru pertengahan. Dan akan ada cerita lagi. Moga cerita yg penuh bunga2. Biar layu; tapi subur di hati.


Kehidupan penuh jerih perih; itu bunga-bunga di hati.





Saturday, April 26, 2008

Haru Biru Dunia Hidup


Biru........ Mengikut perasaan. Romantis. Setia. Seni. Unik. Tulen. Harmonis.

Biru warna dalaman sy tika diuji semasa taklimat di sekolah 2 minggu sudah.

Sungguh; sy suka persekitaran harmonis. Tenang. Keadaan yg merangsang jiwa untuk lebih ceria dan meneruskan hari2 penuh simpang siur. Tahun2 sudah; sy sukakan persekitaran berbukit hijau, penuh bunga-bunga yg lembakan harumnya berkitar di sekitar hati. Dingin dan sejuk, bak kesegaran pagi yg penuh embun; erang-erot menitis ke dada bumi.

Pun; hari2 KPLI mula menjangkau jiwa sy mencintai lagi. Pantai. Ombak. Laut.

Sy menafsir2 hati. Diri penuh cinta luluh terhadap alam. Cerianya hati melihat perahu teroleng-oleng tersangkak dilambung ombak penuh mesra; seakan bercanda berlelucon memikat sang pendayung perahu kayu. Berjenaka. Di tengah laut lepas yang penuh rahsia alam.




Mungkin; sebab itu hari2 KPLI sy banyak dijalankan aktiviti sekitar pantai. Dan, kembara sy sejauh ini di tanah Kapit; hari2 dikelilingi bukit bukau membatasi ufuk langit; sy memperdiar cinta hati terhadap bukit. Berbalam2, makin lama ia bubar. Sy mula jatuh rindu pd pantai. Mencari matahari terbit; jua hati mengejip meronta mahu melihat mega jingga mengundur diri dari dada langit.


Sy mahu menjelajah merasai kenikmatan dikurnia Tuhan. Menakluk cara hidup masyarakat serata tempat; menakung pengalaman buat dicatat disebar di dada tulis.

Sy tidak hanya mahu menjadi guru. Mimpi sy lebih jauh; dikejap bertahun2 dulu. Sy mahu menjadi guru yg menulis. Meneroka. Itu janji sy-lama dulu.

Sy mahu pergi ke serata alam. Menakluk ilmu2 Sains, meneroka ilmu sejarah dan geografi, mendalami hukum-hakam fakta sejarah Islam; yang dimasak diadun di dalam bahasa sastera. Itu janji sy.

Sy mahu menghayati cantiknya lazuardi. Peritnya susah hidup anak2 di dada alam. Sekitar. Sy mahu memudahkan ilmu Sains yg diperindahkan dengan lenggok sastera. Mahu mendalami sejarah agama dari tunjang Muhammad.

Dan, tika ini sy rindu. Rindu pd yg tidak pernah letih metai menjadi tunjang menyokong hidup.





mom- my love 4 u is da greatest!



abah n big bro


adik- if walls break down, don't u ever give up!


Sudah buka blog untuk nukilan cerpen2 sy...sudi-sudikanlah menjelajah http://terbangtinggi-tinggi.blogspot.com/



Friday, December 28, 2007

LiFe Sweet STuff


“Flowers are flowers and trees are trees, but it can get quite confusing. What are you, a flower or a tree?”
-(Korean Novel; Coffee Prince)

Kalau saya; pokok itu lebih baik. Pokok memberi teduh. Pokok membesar punya banyak bahagian. Ada akar, daun, pucuk, batang, juga bunga. Pokok diperlu orang. Dulu. Hingga akhir. Makanya bunga hanya memberi sedap mata memandang. Lama; ia layu dan ditinggal orang. Pokok memberi kesegaran. Hijau menyejukkan hati.

Cumanya; bunga dikaitkan dengan cinta. Warna-warni. Lebih menonjol. Ceria. Tapi sementara.



Semalam. Saya chatting dengan teman lama. Teman di MRSM. Teman yang hampir 7-8 tahun berkongsi gundah cerita hidup zaman sekolah. Dulu; kami berlima bersahabat baik. Berkongsi tawa di bilik kosong asrama baru. Berkongsi gosip di bilik reks sambil bersantai menelaah buku. Skarang; dua sudah menikah. Seorang hampir melahirkan anak. Makanya; kami berkongsi pangkat. Ada mak long. Ngah. Teh. Juga Ucu.



Semalam juga. Seorang teman KPLI menghantar email. Gambar2 convocation Day. IPSAH. Beberapa bulan lalu. Saya tatap satu-satu. Hati saya meliuk-liuk dipukul semilir. Betapa mereka banyak memberi kenangan. Punya bahagian di ruang hidup saya. Pun; cerita lama hanya tinggal jadi sejarah. Jadi alam kenangan; terkubur bertemankan nesan. Walau sekali-sekala hati saya terbuka. Terkuak lebar-lebar. Mengingat cerita2 putih hitam menjadi guru pelatih.

Pengalaman. Santak ke ulu hati. Kadang bundar. Saya tawakkal.


Friendship isn't how u forget; but how u forgive...

Not how u let go..guys..but how u hold on!!



Wednesday, December 26, 2007

We...grow older,perhaps!


Pernah satu ketika, ketika leka menonton kisah generasi Amish di Pennsylvania di kaca tv; sy terdetik mahu menyelami kisah warga2 manusia yg punya cara hidup berbeza. Terkesan melihat warga ini yg gigih bertani; memakai pakaian berwarna sama dari generasi moyang hingga ke cicit; serta tidak mudah menerima pembaharuan juga pengaruh luar dari orang bandar, buat sy berfikir.



Mereka selesa berpakaian kelam, berkahwin sesama puak; berkereta kuda dan tidak akan keluar dari kepompong hidup mereka yg diwarisi. Kisahnya pernah sy cicipi di dalam tv. Juga pernah terbaca tulisan Dr. Tuah tentang rakyat unik ini. Anehnya manusia; punya latar hidup berbeza walau berkongsi bumi yg sama.



Semalam; tika mata leka menerjah bandar Kota Bharu; satu banner besar menarik perhatian saya. Iklan tentang filem-filem Iran; hasil idea hebat Majid Majidi.


Baran. Colours Of Paradise. Children Of Heaven.


Ketiga2 filem yg pernah saya jarahi dari awal hingga akhir ketika tahun2 sy di universiti. Cerita rakyat Iran yg punya liku yg rencam. Cerita yg memilik banyak anugerah. Cerita seni. Cerita manusia.


Baran. Cerita srikandi yang sungguh-sungguh. Cerita wanita yg kuat berjuang; punya ketabahan hati; tegar dan kuat prinsip. Colours Of Paradise berlatarbelakangkan anak buta di bumi Iran. Walau dia tidak upaya melihat dn menikmati hijaunya perbukitan kampung halaman; segarnya bunga2 di sekeliling; tapi cerita ini menyentak hati sy. Betapa anak ini insan terpilih Tuhan. Mengingatkan seketika tentang latar hidup Helen Keller. Children Of Heaven menjadi titik awal sy mahu menjadi guru anak2 sekolah.

Sungguh. Sy mahu menjelajah dunia. Walau belum mampu fizikal; cukup dulu sekadar pengetahuan dan ilmu. Mungkin sy perlu berbuat seperti seorang teman; menampal peta dunia di dalam bilik tidur. Hari2 boleh mengingatkan diri yg di dunia sana juga banyak lagi kisah. Kisah2 togel; cerita hitam putih pergolakan dunia; jua jerih perih anak2 malang meneruskan saki baki mandala hidup.

Sy hampir menyudahkan cerita Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Cerpen2 terpilih garapan anak Malaysia yg berdagang di tanah Jepun.

Ada sakura. Ada mamoji. Ada daun ichou.

Ada cerita pahit-pahit. Tidak yang manis-manis semuanya. Ada percaturan emosi agama. Ada perihal Islam. Ada konflik anak Malaysia di universiti.

Di tangan sy juga ada novel Ketika Cinta Bertasbih. Cerita anak Indonesia di tanah Mesir. Cerita penulis terkenal; ustaz Habiburrahman El-Shirazy. Sy mahu menakluk semua. Sy mahu tahu segala di sana. Sepertimana sy tenggelam dalam dunia Turki tulisan2 Zaid Akhtar. Atau kata Dr. Seuss;

"The more that you read, the more you will know. The more that you learn, the more places you'll go."


Sy sepertinya tidak mahu ke sana. Tapi tanggungjawab. Ada hikmah di balik pengorbanan. 3 hari lagi sy bakal pergi lagi ke tanah Kenyalang. Sy mahu siap2 dengan persiapan. Persiapan mental.

Bersiap segala yg perlu. Ranjang ujian menuntut lebih upaya. Moga sukses. Moga yg hitam2 jadi lebih putih. Moga yg tidak berwarna jadi warna2 pelangi.

Sy mahu buang yg kelam kesat di hati.

No matter the storm, when u're with the Lord, there always a rainbow waiting.







Friday, December 21, 2007

eNd -Of- yEar


Awal tahun; saya resah gelisah menunggu keputusan posting. Ke mana hala tuju saya melangkah. Akhir tahun; saya resah gelisah menghambat masa pergi. Permulaan sekolah membuat saya perlu pergi lagi.

Akhir tahun; sempat sy berlibang-libur dengan keluarga. Perak-Kedah-Penang-Perlis. Happy trip with them. Family days. Those were the days where u could find hearts from each of the members. Hari-hari yang pancarona. Hari-hari yang ada semua.

Saya tiba2 jadi rindu pada semua. Bukan; keluarga sudah di depan mata saya. Saya jadi rindu pd kegemaran2 sy yang lalu.

Saya jadi rindu pada teman2 yg lalu. The friends that nowhere to be found. But; i realize that all these walks- life, work, n freedom!

Tidak semua dapat diraih dan dikumpul dalam satu masa. Ke kenduri Yen semalam; hanya dapat bertemu dengan beberapa org teman. How i wish that all memories would be called back!!


Hari ini, jalan2 menjelajah laman orang; maka sy jawab yg ini;


The last book I bought?
Membina Personaliti Terbilang (Dr Tuah)


The last book I read?
Teacher Man (Frank Mc Court)

Five books that mean a lot to me?

1. Totto Chan The Little Girl At The Window (Tetsuko)
2. Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani)
3. Ayat-ayat Cinta (Habiburrahman El-Shirazy)
4. PS, I Love U (Cecelia Ahern)
5. 1515 (Faisal Tehrani)



Saya jumpa buku baru dalam wishlists saya. Lagi tulisan Cecelia Ahern. There's No Place Like Here. Tulisan anak Irish ini harap akan menambahkan lagi koleksi novel2 Cecelia kesayangan sy (yg lain; When Rainbows End).

Hujan2 begini di Pantai Timur, kali ini sy mahu bermalas-malasan membaca buku di katil empuk. Sambil menguyah coklat dan tenggelam dalam dunia novel. Sebagaimana sy meneroka semacam kanak2 lain dalam dunia Raold Dahl, Enid Blyton dan Othman Puteh. Kalaulah sy boleh menjelajah dan mengembara kembali ke alam kanak2 dulu. Alangkah!




Thursday, December 6, 2007

...sEnYumLah DARi HaTi....

Start every day with a smile and get it over with..






++ mY YeaR 3 sTuDenT ++
...She gave me a smile I could feel in my hip pocket..








a smiLe can brighTen the DarkesT day!!! ..ehehh =)







Wear a smile n have fun!!!






sMiLe...sunshine is good 4 ur teeth..








the OLd buDdy oF miNe..a friendly look...a kindly smile

..onE good aCT!!







people seldom notice the old clothes if they wear a BIG big smiLe =)




Tuesday, December 4, 2007

Aduh...Propesor???


Malam itu saya mahu pulang ke Sarawak. Bersama beg galas di badan; kaki ligat mencari tempat strategik di balai berlepas. Di sisi, ada seorang teman; cikgu juga di Kapit. Mata saru saya meliar2 menjamu keseluruhan ruang sempit airport Kota Bharu.

Ada beberapa cikgu lelaki yg memang sudah biasa dilihat. Saya; sembang2 dengan teman di belah kiri. Bertukar cerita. Fikiran menerawang jauh membelah Laut China Selatan. Kemudian menyusur perlahan Sungai Batang Rajang. Masing2 membuka rasa hati berat untuk pulang ke dunia sana.

Di depan sy; ada anak Cina. Senyap dan seolah berfikir jauh. Hatinya mungkin sudah berlepas; tidak lagi menjejak tanah Cik Siti Wan Kembang. Sy mengiring. Berpaling ke kanan. Ada pakcik tua. Rambut beruban, berkumis tebal, serius,kasut kulit hitam berkilat dan berkira-kira mahu bercerita, tapi anak Cina di depannya menunjukkan riak tidak bersedia. Dia menyilang2kan kaki; berpaling ke arah saya. Senyumnya melebar. Mungkin sy mangsanya malam ini.

"Anak masih belajar?" Di sebelahnya seorang perempuan agak berumur. Mungkin isterinya.

"Tak. Kerja. Di Sarawak."

"Owh. Cikgu, betul? Ramai cikgu2 Semenanjung posting di sana. Pedalaman. Tapi di sana, orang2nya masih hormatkan cikgu,kan?"

Saya mengiyakan. Kemudian, saya sedikit berkisah latar hidup di sana. Orang2nya. Murid2nya. Cara hidupnya. Kemudian, dia mengorek latarbelakang hidup, famili dan taraf pendidikan saya.

"Saya professor. Di universiti swasta. Di Kl. "

Saya tergamam. Owh, lelaki tua di sebelahku ini propesor rupanya. Patutla dia tidak penat bercerita. Tidak penat berkata, bercerita itu ini.

"Saya mengajar subjek account. Kamu kata, kamu guru matematik. Degree Mikrobiologi. Saya mahu soal kamu. Patut kamu boleh jawab..." Dia mula berkerut2 dahi; memikirkan soalan2 yang patut ditanya pada saya.


"Si A nak beli baju raya berharga RM50, tp dia tak ada duit. Jadi, dia pun pinjam dr 2 org kawan baik nya si B RM25 dan si C RM25. Dah dpt RM50, dia pun pergi la kedai tu nak beli baju. Sampai di sana baju tu ada sale pulak 10% jadi tinggal RM45 saja..lepas bayar RM45 Si A pulang dengan baju rayenye bersama balance RM5. Dia pun pulangkan kpd si B RM1 dan si C RM1 dan kat tangan si A tinggallah RM3. Jadi dia kini berhutang ngan si B dan si C sorang RM24. betoi tak....

soalan dia....Hutang kat si B = rm24....Hutang kat si C = rm24....Baki di tangan = rm3


Jumlah = rm51. Kenapa ada rm51 sedangkan duit asal cume ada rm50...??"



Pakcik propesor sengih2.

Eh..eh. Soalan ni macam penah dapat kat internet dulu. Tapi saya tak layan. Masa tu sibuk taip soalan periksa. Sekarang,pakcik propesor ni pulak tanya. Memang kena jawab. Karang kata saya cikgu tak berilmiah pulak..

"Fikir. Cikgu mesti bijak berfikir." Pakcik propesor mencabar sy sambil menguis2 kumis tebalnya.

"Nak, amik kertas kira. Spontan macam tu susah nak dapat jawapan." Isteri si propesor memberi cadangan.

"Biarlah dia jawab secara spontan. Cikgu mesti pantas berfikir." Pakcik profesor memandang saya lama.

Menyesal pulak tak kira masa dapat soalan ni kat internet. Kang dah malu tak dapat jawab depan propesor.

Saya percaya korang mesti dapat jawapannya. Selepas dia bagi jawapan pada soalan tu, ada soalan kedua. Soalannya mudah; saya jawab spontan, tapi rupanya apa yg difikir mudah tak semestinya mudah.

"Jawapan awak ialah jawapan yg mewakili orang2 Melayu. Orang2 Melayu yang suka bertangguh."

Aduh. Terkedu. Pedas sungguh kata2 propesor ini. Soalan itu soalan tentang katak. Katak dengan perigi. Pernah dengar? Melibatkan Matematik, dicampur dengan logik akal dan cara2 untuk survive.

Masa penerbangan saya kemudiannya dilewatkan sejam. Seolah memberi peluang propesor itu mengasak saya lagi dengan soalan bertubi2. Isterinya di sebelah hanya mendengar dialog kami.

Dia kemudian bercerita tentang pelbagai hal. Dari cerita Matematik, masuk Sains, kemudian tentang mualamat dan perniagaan, masuk pula cerita Islam.

"Kenapa setiap tahun populasi manusia bertambah; tapi berat bumi tetap tidak berubah?"

Tidak sempat saya menjawab; pengumuman menyuruh kami beratur ke udara. Kawan saya bergegas mengajak saya beredar. Propesor itu kemudiannya saya tinggalkan bersama dengan cerita2nya.

Tapi; malam itu sy belajar sesuatu. Sebelum saya menaiki kapal terbang membelah awan untuk mengajar anak2 Sarawak; saya betul2 telah diajar di tanah kelahiran saya sendiri. Oleh seorang propesor. Yang juga anak Kelantan.







Wednesday, November 28, 2007

CuTi-cuTi MaLaYsia


Malam kelmarin dapat mesej.

"Akum, cikgu sedang buat apa?" No. tak dikenali naik. Mesej bersambung.

"Saya Azwa".

Owh. Anak murid. Orang Kapit. Sengaja saya balas; "Azwa mana ye?"

"Sik mungkin kitak sik kenal kamik. Azwa. Darjah 4."

"Owh. Sy sedang surf internet." Azwa senyap.

Malam tadi ada sambungan mesej Azwa.

"Cikgu, maaf saya tak dapat balas mesej cikgu semalam. Takut emak marah. Saya semalam dekat Terengganu, dalam perjalanan ke Kelantan."

"Oooo..jauh kamu berjalan. Cuti2 Malaysia?" Jarang sy dengar anak-anak kecil Kapit sampai menjelajah ke sini. Yang kecil2. Yang besar2 mungkin ada datang.

"Kamik sekeluarga ada pergi Rantau Panjang. Lepas raya kamik nak pergi Genting. Ok, selamat malam cikgu. Semoga cikgu mendapat mimpi yang indah."

Amboih. Datang Terengganu; terus ke Kelantan. Jelajah Genting pula. Jarang anak Kapit meneroka sejauh ini. Jarang benar. Tiap kali sebelum cuti; bila ditanya ke mana arah tuju semasa cuti; paling jauh sampai ke Kuching. Itu yg berada. Orang senang.

Atau..sy balik Sabah, cikgu.

"Saya pergi Sibu." Sibu bandar terdekat. Tidak ada jalan raya. Hanya bot jadi kenderaan.

Yg paling ramai; "kamik pulai rumah panjang".

"Cikgu, satu hari bila dah besar..saya nak pergi Kuala Lumpur." Itu cerita cuti anak-anak Kapit.

Cuti2 ni; rutin sy pagi2 mengajar tusyen (sbetulnya mengajar anak2 spupu yg dtinggalkan emak bapaknya ke Mekah). Tidak bercuti2 Malaysia ke mana2 lagi. Mungkin awal bulan 12 baru dpt ke Penang. Join rombongan meminang utk sepupu. Kemudian singgah meronda2 Langkawi dengan family. Tahun lepas Langkawi sy jejak kerana berkursus; tidak bersantai melepak di mana2.

Merancang dengan kawan untuk ke Pulau Redang cuti ni. Tapi cuaca tak berapa membenarkan. Nantilah; ada peluang akan sampai jugak.

Selamat bercuti2 Malaysia....!!!




Friday, November 23, 2007

Henpon Owh Henpon



Waa...lama benar dah teringin nak tukar henpon. Tambah henpon lama ni dah buat hal. Seminggu dah survey henpon mane yg sesuai. Ikutkan hati memang nak capai je henpon ala2 dlm citer Korea...slide, warna putih, pastuh tambah ngan accesories yg comel2...kalau dapat N95 lagi baguss...hhahha...tp mahal bangat..tunggu kaya dulu baru dapat. Nanti nak kena simpan duit beli kete lagi bile balik semenanjung. Beli dengan duit hasil titik peluh sendirik ni puasnye tak terucap ngan kata2.(",)


Nokia N95



Awal2 dulu memang nak amik N73.Simple, slide2 ni mudah rosak walau nampak stylo. Org kata gambar pun bagus. Kalau amik pun yg warna deep plum + silver. Tapi.. in the same time, minat gak 6500 slide...lama dok survey dlm internet, apa kata org2 yg penah pakai; mana lebih sesuai n worth to buy. Sampai skang tak leh buat keputusan.






or...yg ini????





Lama dah nak tukar henpon, tapi terpaksa mendahulukan digicam...so, hajat dah lama tertunggak...skang leh la rembat satu..hehhe

Dulu...nak beli digicam pun dok terkial2 pilih Nikon Coolpix S8 or Olympus??..Olympus gambar die terang2...Canon Powershot pun ok, tp dah ada kat umah. Yang dulu2; masa tu mp die still rendah.

So, setelah difikir2kan...akhirnye Nikon menjadi milikku...hehhe. Inilah harta yg menjadi kesayangan; menjadi milikku setelah makan gaji. :)





So...mana satu ok; N73 or 6500 slide? Mau guna bertahun2; biar berbaloi beli.....sekali beli biar dpt pakai lama...



Wednesday, November 21, 2007

Bile sekolah cuti



Akhirnye.....cuti sekolah!!!!Bestnye bila balik rumah; boleh makan apa saja, ke mana saje yg sememangnye tak ada dan tak dijumpai di Kapit.Hampir setahun sy menabur bakti utk anak2 Iban; baru rasanya memunggah mengangkut beg beroda besar dari Royal Adelphi Hotel, Seremban ke KLIA dengan niat yg hanya satu waktu itu; mendidik anak2 bangsa Sarawak.Chewahh!

Pun; banyak pengalaman dikutip di tanah hulu itu.Ragam kerenah mak bapak anak2 sekolah yg dtg berbahasa sepenuhnya Iban; memberitahu sesuatu yg sy sendiri tak mampu nak memahaminya. Kalau berbahasa Melayu Sarawak boleh tahan lg; ini datang berkomunikasi dgn sy dalam dialek yg hanya satu dua perkataan sy tahu.

Pemandangan biasa yg selalu sy lihat tika van melalui ceruk lorong rumah2 Iban; perempuan2 Iban hanya menutup badan dari paras lutut hingga pusat. Selebihnya; dibiarkan terdedah digigit nyamuk dan mungkin jadi satu tradisi nenek moyang dari dulu hingga kini.Juga banyak cerita isteri2 yg ditinggalkan suami utk bekerja di kem balak, atau ada yg berhijrah ke Indon dan Papua New Guinea; isteri di Kapit pula setia menjaga dan menyara anak.



Pun; sy tabik dan kagum masih ramai emak bapak di sana yg menghargai jasa dan bakti cikgu; jauh lebih hormat dan menghargai berbanding ibu ayah anak2 murid di tanah Semenanjung.Walau cikgu di sana tidak semeriah di sini mendapat hadiah mahal2; di sana hati sy terusik tika anak murid menghulurkan teddy bear kesayangannya yg sudah kusam kotor dengan niat mahu diberi pd sy. Tika Hari Guru; sy tidak mendapat hadiah mahal2; meja sy cuma dibanjiri pensel, pemadam, paling mahal mug dan frame gambar.

Apalah sangat yg mampu dibeli oleh anak2 pekerja kem balak;anak petani dan peniaga kuih. Setiap hari dtg ke sekolah dengan kasut koyak dan baju sekolah tidak berbasuh.Tika jamuan akhir tahun; ada anak murid yg meminta ihsan sy menderma RM5 untuk dikumpul membeli kek jamuan kelas.

Hati sy tambah terusik setiap pagi melihat ada ayah2 yg memegang erat tangan anak2; berjalan kaki menuruni bukit utk ke sekolah. Memimpin kejap jari jemari anak dengan niat dan harapan anak selamat sampai ke sekolah.

Ada anak kembar kelas sy yg kematian emak; ayah pula lari meninggalkan tanggungjawab, hilang hingga kini. Hidupnya atas ihsan emak sedara; yg terpaksa menanggung 10 org anak kandung sendiri yg lain. Cumanya; hidup dua beradik kembar itu lebih terarah apabila emak sedaranya memeluk Islam.


Sudah banyak pengislaman di tanah Kapit. Boleh dikata; org2 Iban di tanah sana sebenarnya mudah atau boleh didekati utk didakwah jika kena caranya.

Cuti sekolah; sy mahu berehat. Meninggalkan kisah2 Kapit di sana, melenyapkan dulu gambaran bukit-bukau hijau yg dipenuhi padi huma; sungai Rajang yg setiap kali utk ke sekolah sy tatapi arusnya. Sy mahu nikmati sepuas2nya cuti di rumah sendiri.








Thursday, September 13, 2007

Cerita Ramadhan di Tanah Kapit



Ramadhan menjengah lagi; sekaligus mengundang barakah. Barakah; mendarat ke hati2 yg dahaga dan kepingin nikmat Tuhan. Keampunan mendarat lembut; melayah pada insan2 yg taat dan ikhlas sujud padaNya.


Tahun ini; hari2 Ramadhan sy berlegar sekitar Kapit. Sebulan menahan segala; sy akan berkongsi barakah Ramadhan di ‘pulau’ Iban ini. Tahun lepas; cerita2 Ramadhan sy bersama teman2 maktab. Teman2 yg punya beribu kisah; sering nanar mencari erti hidup; sesekali lurus bergerak terus dengan panduan dan pedoman Tuhan. Teman2 yg sy sayang; mencoret hitam putih; malah warna2 pelangi tersebar terus dalam lipatan kisah hidup sy. Teman2 dulu yg sentiasa bergelak tawa; mengundang ceria di hati. Teman2 dulu yg punya ihsan; mendokong kuat tika kita jatuh dan perlu tempat berpaut. Teman2 dulu yg juga melukis luka dalam lembut. Mencoret hitam dalam kertas putih. Mendera; bukan kujur tubuh tapi hati dan perasaan. Mencakari ; kekadang menjepit ulu hati.

Pun; tahun ini perjalanan kisahnya tentunya berlainan. Kapit bukan Sungai Petani yg telah diteroka dan dijajah. Kapit punya cerita bersama org2 Iban, bersama anak2 Semenanjung yg memunggah cerita yg rencam lagi berliku. Kapit punya Kak Ika; teman yg setia mendasari makna persahabatan. Seorang kakak yg mendedah seribu haruman kebaikan; kekadang bertingkah berkongsi jatuh bangun menggalas beban menjadi seorang pendidik. Teman rapat yg ke hulu hilir meneroka makna hidup di pekan Kapit.


Teman guru; seorang kakak. Dan Kak Ika; kedua-duanya sekali.

Di daerah ini. Sy punya teman. Saliza; seusia sebaya menelusuri atma kehidupan. Geger. Sejeda. Ketawa. Sedih. Dia tempat sy berpaut rasa; sy tempat dia mengadu libang-libu payah senang di hati. Simbiosis.

Pun; sebetulnya pertalian antara dua insan bukan didasari simbiosis. Lebih kepada pengorbanan. Lebih kepada kesetiaan dan mengharap kemanisan. Sementelah; kami anak dagang. Dan dia sebenarnya lebih banyak berkorban berbanding sy sepanjang mandala hidup di tanah Sarawak.

Kapit diduduki ramai anak Semenanjung. Mereka punya sikap dan ragam yg bercabang. Bersimpang-siur. Kadang senang difahami; kadang melelahkan fikiran yg ‘memerhati’.

Ada yg punya jiwa dan lidah yg mengesan. Tampak bersetuju di depan; tp herang-herot di belakang. Memperendahkan org. Mungkin dia penuh ilmu agama, tahu hukum-hakam dan mendalami Islam; sekaligus mengajar anak2 terpencil ini segala kenikmatan Tuhan; tapi dia tercicir menjaga hati dan perasaan. Yg dihormati; dinaikkannya seboleh mungkin. Yg dirasa lemah; diperendahkannya sebawah mungkin.


Mungkin dia lupa; manusia punya istimewanya yg tersendiri. Mungkin dia keciciran rasa hambanya pada Tuhan. Manusia diberinya tingkat. Dia lupa; yg dia juga punya kelemahan walau arif hal2 agama. Dia lupa; yg Sang Darwin dulu mendiskriminasi manusia berdasarkan warna kulit dan taraf manusia. Yang hitam Negro dan orang asli warga2 Australia disepak dimusnah dek kerana perasaan memandang rendah sesama makhluk dan sekaligus menggelarkan mereka sang beruk!.

Dia lupa yg satu itu…yang manusia tidak sempurna.

Sebulan lagi sy akan terbang berkongsi nur adiwarna Syawal di tanah Kelantan. 5 bulan tidak menjengah keluarga di Kota Bharu; hati sy membilang hari. Moga Ramadhan di daerah Iban ini menjanjikan kelainan untuk diri. Moga pengalaman di tanah Kenyalang ini menjadi titik mula pengembaraan sy mendalami warga2 yg memberi kelainan di diari tulis.

Cita2 sy masih jauh. Belum sekali dicapai; tp perlu pengorbanan jerih perih yg bukan calang-calang.

Sy mahu mengembara. Jauh. Pelusuk. Menekuni hamba2 Tuhan; terpencil atau pedalaman.


Moga Tuhan memberi sy peluang menjejak tanah2 asing di usia yg belum menginjak. Moga kaki sy terus melangkah memijak bumi orang; dan hati sy terus bernyanyi menulis.






KapiT, Sarawak