Monday, December 1, 2008

Kembara: Manis Pengalaman


Saya tertarik dengan novel Laskar Pelangi. Filem yg diadaptasi kutipannya melebihi fenomena Ayat-ayat Cinta. Cerita anak-anak Melayu Belitong yang hidup terpinggir di pedalaman Indonesia. Kisah masyarakat yg menjadi habuan menginsafkan malah menjadi sanjungan. Anak2 kecil yg terpaksa berdepan dengan buaya ganas utk ke sekolah.

Cerita titik awal novel ini yg asalnya bukan penulisnya sendiri yg menghantarnya untuk diterbit, tapi sahabatnya yg telah penat memaksa; diam2 mengisi borang dan meniru tandatangan Andrea; sungguh2 mahu tulisan anak-anak Belitong ini diketengahkan. (Lihat: Bedah Novel Laskar Pelangi )

Juga sy mengusul anda baca yg ini. Biarkan Aku Jadi Orang Palestin. Tulisan anak-anak muda yang sedang harum enak melonjak naik. Berbagai latar dan kerjaya. Bersatu dalam dunia karya yg mahu berkongsi jiwa. Rasa. Penulis-penulis yang karya2 sebelum ini penuh kembara. Kali ini mendukung perjuangan anak-anak tanah Palestin. Saya mahu cari!


p/s: Lepas raya haji mungkin akan kembara ke Jakarta dan Bandung. Moga banyak harum-harum cerita dikutip. Tunggu ya!



Friday, November 21, 2008

Yang Lama Tetap Tumbuh


Hari-hari yang sejuk. Hujan yang tidak berhenti mencurah. Dingin. Musim tengkujuh di hujung tahun, menyesak hingga ke tulang. Sy kini di kampung. Kota Bharu di lewat November sentiasa awannya gelap.

Dalam kedinginan menghirup udara gerimis di pagi hari, sy mendapat panggilan daripada seorang teman baik di Kapit. Katanya beberapa jam lagi dia bakal berangkat ke Bangladesh. Owh, sy ingat dia ke India. Visa ke India sukar diperoleh, maka mereka menukar rancangan ke tanah sana. Berdakwah. Bersama suami dan beberapa yg lain. Sebulan di sana.

Dia anak Melanau dari Mukah yang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang taat Kristian. Emak dan bapak yang setia pada agama yg dianut dari nenek moyang, latar hidup sedari kecil yang diajar menjadi anak yg patuh dan rajin ke gereja, dan hidayah Tuhan datang di saat dia di penghujung remaja. Kisahnya yang berliku, panjang dan beronak menjarah hati sy. Betapa tabahnya dia!

Di saat kami punya ruang bersantai; dia bercerita perihal dia menganut Islam. Dari awal hingga dia bertemu jodoh dengan lelaki Muslim Sarawak yg alim dan bertanggungjawab. Juga pendidik dan pendakwah di Kapit. Sungguh, sy mungkin tidak sekuat dan setabah dia berkeras mahu menjadi umat Muhammad; jika ditakdirkan sy di tempatnya. Saya jadi kagum! Mungkin usia kami yg sebaya, maka banyak kami berkongsi. Dari cerita sukar dan perit dia sebelum dan sesudah memeluk Islam, hingga cerita pahit manis menjadi guru di Kampong Baru. Dia teman yg banyak berkongsi gundah di hati. Terbuka dan sangat komited pada kerja. Bersungguh- dalam menjadi Islam yg sejati. Kadang, sy jadi malu. Kesungguhannya lebih drpd kita yang asal keturunannya, yang dari akar umbinya Islam.

Kepahitannya dalam mahu menukar agama menyentak hati sy. Walau diberi amaran keras, walau bertubi-tubi dugaannya sehingga sesudah menjadi milik orang; dia layak diberi penghormatan. Hampir dua tahun mengenalinya; dia perempuan yang penuh toleransi dan menceriakan. Di sebalik ketenangan, terselit cerita duka dan payah hidup mahu menjadi hamba Allah yang patuh. Betapa, sebelum ini sy hanya mendengar kisah di balik tv, atau mendengar cerita orang; tapi di sana sy berdepan dengan teman sendiri yg bergolak dengan dugaan hidup. Tersepit dalam konflik pertikaian agama. Begitu pun; dia bertuah dikurnia teman hidup yg memahami, penyayang dan matang dalam membimbing. Moga hingga ke akhir.

Dia yg membawa sy ke rumah panjang. Menyusuri jalan hidup anak-anak Iban, bercerita tentang perihal adat-adat tanah Kenyalang; dia berkongsi tawa dan cerita-cerita manis bersama teman-teman guru; dia tempat sy meluah rasa selain teman serumah dan rakan-rakan Semenanjung. Sempat beberapa kali sy menemaninya di rumah, saat suaminya ke luar Kapit.


Tahun depan; sy tidak akan ada ruang bersembang ketawa ria bersama dia lagi. Teman-teman guru yang agak rapat; ramai berpindah balik ke tempat asal. Dia yg juga bakal pergi; menitip pesan yg mengharukan sy. Di hari terakhir sekolah; saat teman-teman lain bergenang air matanya mengenang perpisahan, sy mampu bertahan. Sehinggalah dalam perjalanan ke rumah, di dalam van; air mata sy berlinang juga.

Sy akan kehilangan. Bukan saja dia, juga teman-teman lain yg banyak berkongsi rasa di daerah terpencil Kapit. Tentunya tahun depan teman akan berganti; pun, yg lama tetap tumbuh dan di hati.



Friday, November 7, 2008

Bila Kita Hidup


Bila ditanya waktu apa yg paling sy suka; tentunya menyedut udara segar sali selepas hujan. Duduk di bangku anjung rumah; memandang hijau pohon sekitar selepas hujan- satu nikmat tak terucapkan. Betapa, ia rahmat yg sedetik cuma. Terkejap di hati, mahu rasanya menikmati indahnya melihat matahari terbit dr puncak Gunung Fuji; atau menggapai awan di puncak Kala Pattar, Himalaya. Impian yg terlalu jauh. Sangat jauh. Tapi tak salah,kan?

Bila ditanya buku apa yg paling sy suka; boleh dikata terlalu banyak yg mencuri tumpuan sy.

Kombat 1511H antara satu novel Faisal Tehrani yg menjentik sukma rasa. Watak utama Zinnira; ikon wanita Islam yg ideal. Strategis, teguh prinsip, cekal, menguasai ilmu2 Sains, agresif memperjuangkan yg hak dan tinggi ilmu agama. Karya yg penuh cerita perang, cerita yg memperjuangkan kebenaran dari tipu daya kebatilan. Islamik. Penuh fakta sejarah Islam.

P,S I Love U. Karya wanita Irish yg memaparkan latar hidup Holly yg kematian suami. Dia ditinggalkan suami dengan 10 pucuk surat untuk dibuka setiap bulan. Wanita malang yg ditinggalkan tanpa anak, tanpa kerja. Dan yg paling malang, dia ditinggalkan tanpa kekuatan. Holly meneruskan liku hayatnya dengan bantuan tulisan2 ringkas suaminya. Tulisan2 yg menjadi keperluan- sebahagian daripada hidupnya.

Juga; sy pernah tenggelam dalam kisah anak kecil Jepun, Totto Chan. Gadis cilik yg hidup di zaman Perang Dunia ke 2. Kelas tempatnya belajar adalah gerabak kereta api lama yg ditinggalkan dan ceritanya sangat manis. Sy belajar meneroka keinginan dan kemahuan anak kecil yg suka bereksperimen dan berimplementasi dengan benda sekitarnya. Kisah anak2 sekolah di tanah sakura yg penuh warna dalam cerita. Kisah2 yg menyegarkan. Ringkas, pun memberi tanda kehidupan.

The Curious Incident Of The Dog In The Night Time. Ada kisah Christopher. Kanak2 authistic yg hafal semua negara dan ibu negara, hafal nombor2 perdana dan nombor2 kuasa dua. Dia cuba menyelesaikan misteri kematian anjing jirannya dengan keupayaan yg dia ada. Keupayaan seorang kanak2 authistic. Cerita yg menarik juga bg sy.

Bila ditanya warna apa yg paling sy suka; tentunya ungu, pink dan putih. Warna2 lembut yg menenangkan hati. Kala dada penuh amarah, gundah; hati akan layu lunak dijernihi warna2 lembut yg menceriakan. Sungguh. Warna menakluk emosi.

Bila ditanya pengalaman apa yg menyebakkan dada dan sukar dilupa; saat bila anak2 orang asli Perak merapati dan mengatakan "Cikgu, boleh sy peluk cikgu?". Terasa sayu, betapa anak2 ini mesra dengan kasih sayang walau tidak sampai sehari bertemu. Juga. Bila anak2 Iban menyuarakan rasa " Cikgu, sy sayang cikgu." Alahai. Anak2 yg masih kain putih, jiwa yg masih suci dan menyenangkan. Hati yg masih belum berteduh awan hitam. Cerah. Jernih.

Bila ditanya apa yg paling sy mahu buat; banyak yg menjadi pilihan sy. Bila cuti sy mahu bersantai2 berjalan meneroka bersama teman, atau berlibur berhibur bergelak tawa bersama keluarga mengerat lagi ikatan. Mahu melancong meluaskan pemandangan. Menghayati hidup manusia berlainan budaya.

Cuti ini sy mahu mencari kemahiran yg sudah lama sy kecicir. Diperdiar dan makin lama menjadi manusia lemah kemahiran. Sy mahu perbaiki itu. Tak sabarnya mahu cuti!


p/s: cik cahayamata, tag kamu itu nanti saja sy jawab yer...baru habis berkursus...minggu2 terakhir ini kerja jadi lebih sibuk. Perlu diselesaikan sebelum tutup sekolah.


Saturday, October 25, 2008

Takdir itu ghaib


Berwarna putih. Putih semata-mata. Bukan merah seperti yang terdapat di tempat lain. Di Palestin, di Iraq, di Afghanistan atau di Tak Bai, Narathiwat, bukan juga merah.... -Hujan Putih.

Penat menyelaras Minggu Panitia Sains & Matematik, sy ke Sibu. Berjalan di hujung minggu menukar angin. Mencari kepuasan; sy mencapai dua buah novel. Baromkeh: matamu di mataku. Dapat hadiah Sastera. Juga ada cerita Hujan Putih. Mata meliar menawarang melihat novel2 cinta anak muda yang semakin membusung di segenap kedai buku. Cerita yg sudah sy tinggalkan lama dulu. Cerita yg sy juga turut hanyut di usia belasan tahun. Menginjak awal 20an, kita mencari kepuasan lain; merantau ilmu yg meluaskan hati dan pandangan. Kisah dan cerita yg mengajar menyelami rentak hidup jauh di pelusuk. Yang tersorok di ceruk dan di kaki-kaki gunung, cerita keserakahan Barat meratah dan menarah tanah suci, cerita2 perit anak di luar daerah, cerita yg tak terjangkau dek hati; terpisah jauh sempadan lautan dan benua. Tiada lagi kisah2 cinta membuai-buai; hanyut mengalun rasa. Cerita yg angannya tak sudah.

Baromkeh: matamu di mataku menghanyutkan sy ke bumi Damsyik. Lantas; tertarik sy pada kata2 Ali bin Abi Talib;

Manusia dipandang sama pada fizikalnya. Bapanya Adam. Ibunya Hawa. Jika mereka membanggakan keturunan, keturunannya juga sama. Tanah dan air.

Belum sy habiskan lagi kedua-duanya. Mencari masa; mungkin di waktu2 kantuk sebelum tidur. Atau di hujung minggu ada kelapangan waktu. Lama tidak ke blog teman2 blogger. Singgah sy di blog seorang teman. Maaf kalau di sini sy zahirkan pendapat. Hanya pendapat; ada benarnya, mungkin harus salah.

Masalahnya berkisar hati. Soal perasaan dan soal penyatuan dua jiwa; Adam dan Hawa. Sungguh, sy bukan orang yg suka mewar-war soal hati di blog untuk tatapan umum. Cerita peribadi biar saja jadi jihad dalam hati, atau diluah pada orang boleh dipercaya. Mungkin bagi sy jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu ghaib, sukar dijangka dan ada sebabnya yang di luar kuasa kita.

Seorang teman ini terlalu sayang pada bekas kekasih yg sudah jadi teman hidup orang lain. Suami orang; jujurnya. Faham sy perasaannya; tapi merintih melayan hawa rasa yg makin hari makin perit hanya menyeksa jiwa. Hati yg parah dielus-elus melayan cerita lama.

Cerita yg berdarah, bernanah dan makin lama jadi hitam. Busuk dan hanyir.

If u read this, please take a minute..ada cerita untukmu. Kisah yg sy rasa boleh menyabarkan hati. Atau paling kurang menyejukkan hati yg membengkak.

Satu. Pesan sy, setiap org punya duga hidup sendiri. Takdir yg tak sama. Nasib yg berliku panjang; onak ditempuh dengan upaya yg dizahirkan Tuhan. Sy juga punya jln hidup rencam; berduri dan banyak kisah di sepanjang jalan; pun hanya orang2 terdekat sj yg tahu. Sehingga saat2 sy bakal bertolak ke Sarawak untuk posting kali pertama, sy diduga juga. Pahit, pedih dan hampir berbaur semua rasa. Tapi, suratan itu ditulis Tuhan, apa daya saya.

Soal perasaan, soal hati semua jadi fitrah hidup. Tak ada yg dapat mengelak. Perlu diredah walau pahit hasilnya.

Pernah sy terbaca kisah hidup seorang lelaki. Bertunang dengan seorang perempuan berkulit cerah dan ada pendidikan. Berbanding dirinya yg katanya kurang segala. Dan di saat2 hamipr melangsungkan pernikahan, pertunangan diputuskan oleh keluarga perempuan. Dengan alasan lelaki itu tidak layak utk anak perempuannya. Berbeza daripada banyak segi. Bayangkan, apa rasa lelaki itu, maruah dipijak-pijak oleh bakal mertua.

Pun; dia redha. Dia tidak meraung, menangisi cerita pahit hidupnya. Setiap hari dia memohon doa. Bersujud meminta Allah agar dikurniakan jodoh yg baik. Mengamalkan bacaan ayat seribu dinar, tiga kali usai sembahyang. Berterusan, memohon dan memohon. Sungguh-sungguh.

Allah itu Maha Adil. Akhirnya dia dikurnia isteri yg jauh lebih baik daripada tunang pertama. Katanya jauh lebih solehah, lebih cantik, lebih kaya dan berharta daripada kekasih awalnya. Juga berpendidikan tinggi berbanding yg lama. Mendapat anak2 yg comel dan mendengar kata.

Berbeza dengan dirinya yg rupa biasa-biasa, kurang berharta dan taraf pendidikan agak sederhana. Cuma, dia ada akhlak yg tinggi dan ilmu agama.

Itu kuasa Tuhan. Dia mendapat apa yg berhak dia dapat. Dia terpaksa melepaskan yg pertama dengan menanggung malu dan sedih untuk mendapat yg kedua. Yang jauh lebih sesuai untuknya.

Soal jodoh...soal rezeki...Tuhan berkuasa.

Friday, October 17, 2008

LAILATULQADAR



PERINGATAN: kisah ini mungkin benar; atau mungkin boleh jadi tak benar...


Ramai yg mengatakan malam Lailatulqadar telah berlalu pada malam 21 Ramadan (hari Sabtu malam Ahad yang lalu).

Kalau mengikut kiraan para ulamak, memang ada kebenarannya iaitu kalau berpuasa bermula pada hari Isnin, Lailatulqadar akan berlaku pada malam 21 Ramadan.

Selain daripada itu, ianya juga boleh berlaku pada lain2 malam ganjil seperti malam 23, 25 27 dan 29.


Namun begitu ketepatannya tidak dapat dinyatakan dengan tepat dan kita digalakan melipatgandakan amalan di malam sepuluh terakhir pada bulan ramadan.

Namun suatu peristiwa aneh berlaku pada malam 23 Ramadan malam tadi apabila adik aku yg baru balik bercuti dari Sarawak mengalami peristiwa yg tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Peristiwa berlaku malam 23 Ramadan malam tadi (malam Selasa);

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Baru malam tadi sampai dari Sarawak, penat pun tak hilang lagi.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.
Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya.



Ha-ha-ha...



amik dari blog Amin....www.amin-alhafeez.blogspot.com


Monday, September 15, 2008

Bila Ramadhan Datang Lagi


"Soul-mates are people who bring out the best in you. They are not perfect but are always perfect for you."



"The best thing to hold on to in this world is each other."



Di Ramadhan ini. Sy terusik mendengar lagu raya yang diperdengar lembut menyentuh perasaan. Sy terusik melihat juadah berbuka yg bermacam menusuk deria. Terasa sebak menghayati Quran di malam pekat. Terasa mahu pulang bersama ibu ayah menikmati kurma semasa berbuka.

Waktu dibilang, hati sendat dengan rindu. Pun...takdir Tuhan, kita pasrah tanpa dalih..


... A little girl is sugar and spice and everything nice...


Children make you want to start life over. ~Muhammad Ali


Sy rindukan anak-anak sanak saudara. Rindu mahu mendengar gelak ketawa. Rindu mahu melayan rengekan manja minta itu ini. Rindu mahu melayan kerenah yg macam2. Di Hari Raya.

Saya rindu mahu pulang ke kampung. Sy rindu mahu menjamu mata dan nafsu menjamah hidangan lauk pauk dan kuih muih Kelate. Sy rindu suasana Ramadhan dan Syawal di tanah Semenanjung.

Sy rindu mahu berbuka menghadap hidangan dengan keluarga. Sy rindu mahu melihat pelita dan cahaya bersemarak bila anak-anak sepupu tidak letah metah bermain bunga api.

Dan sy tidak sabar mendengar takbir menggegar landahur rasa. Moga Tuhan membuka hijab.

Moga Tuhan memberi sy peluang....mengabulkan doa lewat sembahyang hajat.

Saturday, September 6, 2008

Cinta Hatiku


Langit syahdu. Awan bertompok-tompok. Kelabu. Hujan gerimis lama menarah tanah Kapit. Sinar Ramadhan pagi bertukar kelam. Hujan. Hujan. Alangkah. Kejadian Tuhan tidak sesekali terfikirkan.

Siapa tidak sukakan alam? Laut lepas bebas. Hutan; melayut-layut terisi rengekan unggas. Senyum jernih mendatari; wajah persis teman meraih-raih berkongsi cantiknya rekaan. Saujana. Dan kita mencari. Rimah-rimah rezeki Tuhan. Jauh; melayah laut sama-sama mengaut anugerah alam.





We might not wear the same shoe size...
but we can share the same burden together!!


Puasa menjernihkan lagi. Putih. Bersih. Suara alam mengasak-ngasak menggamit menghayati kurniaan Tuhan. Pun; kadang-kadang kita masih mencongak takdir yang tertulis. Mengapa hati masih kelam menerima corak hidup yang perlu disyukur? Kami manusia penuh kelemahan. Perjalanan masih lagi jadi pertempuran yg panjang.



Cantiknya alam. Pagi yang menawan. Embun yang lembut longlai membasah bumi. Senja-musim yang romantik. Malam indah kala bulan mengambang.

Dengan hati yang segar menguntum. Dengan bulan yang lebih indah dari bulan-bulan yang lain. Ramadhan.

Kami mencari iman dari dadamu tanah. Mencari ihsan di segenap pelusuk manusia.

Mencari Islam di ambang kerosakan. Kami mencari nurMu Ya Tuhan....

Kami masih menyala hidup dengan angkuh. Menjarah dosa. Esok, mentari akan terbit lagi. Dosa makin menggunung. Esok, mentari akan pergi lagi. Dosa makin menggunung.

Moga Ramadhan kali ini lebih makna. Sebelum takbir bergema, temukan kami dengan LailatulqadarMu ya Tuhan....




Sunday, August 24, 2008

JaLan~JaLan TerOKa BorNeO


Cuti sekolah ini sy tak pulang. Cuti bulan 8; seperti tahun lepas sy meneroka tanah Borneo. Tahun lepas sempat berlibur di Kota Kinabalu dan menjejak Pulau Labuan. Tahun ini menjelajah Miri di cuti sekolah. Niat makin melonjak bila teman seperjalanan mengajak ke Brunei. Miri sempadan Brunei. Saudara teman boleh ambil kami di sempadan dan bawa kami ke Begawan. Wah! Hati teruja mahu mengikut dan kami berkira mahu cepat2 membuat passport. Hahhaha, excited sungguh!

Dari tanah Kapit ke Miri; 10 jam perjalanan. 3 jam dari Kapit ke Sibu; 7 jam dr Sibu ke Miri. Sengaja memilih bas; boleh lihat2 pemandangan. Berhenti juga di Bintulu.

Di tengah2 Bintulu, bas kami tiba2 berasap. Hati sudah mula gusar; tambah ini pertama kali naik bas di Sarawak. Mendung gelap; maghrib hampir tiba. Semua orang turun bawa beg besar masing2. Juga ada beg bahai di kiri kanan penumpang. Sarat. Macam2 bau. Macam2 rasa dan aroma. Dengan isi yg berbagai.

Kami akhirnya tercangak di tepi jalan. Di tengah-tengah penghujung petang. Dengan beg2 pakaian; menunggu bas lain datang menjemput ke Miri. Ada separuh perjalanan lagi. Sungguh; jelajah Sarawak ini macam2 pengalaman. Teringat cerita teman di Kapit tahun lepas. Bot ekspress rosak berasap di tengah2 sungai. Dia terpaksa menukar bot di pertengahan sungai dan duduk di atas bumbung bot lain, sementelah bot yg baru dinaiki sarat muatan. Hujan pula turun menambah lagi rencam rasa. Sayu pun ada.

Kami sampai di tanah Miri di tengah malam yg kian larut. Merancang mahu ke pejabat Imigresen membuat passport esoknya dan lusanya meneroka Gua Niah.

Tapi; Tuhan tentunya punya rancangan sendiri. Dokumen Perjalanan Terhad sy tertinggal di Kapit. Tanpa bukti sy masuk ke Sarawak; passport tak boleh dibuat. ARGGGhhh...makanya jelajah kami hanya di Miri saja cuti sekolah ini. Dan dengan rasa yg sedikit sebal; kami merancang mahu menjelajah sungguh2. Biar berbaloi datang dari hulu Kapit sampai ke bandar minyak Miri. Sementelah, teman sy ini jalannya lagi panjang. Dari kawasan sekolah dia berperahu panjang 3-4 jam untuk ke pekan Song. Kemudian menaiki bot 2 jam ke Sibu. 7 jam bersama2 sy meneroka tanah2 hutan dan kampung ke Miri pula.

Tentunya jelajah kali ini bermakna dengan meneroka dan menjarah Gua Niah. Untuk ke gua, kami menaiki perahu kemudian berjalan kaki di tengah2 hutan lebih kurang 3.1 km....kemudian patah blk dengan jln yg sama. Sejalan dengan warga-warga asing. Indon, Taiwan, Brunei, mat2 salleh dan beberapa anak tempatan. Satu pengalaman yg sukar diluput. Terkejap di hati.


my fren...K.Yana


On my way 2 the dark cave...
hhaha..muka sudah rentung!


Yeahh!That's it!! Gua Niah!!


We @ Niah Cave, MIRI...August 2008


explore n explore more.....


Kami ke Brighton Beach; menjamu seafood di remang senja, melawat Canada Hill; berziarah muzium Petroleum, bersantai mencari cenderahati di Miri Handicraft. Juga sempat membeli-belah di Imperial Mall dan Boulevard. Berlegar sekitar bandar Miri. Bersiar-siar di Lambir Hills National Park.

Me @ Canada Hill....Oil Well No.1

PetroLeum Museum..MIRI



** MIRI Handicraft **


Mencari senja di Brighton Beach


jom...jom....beshnye main air!!


@ Lambir Hills National Park




Masa yg diisi dengan aktiviti yg cukup padat. Tapi puas. Penat; tapi gelak tawa menghilang segala rasa lelah letih. Sy mahu simpan kenangan ini di hati. Dan saya mahu cepat2 pulang ke Semenanjung. Tidak sabar menunggu Syawal datang..dan Ramadhan kali ini di tanah Kapit lagi. Hati sy bersemarak rindukan kampung halaman. Ramadhan tahun depan di tanah pulau ini lagikah?

Pun..takdir Allah, hukum alam yang tak terhalang oleh setiap manusia..setiap kejadian, sejajar dengan keadaan.

Saturday, July 12, 2008

Masuk Hulu


Petang itu lewat kami menjelajah masuk ke hulu. Jalan berbatu-batu, lubang kiri kanan; jalan penuh lopak-lopak air. Di tepi-tepi hutan, hati menujah mahu meneroka hidup Iban di rumah panjang. Mahalnya pengalaman tersimpan di hati. Seperti mahalnya membina istana, mahal lagi. Sungguh, dari dulu saya mahu masuk rumah panjang. Petang hening semalam, gelodak gembira tinggi menggunung. Petang makin berengsot pergi. Kami makin dekat. Rumah Panjang Jandok makin menggamit di depan mata.


Ada sungai sempit di depan rumah panjang. Jauh menyusup, melihat warga Iban berkemban dan berseluar pendek bermain di gigi air. Perahu lama tersadai di tebing sungai di depan rumah. Bunyi kocak air, anjing ke sana ke mari, sekali sekala berlari pula anak kecil di depan anjung rumah. Suasana penuh tradisi, deru angin gemalai membelai kedatangan kami.

Ada anak kecil; bagai merpati jinak. Bila digamit, lari-lari pula. Malunya melihat orang asing bertandang di rumah. Teman bermanis laku, meminta izin berjumpa tuai rumah sebelum membawa kami berziarah. Tuai rumah ramah tamah, bersama keluarganya melayan kami penuh hormat; menghormati tetamu. Sy sempat melintas beberapa keluarga, rancak berborak sesama sendiri di anjung rumah. Setiap bilik, ditampal nombor. Ada lapan belas bilik semuanya. Ada dapur. Saya pandang atas. Riak ingin tahu tercunggit di hati. Tengkorakkah? Bergantungan di tiang dalam rumah.


“Pergilah ambil gambar. Tengorak-tengkorak tu umurnya hampir 200 tahun. Nenek moyang mereka, pahlawan Iban. Kalau mat salleh datang, dia caj RM15 untuk ambil gambar.”




Suami teman sy dulunya mengajar di kampung itu. Sementelah, dia dikenali orang-orang rumah panjang. Senang untuk kami berinteraksi dan dibenarkan masuk ke rumah. Senang juga mereka memahami yg kami Islam tidak minum ‘itu’ dan makan ‘itu’. Yang penting; jangan sombong, terlepas cakap atau perlu lebih ingat, kita berada di tempat orang. Mereka berbual berdialek Iban; berkitar cerita pembunuhan 2,3 hari lepas di pekan Kapit. Warga Iban mati dibunuh. Dipotong leher. Daerah kecil; berita cepat tersebar. Pun; kita hormat mereka, mereka tidak susahkan kita. Cerita bunuh-membunuh di mana-mana ada. Di Kuala Lumpur, banyak lagi tentunya. Cuma, kita perlu waspada. Jaga maruah, jaga diri menumpang di tempat orang.

Sebelum datang ke Sarawak; teman sama-sama yg akan berbudi di Sarawak pernah mengingatkan; “Kita jangan sesuka hati marah murid. Nanti disumpitnya kita.”

Itu cerita sebelum kami datang ke Sarawak. Bersaru minda memikirkan hidup yang bakal dilalui. Macam-macam cerita prejudis bersaring. Nanti akan jadi macam itu. Kalau buat ini, buruk padahnya. Bomoh-membomoh. Mereka juga sebenarnya seperti kita. Ada Islam. Ada Iban yang menghormati orang lain.

Pun; cerita disumpit mungkin masih ada. Tapi tidak banyak. Pernah seorang teman berkhidmat di hulu, tengah hutan bersama anak-anak Penan. Guru-guru perlu waspada; tingkah perlu jaga. Tidak boleh marah sesuka hati.Takut nanti ada atap-atap rumah berkeriut disumpit mereka. Racunnya berbisa. Penawarnya hanya ada pada mereka. Maka, kita jaga tingkah laku, InsyaAllah tidak akan ada apa-apa.

Guru-guru sekolah menengah bila dihantar ke Sarawak atau Sabah, tidak perlu bimbang banyak; kerana sekolah di bandar atau paling kurang luar bandar. Cikgu-cikgu sekolah rendah perlu lebih beringat; persiapkan mental, atau sediakan fizikal kerana sekolah kebanyakan besarnya di muara-muara sungai atau jauh masuk ke hutan. Ada yg perlu mengangkut tilam, tong gas naik perahu sebelum sampai ke kawasan pedalaman. Tidak kira lelaki perempuan.

Langit hitam mengiringi kepulangan kami dari rumah panjang. Menyinggah sebentar di SK Ulu Yong, bergema lagu Ibu Pertiwiku di ruang gelanggang sekolah. Perhimpunan murid-murid setiap petang sebelum masuk ke asrama. Awan membedung pejal menggawangi pengakhiran jelajah kami. Mungkin saya tidak akan datang lagi. Ada rasa puas, kerana tinggal di Sarawak tidak akan ada maknanya kalau tidak masuk ke hulu.

Metil jingga kami redahi dengan melintasi anak-anak dara di tepi-tepi bukit mencari line telefon. Alahai, teknologi makin mempengaruhi hingga anak-anak muda tidak mengira malam kian pekat.


p/s: Cuti bulan 8 ini mahu ke Miri pula. Jelajah Borneo selagi ada nafas...(*_*)


Monday, June 30, 2008

cRy mE a riVer (*~*)


It’s okay to feel
sad
When this happens to you.
It’s okay to cry.
And to feel blue.
It’s okay to need hugs.
And to talk to a friend.
Then you will feel better,
And the hurting will end.

~Anonymous~


p/s..will soon feel okay......hope so!!

Saturday, June 21, 2008

Jadi Cikgu Skolah


Saya demam. Dua hari panas-panas seram sejuk. Kelmarin emak telefon. Mungkin tidak sihat sy dirasanya dari Semenanjung. Walau dikhabarkan padanya pun tidak. Dingin mencurah-curah. Garisah rasa berkesiuran. Sekejap panas. Sekejap kaku menyeksa tubuh badan. Menggigil-gigil.

Pun, pagi tadi demamnya kebah. Awal-awal pagi ke pasar merempit bersama teman. Rengek badan minta berehat- sy memperdiar. Kerja banyak lagi menanti. Dua hari berehat sudah cukup memanjakan diri. Selsema dan demam; ditambah sakit perut yang berbisa. Sy terbungkam atas katil sehari setengah.


Hari ini besday ayah. Belum telefon ke rumah. Tunggu malam nanti mahu bercakap dengan ayah. Esok sudah mula kerja. Esok mula melayan kerenah anak2 yg macam-macam. Lagak yg mahu diberi perhatian; manja dan keletah. Nakal dan hijau metah. Kadang sukar dikawal; perangai yang membangkit rasa kurang sabar. Mencabar hati tetapi itu lumrah menjadi guru.

Tahun lepas anak2 kelas menduga sy dengan macam-macam rasa. Tahun pertama dihantar mengajar sy medapat kelas darjah dua; 35 orang. Hero-heronya ligat sukar dikawal. Ada cerita yg saya tak terlupakan. Cerita anak2 kelas bergaduh mencucuk belakang kawan dengan pensel. Berdarah-merah di belakang badan. Masa ketiadaan cikgu. Waktu senggang untuk pertukaran guru. Sy mengucap panjang.

Ada juga cerita hero kelas sy main baling-baling batu. Hampir mengena mata kawan. Kening kawannya berdarah. Tika itu sy baru saja keluar kelas untuk bermesyuarat. Sementara menunggu pengawas datang, anak2 ini tidak reti duduk mendengar kata. Baru saja 5 minit sy keluar; datang anak murid yg darah meleleh-leleh di kening. Menangis-nangis. Sy getap bibir.

Ada cerita waktu rehat, kami cikgu2 ada jamuan di dewan. Datang ketua kelas sy memberitahu kawannya jatuh, luka di lengan. Bila ditengok, tangannya berdarah-darah patah riuk ditimpa kawan kerana jatuh ketika berlari semasa rehat. Akhirnya masuk wad dan dapat insurans.

Itu cerita tahun lepas. Cerita anak-anak yg sekarang meningkat darjah 3. Dengarnya tahun ini lain pula kisahnya. Pun, musim ini sy menjadi ‘ibu’ anak2 darjah satu. Nakalnya tidak seberapa. Boleh dibentuk. Hanya ada cerita biasa-biasa. Cerita berak-berak dalam seluar. Muntah-muntah tika sedang belajar. Anak-anak tahun ini mendengar kata. Mungkin ada seorang dua yg degil; menggegar mandala rasa. Pun, mereka masih menurut dan menghibur hati sy.

Menjadi cikgu anak-anak kecil mengajar sy. Setiap hari ada jalan ceritanya. Mendidik sy mendisiplinkan anak seawal kanak-kanak. Walau kadang2 sy mengalah; tugas ini tidak semudah dicanang-canang orang.


Melayan berpuluh-puluh kanak-kanak dalam satu masa tidak seperti melayan kanak-kanak di luar waktu sekolah. Perlukan pengalaman. Perlu kesabaran juga, walau selalunya naik tinggi suara saya mententeramkan mereka. Belum lagi melayan yg terloncat-loncat di tepi tingkap; melompat-lompat di meja tidak serupa manusia. Betullah; jadi cikgu kaya dengan rasa. Anak murid yang tidak pandai disalahkan cikgu; anak dihukum bergoncang pula amarah mak bapak.

Maka, akan lahirlah nanti MANUSIA YANG TIDAK CUKUP AJAR. Biarlah; itu pilihan emaknya dan bapaknya juga.

Pernah sekali; sy didatangi seorang ibu. Anaknya bergaduh dengan teman sekelas. Dia mahu batu dan kayu daripada emak budak lelaki yg bergaduh dengan anaknya. Katanya untuk menolak bala. Itu tradisi masyarakat Iban. Sedikit2 sy belajar budaya di sini. Walau ada cara hidup beroposisi dengan kita. Tapi sy belajar sesuatu.


Pernah juga hari pertama sy datang ke sini , seorang warga ISLAM Borneo mengajak sy tunduk mencium tanah; tanda bermesra dengan tempat baru. Bukan syirik katanya. Adat. Takkan sy sejahil itu sukar membezakan adat dengan kepercayaan karut? Pun; dia bukan warga Kapit. Juga bukan anak Sarawak.

Dan cerita-cerita di sini merumbu di segenap hati sy. Dalam. Dan penuh erti.



Friday, June 13, 2008

A gLiMpse inTo the Past


Let's check it out!!

That's me.... The new president will be!! wink wink (*.*)




During childhood....everyone adores her!!! Hahahha =)





me... b4 eLection... Wahahha =




The most 'wanted' president..Go! Go! (",)





n finally....frustrated...but alwiz smiLe..hakhak




nOw...become a teacher in KAPIT!....wargggggghh



huuhhu..sesaje membuang mase di hujung minggu...bosan seh....

Tuesday, June 3, 2008

When iT Was FirsT time


Cuti sekolah. Sy balik kampung. Cuti ini cuti yg biasa2. Kenduri-kendara yg penuh, pagi mengajar tusyen, petang keluar meronda Kota Bharu yg 5 bulan tidak berpijak. Juga ada melihat2 dan menawar harga untuk pesanan guru2 di tanah Kapit. Kain, tudung, kerongsang, jubah juga ada satu dua benda lain yg dipesan.

Cuti ini sy beli novel lagi. Ketika Cinta Bertasbih 2. Sambungan cerita lama. Cerita yg mengajar hati menjadi lunak. Muluk. Cerita yg menitikkan air mata sy. Lirih. Lama2 ia jadi kali.

Hati jadi dekat pada yg Asal. Bukan cerita cinta yg muak, jelek tapi menjernihkan hati yg kian tua. Ada cerita jodoh yg menuntun berbalik pada takdir, walau jauh perginya. Bukan cerita anak muda yg mual, asyik; cerita cinta yg sesat tak sudah2. Itu-saya bosan.

Cuti ini sy belek simpanan lama. Surat2 dan kad2 kiriman teman. Hati sy berentak beribu. Jadi berkeping-keping. Cerita zaman sekolah. Zaman universiti. Zaman bergelar guru pelatih. Liku2 yg panjang. Onaknya berhimpit, lalu menggamit sy mengenang cerita lama. Ada awan berambalan. Gelap. Kusam. Ada juga pelangi cerah. Cantik. Sungguhkan, hidup itu luas.

Cuti ini sy belek juga blog2 orang. Sy mahu jawab yg ini:


Pertama kali berblog, June 2005. Genap 3 tahun. Sy mula btapak di blog frenster, meleret ke blogdrive, akhirnya melepas lelah di blogspot sekarang. Rebah-rimpuh sy, sy ukir di blog2 ini. Hati yg berkapuk-kapuk rasa, blog jadi saksi. Tak semua yg dikandung hati, boleh diluah pada org. Ada yg perlu jadi rahsia, terluah di sini.

Pertama kali memberi hadiah yg menjadi kesayangan; lukisan ini. Bukan sebelum itu tidak pernah beri, cuma ini jadi simpanan kesayangan sy. Ilham saya. Luahan hobi sy. Tapi; sy beri pada orang. Pd seseorang. Beserta puisi yg sy karang bertahun2 dulu. Pun, itu cerita lama. Cerita pahit payau, tak perlu dikenang-kenang.

Pertama kali meninggalkan rumah dan hidup berkongsi di asrama; semasa di tingkatan 4. Selepas PMR, sy mengangkat kaki meredah dunia baru. Daerah zulmat yg awalnya sy resah gelisah utk meneroka. Dunia yg asing, teman2 yg asing, rutin hidup yg asing. Pun, cerita di MRSM banyak membentuk sy. Memori dan kenangan yg melaut luas. Teman2 yg sampai sekarang sy tak pernah lupa. Banyak memberi. Banyak berkongsi.



Pertama kali meninggalkan Malaysia (ceh..macam jauh je bunyinya...huuhuh), sy ke Haat Yai dan Songkhlai, Thailand. Di zaman anak2, mengikut family dan rombongan ke situ. Melihat patung mermaid di kaki pantai, menaiki kereta api dari Kelantan ke Thailand. Walau masih anak2, tp sy masih ingat perjalanan lawatan itu. Manis. Sepertinya mahu pergi lagi. Tak puas rasanya. Apapun..sebetulnya, sekarang sy berangan memijak tanah yg penuh sejarah dan ada cerita pahit susah hidup; seperti India. Atau Turki. Alangkah, kalau diri berpeluang menghayati dengan hati tunak laut biru Selat Bosphorus; pemisah benua Asia dengan Eropah. Atau memijak Masjid biru Aya Sophia...



Pertama kali menyertai pertandingan mengarang semasa di darjah 3. Mendapat tempat ke 2. Itu pun kerana dipilih cikgu. Selepas itu sy tidak menyertai mana2 pertandingan berkaitan menulis. Sampai ke hari ini. Sy sendiri tidak memanjangkan minat sy menulis seawal sekolah rendah sehinggalah di tahun2 sy di universiti. Semasa di u, minat menulis bercambah semula. Menulis apa saja. Berbelas2 tahun sy hanya isi dengan membaca buku, novel, komik, majalah. Dan di U, sy mula sedar...menulis itu indah nikmatnya. Hehhehe...

Pertama kali mendaki gunung, semasa di KPLI. Gunung Jerai. Itu kali pertama, mungkin juga kali terakhir.Huhuuhhu.. Saatnya indah, dengan teman2 yg juga banyak menjentik rasa sy. Mesej seorang teman KPLI pd sy; " Saat2 KPLI, antara pengalaman yg paling indah dalam hidup." Walau setahun, tapi kami banyak berkongsi. Bertingkah, konflik, pun...akhirnya itu semua mengeratkan lagi hubungan kami. Di hari2 punya banyak rasa, sy mengenal lagi erti persahabatan.



Hidup bagaikan roda yg berputar, masa kan terus mengejar...

Yg lama...biarkan ia di situ.







Saturday, May 17, 2008

Cikgu Itu Mutiara


2 minggu sudah sy berkursus. Kursus peningkatan matapelajaran Sains sekolah rendah. Di Kapit.

Sy berpeluang bertemu dengan cikgu2 yg keluar dari ceruk rantau hulu Kapit. Yg berperahu panjang menyusuri Sungai Sarawak yg sempit, yg turun dari bukit-bukau dan tanah2 hutan, juga yg selesa berada di tengah2 pekan. Yg nyata, kami sama2 berkongsi menabur budi kepada anak2 tanah Borneo. Anak-anak Malaysia Timur. Ada Cina, Melayu, Iban, Melanau, Bidayuh. Mungkin juga ada Kenyah, atau Kayan.

Sy ketemu teman yg baik kacukan Cina-Bidayuh. Jauh dari hulu. Sy berteman dengan anak Melanau sepanjang kursus; bertemu atas urusan rasmi pendidik. Berjumpa dengan guru2 dari muara2 sungai. Dan jauh di benak sy mereka guru2 yg gigih.


Hampir 2 tahun gelaran cikgu terpundak di bahu. Maka, 2 kali sy menyambut Hari Guru. Hari yg meraikan kita. Hari yg mengingatkan yg kita punya banyak lagi tugas. Hari yg merayakan kita; warga guru yg mendidik sarat dengan tanggungjawab.

16 Mei. Mungkin agak terlewat, pun sy mahu mengucapkan "Selamat Hari Guru...Cikgu!".


Kebiasaan, murid2 meraikan dengan hadiah. Seperti guru2 serata ceruk Malaysia, tentunya hadiah yg lebih kurang sama. Seperti juga tahun sudah. Seperti juga cikgu2 lain. Pun; di keriuhan anak2 memberi hadiah, sy tercuit dengan perilaku anak seawal darjah 1. Melihatkan teman2 lain mencium tangan sy sambil menghulur hadiah dan bunga2 tanda terima kasih, dia menggenggam sekeping duit RM1. Dihulurnya ke tangan sy.

Tersembur tawa sy. Pun, anak senaif ini mungkin akalnya perlu kita abaikan seketika. Hatinya lebih perlu kita baca. Kudus. Bersih. Suci. Mahu menggembirakan cikgu.

Sy kembalikan pada dia. Dia lebih lebih memerlukan.

Kadang menjadi cikgu ini meletihkan. Berat bebanan. Kadang mahu saja sy menginjak berpaling ke belakang, hati mengerekot melayan anak2 murid yg tidak cukup ajar. Tugas2 lain yg digalas perlukan kesabaran juga, bukan hanya mengajar dan mendidik anak2 di kelas.
Menjadi cikgu menuntut kecekalan. Tugas yg bukan calang2. Memberi sinar cahaya. Cahaya itu mungkin menyilaukan, atau makin lama jadi samar berbalam2. Melayan kerenah manusia tidak seperti menyelenggara benda; setiap hari ada ceritanya. Jalan yg luar biasa onaknya. Boleh jadi lama ia kusam. Jadi rawan.

Dan sebetulnya...di hari 16 Mei, sy belajar erti menjadi guru lagi.






Friday, May 2, 2008

Bunga-bunga Hati


Dulu. Bila diajak teman melihat suasana dan persekitaran anak2 pribumi di Hulu Perak, Grik; hati sy teruja. Mata taruk bersinar-sinar. Pengalaman yg bukan calang-calang. Apatah di situ tempat praktikum teman sekelas.

Sblmnya; sy hanya mendengar kisah2 disebar dr pengalaman mereka. Tentang anak2 orang asli; hidup malamnya bertemankan generator, berseronok mandi sungai, anak2 yg berambut ketak penuh dengan cerita susah hidup; sy sungguh2 mahu merasainya sendiri.

Paginya dr Sungai Petani kami bertolak ke Grik. Menghilang kantuk pagi Ramadhan di tepi Tasik Banding; bersama2 bercerita, berkongsi kisah anak2 itu. Alangkah; satu pengalaman baru menanti di hujung hari itu.

Jalan masuk ke sekolah penuh hutan. Sunyi. Di kiri kanan hanya pokok dan cicipan unggas. Dan di hati sy tika itu tiada lain. Mahu cepat2 mengenal anak2 itu.

Sampai di sekolah; hati sy berbunga-bunga. Sungguh; mereka berambut ketak. Berdialek janggal; tapi mampu lagi difahami. Penuh rahsia sendiri.

Di hadapan sekolah; ada satu perkampungan orang asli. Rumah agak berjarak; usang dan mengalamatkan satu kehidupan. Susah; tapi penuh makna. Ada anjing. Bukit. Pokok2 hijau.

Tidak jauh dari situ ada sungai mengalir. Tenang. Mengasyikkan. Di kaki bukit...jauh di pedalaman sekolah Air Banun.

Kami bermain air; sungguh2 merasai kehidupan di situ. Walau hanya sehari. Sempat berbuka bersama anak2 berkulit sawo matang, berambut kerinting ketak; berkongsi nikmat juadah berbuka. Sama2 mencari cahaya Ramadhan, di hari yg penuh perkongsian. Berkongsi rezeki Tuhan.

Malam Ramadhan syahdu bersama anak2 itu. Anak2 org asli Perak.

Itu cerita dua tahun lalu. Cerita melihat gajah di perjalanan pulang dalam hujan sekejap-sekejap.

Langit hitam pekat. Kusam. Gelap. Cuaca dingin. Hati kaku beku mahu meninggalkan perkampungan itu. Tiada lagi kesempatan bertemu anak2 penuh kemesraan itu. Anak2 yg penuh harapan. Ank2 yg seawal drjah 1 berkongsi hidup bersama teman di asrama. Anak2 yg sukar sekali utk sy ketemu tingkahnya lagi. Penuh hormat terhadap guru. Apatah org asing. Mereka anak2 istimewa. Di hati sy.

Pun; tidak pernah tersangka dlm hidup sy dihantar ke Sarawak. Pernah sy mengisi borang biar dihantar ke Perak. Biar di ceruk pedalaman; menyala kandil anak2 org asli. Nyata; rezeki dan jalan hidup sy di tanah Iban. Bukan di pedalaman Perak. Bukan di pedalaman Semenanjung. Tapi di hulu Sungai Batang Rajang.

Tatkala hari pertama datang ke Sarawak; di dalam bot ekspress sy menerima mesej teman. Memberi semangat dan merangsang sy mencari ilham. Cerita di tanah Sarawak katanya tentu banyak memberi sy pengalaman. Cerita yg akan melekat di hati. Cerita yg tidak ada di Semenanjung. Cerita yg akan menggugah jalan hidup sy. Penuh erti.

Sungguh. Cerita di sini lain dengan cerita anak2 pedalaman Perak. Ada cerita yg hampir meragut nyawa sy; cerita sy hampir terjatuh ke sungai tika pulang berkursus dari Sibu. Tangan membimbit laptop dan bahu menggalas beg pakaian; kaki mahu melangkah dari bot naik ke daratan. Mungkin takdir sy hari itu; hampir2 badan terhempas ke sungai. Tapi janji Tuhan; sy mampu mengimbangi badan dan terselamat dan masih mampu pulang ke Kapit. Itu cerita pahit.

Pun; cerita di sini belum tamat. Cerita yg baru pertengahan. Dan akan ada cerita lagi. Moga cerita yg penuh bunga2. Biar layu; tapi subur di hati.


Kehidupan penuh jerih perih; itu bunga-bunga di hati.





Saturday, April 26, 2008

Haru Biru Dunia Hidup


Biru........ Mengikut perasaan. Romantis. Setia. Seni. Unik. Tulen. Harmonis.

Biru warna dalaman sy tika diuji semasa taklimat di sekolah 2 minggu sudah.

Sungguh; sy suka persekitaran harmonis. Tenang. Keadaan yg merangsang jiwa untuk lebih ceria dan meneruskan hari2 penuh simpang siur. Tahun2 sudah; sy sukakan persekitaran berbukit hijau, penuh bunga-bunga yg lembakan harumnya berkitar di sekitar hati. Dingin dan sejuk, bak kesegaran pagi yg penuh embun; erang-erot menitis ke dada bumi.

Pun; hari2 KPLI mula menjangkau jiwa sy mencintai lagi. Pantai. Ombak. Laut.

Sy menafsir2 hati. Diri penuh cinta luluh terhadap alam. Cerianya hati melihat perahu teroleng-oleng tersangkak dilambung ombak penuh mesra; seakan bercanda berlelucon memikat sang pendayung perahu kayu. Berjenaka. Di tengah laut lepas yang penuh rahsia alam.




Mungkin; sebab itu hari2 KPLI sy banyak dijalankan aktiviti sekitar pantai. Dan, kembara sy sejauh ini di tanah Kapit; hari2 dikelilingi bukit bukau membatasi ufuk langit; sy memperdiar cinta hati terhadap bukit. Berbalam2, makin lama ia bubar. Sy mula jatuh rindu pd pantai. Mencari matahari terbit; jua hati mengejip meronta mahu melihat mega jingga mengundur diri dari dada langit.


Sy mahu menjelajah merasai kenikmatan dikurnia Tuhan. Menakluk cara hidup masyarakat serata tempat; menakung pengalaman buat dicatat disebar di dada tulis.

Sy tidak hanya mahu menjadi guru. Mimpi sy lebih jauh; dikejap bertahun2 dulu. Sy mahu menjadi guru yg menulis. Meneroka. Itu janji sy-lama dulu.

Sy mahu pergi ke serata alam. Menakluk ilmu2 Sains, meneroka ilmu sejarah dan geografi, mendalami hukum-hakam fakta sejarah Islam; yang dimasak diadun di dalam bahasa sastera. Itu janji sy.

Sy mahu menghayati cantiknya lazuardi. Peritnya susah hidup anak2 di dada alam. Sekitar. Sy mahu memudahkan ilmu Sains yg diperindahkan dengan lenggok sastera. Mahu mendalami sejarah agama dari tunjang Muhammad.

Dan, tika ini sy rindu. Rindu pd yg tidak pernah letih metai menjadi tunjang menyokong hidup.





mom- my love 4 u is da greatest!



abah n big bro


adik- if walls break down, don't u ever give up!


Sudah buka blog untuk nukilan cerpen2 sy...sudi-sudikanlah menjelajah http://terbangtinggi-tinggi.blogspot.com/