Sy ke Tanah Jawa dengan Kuwait Airways. Tidak merancang lama, hanya sebelum itu merancang mahu ke Medan; tapi akhirnya ke Jakarta dan Bandung pula. Bersama keluarga sendiri dan sedara mara lain.Wisata Jakarta-Puncak-Bandung lima hari. Satu pengalaman baru. Sy baru menjejakkan kaki di ibu kota Indonesia -pertama kali. Dengan yg lain sudah 4,5 kali ke sana. Baru celik dengan keadaan kesempitan hidup anak-anak tanah Jawa; di samping kekayaan milik yg berada. Indonesia yg sesak padat dengan 250 juta orang. Betapa, bersyukurnya lahir di tanah Malaysia.
Melihat keadaan kota Jakarta yg di kiri kanan pemandangan anak-anak buminya menjaja berniaga seawal kanak-kanak; pemuzik-pemuzik jalanan dan anak-anak muda mencari nafkah hidup dengan meniup buih-buih sabun untuk dijual, melihat rumah-rumah kotak yg menjadi tempat teduhan cuaca; rumah-rumah kayu usang di tempat pembuangan sampah; rumah yg padat, bertingkat di lereng bukit; sungguh, mereka tersepit dengan kemelaratan hidup. Ada yg bergadai nyawa bersesak di tengah jalan macet menjaja barangan dari kereta ke kereta; mencari harga sesuap nasi yg tidak berbaloi dengan menawar nilai sebuah nyawa.
Kami sampai di Jakarta, mencuba Nasi Padang langsung ke Bandung. Esoknya dari awal pagi hingga lewat malam pekat, aktiviti hanya suntuk bershopping. Rumah Mode, terus ke Terminal Tas, kemudian mencuba nasi Sunda di Restoran Dapur Sangkuriang. Sambung lagi ke Pasar Baru, tempat terkenal tanah Bandung. Di sini jelas yg Indonesia berlebihan penduduk. Dari inci ke inci berjalan, manusia tidak pernah lengang. Ada saja penjaja yg mengerumun; menawar mendesak membeli jualan walau berpuluh kali kita kata tidak mahu. Mereka mengharap rezeki dari pelancong luar. Pekerjaan yg tidak perlu kadang diada-adakan; hanya mahu mencari duit. Parit besar kotor pekat di tengah kota; boleh dijadikan alternatif mencari wang saku. Mereka benar-benar susah dengan terpaksa bertarung bersaing dengan jutaan orang di bandar Jakarta saja. Kerana itulah, ramai rakyatnya menjadi pembantu di luar negara. Sy sempat bertemu dengan rakyatnya bekerja di Riyadh juga Kuwait merentas udara mencari rezeki yg tidak seberapa. Kerana di tanahnya saja tidak mampu menampung sara hidup diri sendiri; apatah keluarga.



Petang itu sempat ke Sarinah; tempat membeli-belah lagi di Bandung. Terus ke Puncak; tempat berhawa sejuk dan dingin seperti Cameron Highlands. Tak sempat menikmati pemandangan kerana sampai lewat Maghrib.







Mangga Dua ada bangunan baru. Ada yg lama. Dua-dua boleh pergi. Nanti bandingkan mana yg kamu suka. Malam itu kami makan di restoran Riung Sari, milik pelakon Indon dalam Ada Apa Dengan Cinta, Titi Kamal. Banyak restoran kami pergi; nasi padang, nasi Sunda; sy pilih Riung Sari paling sedap!





Di Jakarta, ada lagi tempat shopping kami singgah; Tanah Abang dan Anggrek Mall. Perjalanan 5 hari yg padat; dari awal pagi hingga pulang ke hotel lewat malam pekat.































