Maal Hijrah. Tahun Baru. Setia datang pada waktunya. Tahun baru maka akan bermula lagi tahun cerita baru. Sulam suka, duka dan ceria serta rawan hiba. Lumrah. Kisah manusia yg empang air mata, lalu jadi kali. Riak-riak tawa gembira dikongsi sekitar yg terdekat. Sama. Semua manusia. Cuma, kisahnya yg tak sama. Duganya yg datang menguji berbeza- individu khalifah di bumi.
Kadang-kadang kita menanti lampu hijau; lalu Tuhan tak membenarkan. Kita berimpian lagi, mengharap yg kita akan memiliki; pun Tuhan tidak mengizinkan juga. Kita lelah, lalu jadi rapuh. Manusia sekeliling mendokong, bangun lagi kita meneruskan impian. Yg tetap sama. Malah bertambah. Manusia, penuh impian dan itulah yg mengajar kita lebih bermatlamat.

Kata-kata dusta, nista mulanya hanya menitik; lama-lama jadi kali. Basah di bibir. Jadi bingit di telinga, lalu menghina dan mengeji jadi siulan, jadi bara dalam diri. Yg setia merekah dan marak, jadi api. Khianat. Dengki. Cemburu. Manusia tewas lagi.
Manusia yang lanjut usia; tetap mara dengan perangai lama. Kata-kata diluah tanpa segan; tiada menapis yg patut di telinga, hati tua diikut asal sedap jadi hiburan halwa telinga. Tiada malu; yg ada senyum sinis-sinis. Tiada sedar yg hari kian terpancung hampir senja yg mengerutkan lagi kedut di muka. Kita tewas lagi. Manusia.

Ya Tuhan...hambaMu yg naif, mohon dipermudahkan segala jalan.
Tahun baru datang lewat musim tengkujuh yg dingin. Namun, gempak gempita bara hati siapa tahu. Payau rasa mengusung cerita-cerita baru di tahun baru nampak berbalam-balam. Tuhan lebih tahu. Moga tiada cerita tangisan yg merongoi, gugur satu-satu. Perasaan yg jadi murah.
Tahun baru- mohon dikuatkan hati jadi anak rantau. Monggonyeh lumat segala rasa yg berbaur. Bergalau. Kuatkan hati redah daerah cerita baru. Berat mahu melangkah tatkala datang tahun baru. Tatkala datang cerita buka sekolah!
p/s: 5 bulan takkan balik Semenanjung. Cuti bulan 3, ada exam PTK...rindu, akan datang lagi. Hhehehee

3 comments:
hai cantik bilik maza. mcm hotel. hehe
slmt kembali ke sarawak. jaga diri dn ikhlaskan hati. :)
salam...
cantiknya bilik dia... selamat bertugas yer... sama2 ek kita melangkah ke tahun baru dengan azam baru demi anak didik tercinta
cikgu jawe:
malasnye nak blk srwk.heheee
disturbia:
ye, slamat btugas juga cikgu.:)
Post a Comment