2 minggu sudah sy berkursus. Kursus peningkatan matapelajaran Sains sekolah rendah. Di Kapit.
Sy berpeluang bertemu dengan cikgu2 yg keluar dari ceruk rantau hulu Kapit. Yg berperahu panjang menyusuri Sungai Sarawak yg sempit, yg turun dari bukit-bukau dan tanah2 hutan, juga yg selesa berada di tengah2 pekan. Yg nyata, kami sama2 berkongsi menabur budi kepada anak2 tanah Borneo. Anak-anak Malaysia Timur. Ada Cina, Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh. Mungkin juga ada Kenyah, atau Kayan.
Sy ketemu teman yg baik kacukan Cina-Bidayuh. Jauh dari hulu. Sy berteman dengan anak Melanau sepanjang kursus; bertemu atas urusan rasmi pendidik. Berjumpa dengan guru2 dari muara2 sungai. Dan jauh di benak sy mereka guru2 yg gigih.
Hampir 2 tahun gelaran cikgu terpundak di bahu. Maka, 2 kali sy menyambut Hari Guru. Hari yg meraikan kita. Hari yg mengingatkan yg kita punya banyak lagi tugas. Hari yg merayakan kita; warga guru yg mendidik sarat dengan tanggungjawab. 16 Mei. Mungkin agak terlewat, pun sy mahu mengucapkan "Selamat Hari Guru...Cikgu!".
Kebiasaan, murid2 meraikan dengan hadiah. Seperti guru2 serata ceruk Malaysia, tentunya hadiah yg lebih kurang sama. Seperti juga tahun sudah. Seperti juga cikgu2 lain. Pun; di keriuhan anak2 memberi hadiah, sy tercuit dengan perilaku anak seawal darjah 1. Melihatkan teman2 lain mencium tangan sy sambil menghulur hadiah dan bunga2 tanda terima kasih, dia menggenggam sekeping duit RM1. Dihulurnya ke tangan sy.
Tersembur tawa sy. Pun, anak senaif ini mungkin akalnya perlu kita abaikan seketika. Hatinya lebih perlu kita baca. Kudus. Bersih. Suci. Mahu menggembirakan cikgu.
Sy kembalikan pada dia. Dia lebih lebih memerlukan.
Kadang menjadi cikgu ini meletihkan. Berat bebanan. Kadang mahu saja sy menginjak berpaling ke belakang, hati mengerekot melayan anak2 murid yg tidak cukup ajar. Tugas2 lain yg digalas perlukan kesabaran juga, bukan hanya mengajar dan mendidik anak2 di kelas. Menjadi cikgu menuntut kecekalan. Tugas yg bukan calang2. Memberi sinar cahaya. Cahaya itu mungkin menyilaukan, atau makin lama jadi samar berbalam2. Melayan kerenah manusia tidak seperti menyelenggara benda; setiap hari ada ceritanya. Jalan yg luar biasa onaknya. Boleh jadi lama ia kusam. Jadi rawan.
Dan sebetulnya...di hari 16 Mei, sy belajar erti menjadi guru lagi.


























