Tuesday, December 9, 2008

Cikgu Riuh Sekampung??


Luahan rasa seorang anak Malaysia ttg peranan seorang bernama cikgu di dada akhbar....


KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya. Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan. Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual. Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru. Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.




Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu. Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka. Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi? Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.


KAKITANGAN BUKAN GURU, Kuala Lumpur.

(amik dr ustazmelaka.net)



p/s: Hanya seorang guru pernah rasa menjadi guru..ttgjawab guru tetap jauh lebih besar drpd guru sementara...apa yg kita pundak sebenarnya kadang2 tak sama dengan apa yg orang lihat. Mungkin cikgu dipandang 'bawah'. Mewar-war rasa yang tidak patut diketengah. Bagai ayam menetasnya setelur, riuhnya jauh sekampung. Begitukah? Up to u!!

Setiap individu kita punya pendapat. Tanggungjawab seorang guru dengan guru lainnya juga berbeza. Setiap cikgu punya tugas. Kadang2 jauh melebihi tugas sendiri dek kerana kekurangan guru. Kadang2 kelelahan, tugas dibawa lagi ke rumah; tersangkak menyudahkan kerja di lewat malam. Begitu pun; cerita cikgu takkan pernah habis. Ada cerita yg tetap tidak puas; semakin beban guru bertambah; semakin banyak cerita dicanang. Dan semakin banyak suara di kiri kanan masyarakat yg dikata mengambiltahu dan buat-buat tahu.

14 comments:

Chekgu BaniHassim said...

pendapat masing2...
kita yang memikul beban, kita yang merasa.
Kalau setakat cikgu selama 6 bulan?? cukupkah nak merasai realiti sebenar hidup seorang guru??

ni amik dari newspaper ek??

TC LIN said...

well said

maza said...

amik dr blog seorg blogger...die amik dr paper...

bile jd cikgu, rupenya bnyk yg kite x sangka, jauh dr apa yg kite sangka sblm jd cikgu...

disturbia said...

kalau setakat pengalaman 6 bulan jer... tak payah cakap banyak ler...

maza said...

disturbia--> ya btulllll...taun depan makin pening kepala...mintk dipermudahkan segala urusan

xara said...

walaupun syaa seorang bukan guru, tapi rasanya tak patut penulis itu menulis sedemikian. Kenapa hendak dipersoalkan akan kepentingan guru? Walhal tanpa guru, tidaklah penulis itu berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi?"

Tulisan yang cukup angkuh sebenarnya. Apa pun, semoga kalian para pendidik tidak berputus asa dalam usaha memandaikan anak bangsa.

wan wma said...

saya pun pernah menjadi guru sementara. Saya tahu macam mana pengalaman sebagai guru sedikit-sebanyak. saya adalah orang yg paling banyak mengajar pada ketika itu, jika guru biasa hanya mengajar utk 3-4 kelas, saya terpaksa mengajar untuk 7 kelas. kelas yang diajar oleh saya pun adalah kelas2 pelajar bermasalah. Walaupun dalam keadaan itu saya masih terasa yang tugas saya sebagai guru taklah berat sangat. Namun itu tugas dari sudut fizakal, dari sudut mental, guru menanggung beban yang amat berat.

Saya tak salahkan guru yang meminta itu dan ini. Itu hak mereka. Tetapi mengapa pihak kerajaan tidak mereka cipta satu sistem pendidikan yang lebih baik. Itulah yang saya terasa agak kecewa..sistem pendidikan kita semakin mundur kebelakang...

maza said...

xara-->musykil sy dgr luahan rasa sestgh org....cikgu juga ramai skang di kalangan yg amik kos profesional asalnya..sbb itulah tangga gaji ada yg berbeza2...

wan-->sek sy juga ade guru2 sementara..di awal tahun lepas, sek kami hampir 10 org kekurangan guru...sblm guru sementara ada, kami memikul ttgjwb yg lebih, tugas sendiri, jugak tugas guru2 yg tidak berganti...hampir 3-4 bulan..masa itu seminggu sy 35 waktu, ditambah pula sit in (ganti kelas org lain)setiap hari..mengajar kelas-kelas bermasalah tahp satu, n kelas2 lain...itu hny jadual mengajar...blm lagi tugas sebagai guru kelas (tambah tahun 1, isi borang itu isi borang ini),ketua panitia, guru sbt dn kerja2 lain...stiap bulan ada ujian bulanan (br habis semak kertas, sudah kena buat ujian lain pula)....itu tanggungjwb yg dipundak atas seorg guru.

guru sementara kmudian dtg...hampir setahun...kami di luar bandar, kekurangan guru masalah utama..sudahlah guru asalnya sedikit, guru yg berpindah x diganti2..

blm lagi campur masalah murid2 lepas laku ketika mengajar yg mencabar kesabaran.kursus..aktiviti2 sekolah..

tugas cikgu sementara di stiap sek sbrnya berbeza2..bergantung pd keadaan sek. juga bergantung pd ttgjwb cikgu tetap yg digantinya.

semak buku, aktiviti petang,kelas tambahan petang, meeting di waktu petang...menyelaras aktiviti..bukan kami merungut, tp membuka mata apa tugas cikgu sbnrnya..

blm lagi keadaan anak2 murid yg kencing berak, muntah dlm kelas..menangis x mahu dtg sekolah bila mak bapak hantar ke kelas..cedera,luka, patah riuk..juga ttgjwb guru..kalo ada masalah, prestasi murid2 dibangkit...smua tu tugas guru.
soklan utk ujian bulanan, perlu diteliti betul2, kptsn merosot, guru dipanggil...soklan susah, guru dipanggl...murid x tahu jwb, guru dibantai..kerja2 dibw pula balik ke rumah...buat di malam hari.

bila anak x pandai guru lagi dicari di sek.

masih dikata terlalu ringankah tugas guru?apatahlagi yg di pedalaman sana.luar bandar...dgn keadaan persekitaran yg mempengaruhi, ringankah lagi tugas kami?

lelucon said...

utk para guru/tutor/pensyarah dll ... teruskan usaha kita dan banyakkan bersabar dlm mengajar (dan belajar)... :)

terima kasih Cik Puan (cikgu) Maza kerana sudi dtg ke blog saya.

hayad said...

isk isk KAKITANGAN BUKAN GURU ni. jadi guru sandaran mmg la tak beban. apa sangat la tanggungjawab yg digalas. kalo terbuat kesalahan pun bukan kena kesalahan tata tertib.

sesenang je dia bercakap yer. ni antara salah sorang bakal menjadi parent yg kerek la ni. hehehe

maza said...

lelucon:
slamat menyebar ilmu; sambil buat Phd..:)

hayad:
yelah,kerek la sbb dia amik engineering kot..hehehee..kite ni apa la sangat...padahal ghamai gak member2 dak engine jadi cikgu...x bising pun..

mana2 keje ada bebannya...keje lain ada mslh lain plak..mcm2..tp sampai kata cikgu ni kerja ringan x brapa patut la..

Bunga Rampai said...

Semoga Allah merahmati usaha mulia Mazarina mendidik anak-anak Malaysia.

Salam :)

en_me said...

iye, kita kerja untuk gaji.. hi cikgu mazarina ittewww..

maza said...

bunga rampai:
tq..kdg2 tuh lelah gak...tp keje lain teruk lagi,kan?

en_me:
yaaaa btuuulll...wahai en_me ittewww...hehehe